Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Kebasnya Tangan bila Sindrom 'Carpal Tunnel' Melanda Wanita Hamil

Salam dan hai readers,


Baru terbaca artikel ini dari salah satu buku yang Azu pinjam iaitu Sindrom 'Carpal Tunnel' atau Kebas pada tangan yang sering berlaku pada ibu hamil termasuklah kepada Azu sendiri.

Simptom 'Carpal Tunnel'

Sejak Azu hamil di Trimester ke-3 ni, Azu sering alami kebas-kebas di jari-jemari terutamanya bila bangun dari tidur. Maklumlah, tidur di usia kehamilan sekarang memang amatlah kurang selesa. Kadang-kadang tidur atas sofa mengadap tv sampai ke tengah malam. Terjaga je, tengok tangan dah terjuntai ke bawah menghampiri lantai. Start nak angkat tangan tu dahla lenguh semacam, lepas tu jari-jemari halus ni~isk..halus kononnya~ rasa kebas sungguh.

Nak taknak mesti bangun jugak, jari-jemari Azu tu Azu tegangkan dengan sekuat hati. Opps, sangatlah sakit sebenarnya tapi tindakan tu kadang-kala di luar kawalan Azu sendiri. Baru bangun tidur kan, mesti rasa cam mamai, mata separuh buka je, pastu jari-jemari rasa kebas macam susah nak dibuka. Azu pun apa lagi, buat senaman ringan sikit untuk melonggarkan sendi-sendi yang kebas ni dengan mematahkan jari-jemari ni ~opss bukan patahkan tapi meliuk lentokkan jari sampai bunyi, jadi kuranglah sikit kebasnya. Aktiviti ni Azu buat sejak bujang lagi, tapi masa tu tak kebas pun, cuma lenguh-lenguh je.


Tak terkecuali, sindrom ini juga boleh berlaku semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar dan juga memegang stereng ketika memandu!

Punca Sindrom 'Carpal Tunnel'

Secara saintifiknya, keadaan ini berlaku kerana pada bahagian sendi di pergelangan tangan terdapat satu terowong di mana terletaknya saluran darah serta saluran saraf yang memberikan rasa pada kawasan tangan. Apabila berlaku bengkak air (water retention), kawasan ini akan sempit dan saraf 'median' yang menyarafi bahagian tangan akan tertekan sehingga menyebabkan kekebasan pada kawasan tangan.

Selain terjadi kepada wanita hamil, atas faktor keadaan kesihatan yang tertentu juga boleh terjadinya simptom ini iaitu perubahan hormon seperti gangguan tiroid, obesiti dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga.

Rawatan Sindrom 'Carpal Tunnel'

Gejala ini akan hilang selepas bersalin berikutan surutnya bengkak pada seluruh tubuh. Dalam sesetengah keadaan di mana kekebasan menjadi sangat teruk, pembedahan kecil boleh dilakukan pada bahagian sendi pergelangan tangan. Pembedahan? Isk..ngeri kan tapi kalau dah teruk sangat, sanggupkan aje kan~

Tips untuk ibu hamil yang mengalami Sindrom 'Carpal Tunnel'

Sekiranya ibu-ibu hamil tadi termasuklah Azu mempunyai sedikit masa sebelum ke tempat kerja, gantungkan kedua-dua tangan kita supaya berada di atas daripada kepala. Ini akan menyebabkan air turun ke bawah mengikut prinsip graviti. Ini akan mengurangkan bengkak pada pergelangan tangan dan secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf. Eh, rasanya inilah senaman yang Azu selalu buat bila lenguh-lenguh menaip depan komputer...emm memang berkesan bila lenguh tadi berkurang! Cubalah ye kawan-kawan~


Okeylah, nak cari buku lain pulak. Mana tau ade artikel menarik untuk Azu kongsi bersama pembaca BamBam2u yang lain. Terima kasih kerana sudi singgah! Salam sayang~

Sumber:
Ibu Dibelai Anak Dibuai Untuk Semua, Dr Ariza Mohamed, Tahun 2008, m/s 131-132
Image: Google 
Utusan.com.my

Friday, May 25, 2012

Pengalaman Sakit di Wad Bersalin Part 3

Salam dan hai readers,

~perut dah kempis bila baby dah keluar~

Kini bersambung semula Part 3 dan diharap ini part terakhir untuk sesi cerita dan pengalaman buat kali ini.

Selepas penjelasan mendalam dari dua orang doktor tu tentang sakit yang Azu alami, Azu menarik nafas lega. Sakit perut pun makin berkurang bila diberi parasetamol oleh nurse awal pagi tadi. Alhamdulillah. Lor, kalau sakit teruk camni boleh dilegakan dengan paracetamol, awal-awal lagi Azu pergi cari parasetamol di farmasi. Tak perlulah sampai kena 'admitted' di hospital, terpaksa MC 1 hari, mengadap doktor-doktor dan nurse yang ramah dan mesra~opps memang betul diorang sangat mesra, tak garang langsung dan sangat Azu senangi. 

Hospital kerajaan sekarang sudah mampu beri servis dan perkhidmatan terbaik selain peralatan perubatan mereka yang serba serbi lengkap walaupun selalunya bilik wad sentiasa dipenuhi dengan pesakit. Tak kisahla kalau terpaksa menunggu 24-36 jam, asalkan layanan di bilik kecemasan tidak menghampakan. 

Opss, panjang lebar pulak. Hampir pukul 11 pagi, kami dipanggil untuk makan tengahari. Ha, masa nilah Azu dapat sembang-sembang dengan semua para ibu hamil. Ada kes seorang ibu hamil yang sudah 40 minggu tapi masih belum rasa sakit, ada pendarahan sedikit tapi belum ada sebarang bukaan. Walaupun tubuhnya agak berisi namun bila nampak mukanya yang sentiasa girang dan berseri-seri, Azu rasa seronok bersembang kerana dia sangatlah ramah. Azu pulak yang segan~hee. Katanya, kalau esok atau lusa tiada sebarang respon dari baby dalam perut, mungkin kena induce dengan harapan baby tadi teruja untuk keluar kerana sudah tiba masanya.

Kes ke-2 pulak ada 2 ibu hamil telah disahkan doktor terdapat kencing manis dimana salah seorang dari mereka hanya menunggu hari untuk bersalin dan telah hampir 2 bulan menghidap penyakit ini semasa mengandung. Cucuk insulin sendiri itu sudah perkara biasa baginya. Isk kalau Azu dengar nurse ke doktor nak cucuk, azu dah rasa takut, inikan suruh cucuk sendiri. Kata kakak tu mula-mula dia takut jugak, tapi rupanya cucuk insulin tu tidak menyakitkan langsung..Opps tak sakit langsung?? Biar betul?? Adoii mintak dijauhkan~ Seorang lagi mungkin sebaya Azu agaknya. Dia pun menghidap penyakit yang sama iaitu kencing manis tetapi usia kandungan dia baru 6 bulan. Sama dengan usia baby Azu dalam kandungan. Tujuan mereka di kena 'admitted' kerana memudahkan doktor untuk memantau penyakit itu dari bertambah teruk. 

Kes ke-3 pun seorang ibu hamil ini nampak muda dari Azu, kandungan anak pertama berusia 7 bulan tapi sudah keluar air ketuban tapi tak banyak dimana bukaannya masih 3cm. Orangnya kecil, perut pun kecil. Macam tak nampak mengandung pun. Pandangan kasar Azu lah tu..hehe

Kes ke-4 ni paling ramai lah. Kebanyakan dari mereka mengandung anak ke-2, sudah keluar darah atau air ketuban, tapi bukaan cm terlalu lambat. Ada1, 2 dan 3cm. Biasanya Azu dulu bila sudah mencapai bukaan 4 cm dan belum pecah air ketuban tapi sudah keluar darah, doktor akan pecahkan air ketuban. Selepas itu mulalah terasa kontraksi yang sangat kuat menandakan bayi dalam proses ingin keluar dari tempat sempit iaitu perut Azu sendiri. Masa itu memang dah standby dalam labor room yang penuh dengan peralatan bersalin. Mesin denyutan jantung bayi, mesin telegraf~erkk bukan telegraf surat tau. Mesin itu menunjukkan tanda aras kontraksi bayi dalam kandungan. Sekiranya tahap kontraksi makin kuat dan mencapai tahap maksima, proses bersalin atau proses push-out baby akan bermula.

Ha, masa itulah semua latihan pra-natal Azu pergi dahulu akan dipraktikkan dalam labor room. Teknik pernafasan pendek, tidak terlalu dalam, menyedut ubat penenang kesakitan di sepanjang proses kelahiran memang cukup mendebarkan. Sakit usah kata lah..Allah saja yang tahu kesakitan itu. Bila terbayang kesakitan itu bisa meruntun perasaan Azu. Alhamdulillah proses kesakitan itu dari pukul 10 malam sampaila 5 pagi. Tepat jam 5.15 pagi, seorang bayi lelaki dengan berat 3.44 kg toiiing melantun keluar dalam pegangan doktor perempuan cina yang diiringin dengan sokongan padu dari nurse-nurse yang memenuhi ruang labor room dan tak lupa en hasben yang kini seorang bapa kepada bayi lelaki itu. Bayangkan, kesakitan itu hampir buat Azu menangis tapi dengan adanya en hasben di sebelah, Azu tak mampu menangis. Rasa kuat demi suami dan anak yagn bakal lahir. 

Opps, bukan itu saja, episotomi perlu dijalankan semasa kepala bayi Azu keluar. Pastinya lepas tu potongan kecil itu perlu dijahit semula. Emm, tak rasa sakit dah walau dijahit. Agaknya sudah dicucuk supaya tidak berasa sakit. Sempat lagi tanya doktor berapa cm kena jahit? hehe. Tak sangka lah~Sakit kontraksi sudah hilang serta merta. Doktor sempat menunjukkan bayi tersebut di depan mata Azu sebelum dibawa masuk ke bilik lain untuk dimandikan dan 'di menangiskan'. Tanya doktor tu, bayi boy ke girl ni? Azu jawab bayi boy..alhamdulillah. Azu tertidur dalam labor room sehingga 10 pagi dan tiba masanya untuk Azu menyusukan bayi buat kali pertama. Syukur Alhamdulillah.

Sekian dulu, pengalaman sedikit dari Azu. Azu percaya ibu-ibu lain ada cerita tersendiri yang lebih menarik dari Azu. Semoga kesakitan itu semuanya menjadi kenangan indah kita. Senyum dari BamBam2u.


Salam sayang untuk semua. Terima kasih sudi singgah~

Pengalaman Sakit di Wad Bersalin Part 2

Salam dan hai readers,


Bersambung kita di Part ke-2..Bila dah panjang sangat cerita rasa kena buat part-part jugak. So, pembaca semua tak letih sangat membaca cerita berderet-deret dari Azu. Hehe~

Sejam menunggu, nama Azu dipanggil. Doktor muda perempuan bangsa India yang nampak mesra menyoal tentang sakit yang Azu alami. Tak nak diapa-apakan oleh doktor tu~nerbes punya pasal plus fikir negatif je kat doktor tu apelah dia nak buat kat aku nih, Azu ape lagi.. cakap siap-siap kat doktor tu Azu tak ada sebarang pendarahan, air ketuban pun belum bocor, baby dalam perut baru 6 bulan tapi cuma sakit sangat di bahagian bawah perut je. ~Mesti ada aje tu.huh. Azu suspect kencing kotor, tapi rasanya Azu kencing tak pulak rasa sakit dan alirannya lancar macam biasa. Mungkin bukan sebab itu dan bila keputusan keluar didapati air kencing Azu bebas dari penyakit kencing tak lawas atau kencing kotor. Isy, mulut ni tak henti-henti berdoa selamatkanlah bayi dalam kandungan ini. Azu sayang sangat padanya walau belum bertemu muka..sembang dari perut ke mulut Azu je.isk isk sebak dah hati si ibu ni.

Doktor perempuan tu minta Azu baring di katil dimana tekanan darah Azu diperiksa dan pastinya normal dan Vaginal Examination (VE) dibuat dan didapati tiada bukaan cm langsung. Azu paling tak suka bab ni bila teringat nak deliver si Aijaz dulu entah berapa kali doktor cek VE kat Azu, tension jugak asyik-asyik 2cm dari pukul 1 pagi sampailah 9 malam. Kalau doktor pompuan yang periksa bukaan, Azu rela lagi lah, tapi bila doktor lelaki yang periksa bukaan Azu, aduhh Azu di 'PAKSA RELA' la nampaknya. Malu lah korang tapi nak buat macamana kan. Saat-saat emergency kan..harap tak jumpa dah doktor-doktor lelaki tu. Isk malu~Kot-kot tak kenal dah kan..;( 

Degupan jantung bayi turut diperiksa dengan mesin khas~Keputusannya, degupan jantung bayi masih normal dan belum tiba masanya untuk bayi dilahirkan. Lega teramat bila doktor sahkan bayi Azu sihat tanpa sebarang masalah tapi Azu dimaklumkan ada seorang lagi doktor pakar puan yang akan memeriksa apakah punca sakit perut yang Azu alami sejak 4 hari yang lepas.

Agak penat jugak berjalan disepanjang wad bersalin tu, bila sakit berhenti jalan kejap. Habis artikel, poster, brosur yang ada di papan tanda dan rak yang ada Azu habis baca dan study terutamanya Penyusuan Susu Bayi. Masa itu, semangat dan tekad ingin menyusukan bayi pertama Azu secara ekslusif memang membara. tapi sayang, ilmu tak cukup seperti di entry yang lepas MEMILIH INGIN MENYUSUKAN ATAU TIDAK?. Umur Aijaz 6 bulan Azu terpaksa beri susu formula pada Aijaz. Sayangkan~ Azu ni duduk lama tak boleh, berdiri lama-lama pun sakit. Bila nak buang air kecil dah rasa takut, siap jeling kat touch button merah dalam toilet tu. Takut la Azu jatuh lantai licin ke terberanak dalam toilet sorang-sorang dengan pintu berkunci..Oh seram bagai!!Mintak dijauhkan~

Terpandang ibu hamil di sebelah katil Azu selepas doktor buat VE kat Azu, muka dia nampak takut dan berkerut menahan sakit agaknya. Dalam hati Azu rasa berdebar-debar kerana 3 bulan lagi pasti Azu akan mengalami saat-saat cemas bakal melahirkan permata hati. Perut mereka sangat besar bila dibandingkan dengan perut Azu. ~Eh sempat jeling lagi rupanya! Opps..Mana tidaknya, hampir semua ibu-ibu hamil tu tunggu masa dan hari je nak bersalin, Azu pulak tunggu bulan..Kan banyak bezanya tu...ayat-ayat itu saja boleh menyedapkan hati Azu~

Pagi esoknya, Azu hanya mampu solat subuh di katil. Nasiblah bilik air dekat dan berada dalam bilik tu jugak. Azu berkongsi bilik dengan 2 ibu hamil yang lain.Tapi tak sempat sembang apa-apa. Semuanya nampak keletihan menunggu saat-saat kesakitan kontraksi sebenar. Rutin nurse-nurse disitu macam biasa ambil tekanan darah dan memeriksa degupan jantung bayi untuk kenalpasti sebarang masalah. Pukul 9 pagi, sekumpulan doktor dalam 2 orang datang memeriksa keadaan Azu. Kesakitan yang Azu alami seperti di entry yang lepas PARAUMBILICAL HERNIA Permasalahan yang Azu hadapi dimaklumkan sedalam-dalamnya oleh doktor perempuan melayu dan diiringi doktor lelaki Melayu sehingga Azu faham. Lega rasanya bila doktor kata tiada sebarang pembedahan akan dilakukan sehingga bayi selamat dilahirkan. Alhamdulillah~

Bersambung lagi kita ke Part ke-3. Diharap pembaca BamBam2u sudi singgah lagi untuk perkembangan lanjut ibu-ibu hamil yang Azu jumpa sepanjang Azu kena 'admitted' di hospital ni. Terima kasih.

Pengalaman Sakit di Wad Bersalin PART 1

Salam dan hai readers,

 ~Pengalaman dan gambar kenangan sebelum deliver anak pertama. Rasa kuat bila suami di sisi~

Pengalaman deliver anak pertama di hospital selalunya mendebarkan jiwa, maklumlah pertama kali kan. Tapi pengalaman terpaksa 'admitted' di hospital sebelum tiba masanya untuk deliver anak kedua di wad bersalin memang masih menggetarkan hati ini. Entry sebelum ni kan Azu pernah cerita pasal kesakitan yang Azu alami di SAKIT ADMITTED.

Walaupun terpaksa admitted satu hari tetapi Azu rasakan macam 3-4 hari!! Azu ni bukan jenis orang yang jenis sukakan ubat, doktor dan hospital. Datang pun sebab terpaksa je. Demi kesihatan diri sendiri, anak dalam kandungan dan pastinya bila melawat orang sakit. Hehe, lega jugak bila en husben bukannya doktor tapi teringin nak anak pulak jadi doktor. Eh eh boleh ke macam gitu pulak?? ~Senyum sampai telinga ye.

Bila jalan rasa sakit, batuk rasa sakit, baby gerak dalam perut pun rasa sakit. Belum bersin lagi, A aa aaaa tapi chooom yang tak jadi bila terkenang sakit perut ni. Masih ingin bertahan tapi nak buat macamana bila air mata bergenang terpaksa mengalir jugak kerana tak tahan sakit perut ni. Hospital jugaklah jawabnya. Azu memang plan nak bersalin di hospital ni, jadi biar semua rekod sakit pening Azu sepanjang hamil ada di hospital ini.

Bila pendaftaran selesai, Azu diminta duduk bersama dengan bakal-bakal ibu baru dan ibu hamil yang lain. Macam-macam reaksi muka diorang. Azu teringat itulah reaksi muka Azu menahan sakit nak bersalin terutamanya bila menunggu bukaan vagina masa 1st time deliver baby 2 tahun lepas. Bila terpandang muka dia dan muka Azu yang sedang menahan sakit perut, kami tersengih seketika. Si ibu hamil tadi terus bertanya pada Azu, 'Dah nak bersalin ke?'. Azu tersenyum nak jawab ke tidak ni. Bayi dalam kandungan baru 6 bulan. Belum masanya nak bersalin lagi..~Takutt ni!! emm Azu jawab jugak demi komunikasi berkesan. hehe. Belum rasa nak bersalin tapi sakit perut, tunggu doktor buat pemeriksaan dulu. Ibu hamil tadi tersenyum buat hati Azu tenang seketika dan tak lama lepas tu mulut Azu ringan je bertanya ni anak ke berapa? Jawabnya anak ke-2. Rata-rata ibu hamil yang menunggu masa untuk masuk ke labor room hampir semuanya bakal melahirkan anak ke-2. Tapi Azu lambat lagi lah, 3 bulan lagi baru nak masuk labor room. Emm itulah ayat-ayat yang selalu berlegar dalam kepala Azu.

Baru selesai part pertama..tunggu part ke-2 ye..macam-macam kisah ibu hamil ni untuk dikongsi bersama pembaca BamBam2u. Terima kasih sudi singgah~

Wednesday, May 23, 2012

Sakitnya Paraumbilical Hernia Ketika Hamil!

Salam dan hai readers,

Hampir 2 minggu Azu tidak menjengah blog kesayangan ni dan 2 minggu jugak Azu tak dapat berkongsi sebarang info dengan pembaca BamBam2u. Maaf ye kawan-kawan pembaca. 2 minggu yang lepas merupakan minggu paling sibuk untuk Azu sebab kesakitan kecil yang Azu alami di perut. Walaupun kecil, tapi nak menahan sakitnya tu, mengalir jugak air mata ni. Adoii~

4 hari sebelum Azu admitted di hospital, Azu rasa sakit yang ketara di bawah perut. Sakitnya amat dirasai terutamanya ketika membuang air besar, maklumla ibu hamil dan sembelit kan tak dapat dipisahkan, begitu jugak Azu~hehe. Bila En hasben kerja jauh, balik rumah 2 kali seminggu pun buat Azu terasa lelah dan mengah melayan kerenah Aijaz.

Simptom-simptom Paraumbilical Hernia

Azu bukannya apa, bila usia bayi dalam kandungan sudah mencecah 6 bulan, cepat pulak rasa penat dan lelahnya terutama bila balik dari kerja dan perlu ambil Aijaz dari babysitter di flet tingkat 5 dan turun semula (emm, takde lift tau). Bukannya Aijaz tak boleh turun tangga sendiri, tapi mesti dengan pengawasan dari belakang dan kalau ikut moodnya yang kurang baik~hampir setiap hari jugaklah, Aijaz pun satu, tetiba je berhenti di pertengahan jalan di tangga dan tak mau terus berjalan. Azu apa lagi, nak tak nak, sakit tak sakit perut ni terpaksa la mengangkat budak 10 kilo tu di pangkuan Azu sampailah ke bawah. Ibu yang tetap menggagahkan diri~konon kuat sangat;(

Tekanan sakit sedikit demi sedikit di perut memang cukup merisaukan tapi masih boleh bertahan. Esok petang bila balik dari kerja, Azu singgah pasaraya beli barang-barang basah untuk masak di hari minggu. Biasanya pergi dengan En hubby, tapi keinginan yang melonjak dan kedegilan melampau, Azu pergi jugak walaupun hubby dah pujuk nak pergi esok petang~semenjak berbadan dua kali ke-2 ni memang degil tu sering menguasai diri, entah kenapa??

Ha, balik shopping tu memang penuh kedua-dua belah tangan dengan ikan, buah, sayur untuk memenuhkan peti ais yang ada. Bila diangkat bebanan tu, rasa sakit di perut makin ketara. Muka Azu ni pun dah tak boleh sembunyi kesakitan itu~sampai nak nangis dah. Bila masuk kereta je, apa lagi menangis tak hengat menahan sakit perut sampaikan bila kereta langgar bumper jalan pon Azu rasa sakit sangat. Terus call babysitter Aijaz~dengan nada tangis yang tak tertahan, nasib babysitter memahami dan sanggup jaga Aijaz malam ni. Lega jugak rasanya dan en hubby pun Azu suruh balik hari ni jugak. Air mata usah katalah. Risau, bimbang sakit di bahagian perut memang buat Azu amat takut terutamanya kalau melibatkan si kecil dalam kandungan Azu. Harap tak ada apa-apa  yang membahayakan dia~kesian kan!

Pergerakan bayi yang terlalu aktif juga memberi tekanan kepada kesakitan perut yang Azu alami. Belum lagi batuk atau bersin. Terlalu sakit dan sangat pedih terutamanya di bawah perut~Teruk sangat ke?

Apakah Paraumbilical Hernia?

Bila dimasukkan ke wad kecemasan, Azu disahkan mengalami Paraumbilical Hernia atau Umbilical Hernia. Ia merupakan satu unjuran usus ke dalam abdomen yang melalui satu titik lemah otot atau ligamen berhampiran pusat. Kesannya akan menyebabkan ketidakselesaan apabila tisu lemah terperangkapdan sekaligus dapat dirasai atau dilihat terutamanya ketika Azu berbaring dan terlihat seakan bonjol lemak naik di kawasan pusat Azu. Takut gak tengok perut Azu masa tu, tapi tak boleh buat-buat tak nampak kan, kene tengok jugak.huhu.

 ~sementara tunggu doktor, sempat makan nugget milo, husben beli kt vendor machine, sedap tau~

Rawatan Paraumbilical Hernia

Walaupun ia tidak mengancam nyawa, rawatan pembedahan rutin diperlukan untuk mencegah pembesaran unjuran itu dan usus tersekat sehingga boleh mengakibatkan pendarahan yang boleh mengancam bayi dalam kandungan. Doktor tidak dapat berbuat apa-apa pada Azu ketika ini kerana terdapat kandungan yang sedang membesar di dalamnya namun perhatian rapi atau pembedahan kecil akan dijalankan selepas Azu melahirkan si kecil nanti. Lega rasanya, Azu takut sangat kalau dengar bab-bab bedah ni. 

Sekian dulu sedikit pengalaman dari BamBam2u untuk semua. Harapan Azu cepat sembuh dari simptom kesakitan itu dan kalau tak serius dan perut tak sakit lagi, Azu tak perlu lah dibedah. Insyaallah. Doakan ye kawan-kawan pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah.
Salam Sayang dari BamBam2u~

Sumber:
Website: ruh.nhs.uk/patient, Wikipedia

Tuesday, March 20, 2012

Kegembiraan dan Kesakitan Hamil di Trimester Kedua

Salam dan hai readers,



Alhamdulillah, syukur  kehadratnya bila menjelang kehamilan minggu ke 15, simptom Trimester Pertama yang merunsingkan Azu di entri Azu sebelum ini  iaitu  HAMIL TAPI SUSAH NAK MINUM SUSU  semakin berkurang dan reda. Perasaan suka, gembira, duka dan kesusahan ketika hamil sering membelenggu ibu-ibu hamil setiap masa termasuklah diri Azu sendiri. Harap perkongsian ini memberi manfaat buat semua ibu-ibu hamil diluar sana~

Kegembiraan saat ini

i) Mual dan Muntah Mula Hilang

Kini, bila dah masuk Trimester Kedua memberi nafas baru buat Azu. Bukan apa, simptom mual dan muntah sebelum ini sudah beransur hilang, pening kepala pun berkurang, semakin kuat dan bertenaga berbanding dahulu Azu kerap keletihan kerana kerap muntah, makan juga semakin berselera biarpun Azu memang jenis suka makan~hee.

ii) Merancang Percutian


Selain itu, mood semakin baik dan kerap tersenyum kerana lebih selesa dengan keadaan badan sendiri. Seronok juga bila masa inilah kita boleh merancang percutian jarak jauh atau jarak dekat sementara menunggu saat kelahiran bayi nanti.

iii) Merasai Pergerakan Halus si Kecil

Perkara paling seronok saat ini ialah Azu sudah mulai rasa pergerakan halus dalam perut. Kata orang, seakan kupu-kupu terbang dalam perut kita. Mungkin si kecil tengah menguap, menggeliat atau berguling-guling dalam tu? Haha, itulah saat paling indah buat semua bakal-bakal ibu kan. Alhamdulillah~

Kesakitan yang mungkin dialami oleh ibu Hamil

i) Kerap rasa PANAS


Bila rahim mengembang dan perut semakin membesar, Azu dah mula rasa kepedihan yang disebabkan oleh ligamen regangan dalam abdomen, perut yang meregang di bahagian tepi kerap terasa panas dan rasa hangat mula dirasai hampir di seluruh badan. Azu rasa teruk bila sebelum ini Azu yang selalu minta kurangkan kelajuan kipas dengan En Hubby, sekarang dah terbalik. Azu tetap rasa panas walaupun kipas tu sudah mencapai kelajuan maksimum. Kata orang, bila terasa panas itu tandanya anak dalam perut kita sedang bermain dalam perut dengan aktif. Agaknya mungkin tengah berguling-guling dan bermain dengan tali pusat kita. Kalau betul, Azu sungguh tak kisah. Apa yang penting baby dalam perut Azu membesar dengan sihat dan aktif.~Insyaallah.

ii) Kerap berkunjung ke TANDAS

Demi saranan doktor untuk minum air dengan banyak supaya kita kekal terhidrat sepanjang hari selain memastikan air ketuban sentiasa mencukupi, tempat kegemaran Azu sekarang ialah tandas. Kerap ke tandas walaupun minum sedikit, kalau minum banyak maunye 10 kali masuk tandas dalam sehari. Rimas jugak jadi ratu tandas ni kan~tapi Azu layankan aje.

Itulah saat-saat indah yang menggembirakan dan saat-saat kesakitan ringan yang Azu hadapi di minggu ke 16 iaitu Trimester Kedua ini. Azu yakin semua ibu-ibu hamil di luar sana akan dan telah mengalami saat-saat itu dan mungkin juga berbeza dengan pengalaman Azu. Bila cerita kita berbeza kan lebih seronok untuk berkongsi kan.

Terima kasih kerana sudi singgah membaca secebis kisah anak-anak kita dan cerita ibu hamil yang macam-macam kerenahnya. Hehe~salam sayang dari BamBam2u!

Sumber:
Babycentre Malaysia
image: Google

Wednesday, December 28, 2011

Posisi Seksual Terbaik untuk HAMIL?


Salam dan hai readers,


Topik ini agak sukar untuk dikupas dan dibincangkan sedalam-dalamnya namun Azu cuba terhadkan pembacaan dan perkongsian Azu untuk info yang penting-penting dan perkara asas sahaja. Ilmu itu kan lebih baik dikongsi untuk tatapan bersama terutamanya buat pasangan yang ingin memiliki bayi dengan taktik posisi yang betul dan terbaik!

Sebenarnya tiada kajian saintifik yang membuktikan posisi seks tertentu boleh membantu untuk hamil. Walaubagaimanapun kajian Magnetic Resonance Imaging (MRI) mendapati pasangan yang mengadakan hubungan seks dalam kedudukan yang berbeza telah memberi pengertian khusus.

Posisi Terbaik

1. Posisi ‘man on top /missionary position’ adalah salah satu cara terbaik untuk hamil kerana ‘kedudukannya’ yang betul-betul bersebelahan dengan pembukaan rahim wanita. (anterior)

2. Posisi dari belakang samada berbaring atau merangkak dimana pengaliran sperma di sebelah kanak serviks anda. (posterior)

Sebenarnya kedua-dua kedudukan ini jelas menunjukkan hujung zakar berada di kedudukan terbaik antara serviks dan dinding vagina.

Posisi Terburuk

Sesetengah pakar berpendapat:

Posisi dalam keadaan berdiri, duduk atau wanita di atas kerana menentang gravity dan sperma sukar berenang ke arah tiub fallopio wanita.

Perlukah Orgasma untuk HAMIL?

Jawapannya PERLU. Itulah perkara yang sangat penting bagi seorang lelaki mencapai orgasma untuk pasangannya hamil. Namun kini terdapat kajian bahawa orgasma wanita juga membantu membawa sperma terus ke dalam rahim.

Posisi Seksual untuk hamil bayi LELAKI atau PEREMPUAN?

Menurut orang lama-lama~lagenda nenek moyang kita menyatakan apabila aktiviti seks berlaku dimana wanita diatas akan lebih cenderung mendapat bayi PEREMPUAN manakala sebaliknya akan cenderung mendapat bayi LELAKI. Namun itu bukanlah kajian sains yang disahkan. Itukan rezeki dari Tuhan, bayi lelaki atau perempuan bukan persoalan tapi kita perlu menerima dengan hati yang terbuka dan bersyukur~disamping itu terus BERUSAHA ye kawan-kawan!

Tips Penting dan Harus Diamalkan:

Selepas aktiviti seks~

Pertama: Wanita disarankan berbaring dengan bantal kecil di pinggul selama 20 minit. Hal ini membantu sperma berenang menuju ke rahim anda dan meningkatkan peluang untuk hamil.

Kedua: Wanita disaran untuk berbaring mengadap ke atas siling dan mengangkat kaki ke atas seolah –olah sedang mengayuh basikal di udara selama beberapa minit selepas aktiviti seks.

Dengar macam lucu kan, tapi cubalah, mungkin berhasil. Walaupun tiada bukti saintifik membuktikan keberkesanannya, tapi tidak salah untuk kita mencuba nya kan?~senyum. Insyaallah, harap berjaya!

Berkongsi untuk kegembiraan dan kesejahteraan semua yang menyokong BamBam2u. Terima kasih kerana sudi membaca!

Share with Luv from BamBam2u!

Sumber:
Babycentre.com.my
image: Google

Monday, December 19, 2011

Azam Baru Wajah Baru Demi Semua Ibu Bapa!

Salam dan hai readers,


Salam Tahun Baru 'in advance' yang masih berbaki 12 hari. Kalau kawan-kawan pembaca terlihat kelainan di page BamBam2u, teruskan membaca kerana ini bukanlah kesilapan tapi oleh kerana kini BamBam2u telah berwajah baru bersempena dengan azam tahun baru 2012. 

Sejak 4 bulan lalu BamBam2u diwujud dan dicetuskan kerana semangat perjuangan Azu demi semua ibu bapa, papa mama, mommy dady, ibu ayah, ummie dan babah dan anak-anak kita sejak bayi sehingga membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan comel.

Sejak kelahiran permata hati Azu dan hubby iaitu anak pertama kami, Aijaz memang banyak menyedarkan diri Azu betapa sukarnya membesarkan anak ini tanpa ilmu di dada. Masih tercari-cari segalanya tentang si kecil dari pampersnya sehingga ke makanannya, perkembangannya normal atau tidak, sihat atau sakitkah dia, apa perlu kita buat jika dia menangis tidak berhenti...semuanya menjadi persoalan Azu sebagai seorang ibu.~Persoalan yang tidak pernah ada 'STOP' kan?

Persoalan-persoalan yang bertalu-talu itu telah mencetuskan idea untuk mewujudkan BamBam2u demi kawan-kawan pembaca BamBam2u yang terdiri dari keluarga, kawan-kawan rapat Azu sendiri, dan seterusnya buat semua ibu bapa yang sudi berkongsi info tentang kehamilan, anak-anak mereka di blog, Facebook mahupun twitter. Terima kasih buat semua!


Oleh itu, demi kepentingan semua kawan-kawan pembaca dan diri Azu sendiri, BamBam2u dicetuskan ini khas buat anda semua. Semoga kita menjadi ibu bapa yang hebat di mata anak-anak kita, menjadi ibu hamil yang tahu setiap keperluan dirinya dan bayi dalam kandungannya dan harapan BamBam2u.

Semoga kita tidak terlepas setiap perkembangan dan kelebihan yang hebat anak-anak kita sementara dia masih kecil dan boleh dididik dengan mudah. Berjuanglah wahai ibu bapa demi masa depan dan perkembangan anak-anak kita yang lebih sempurna. Peluklah mereka dengan penuh kasih sayang. Bersyukur atas setiap nikmat kurniaannya. Alhamdulillah~


Salam sayang buat semua pembaca setia BamBam2u. Tahun 2012 bakal menjadi tahun bertuah buat BamBam2u. Insyaallah. Amin~Terima kasih atas sokongan anda~

Saturday, December 17, 2011

Apa Yang Perlu Diharapkan dari IMBASAN/SCAN Pertama?



Salam dan hai readers,



Pengalaman mengandung atau hamil adalah satu perkara yang sangat menakjubkan terutamanya apabila bakal si ibu membuat imbasan bayi dalam perutnya buat kali pertama. Sudah tentu kita mengharapkan bayi dalam perut berada dalam keadaan yang sihat. Apatah lagi bila melihat bayi kita muncul di skrin, saat itulah merupakan saat terindah. Bukan hanya bertujuan untuk melihat jantina bayi tapi juga penting atas sebab-sebab perubatan oleh doktor-doktor di zaman moden ini. Jom kita baca selanjutnya!

Doktor berpeluang mencari dan menemui pelbagai jawapan melalui imbasan /scan bayi iaitu:


Kehamilan & Kelahiran


Tentu si ibu merasa sungguh bahagia bila pertama kali membuat imbasan bayi dimana doktor menyapu krim gizmo di atas perut anda dan anda berpeluang melihat imej bayi anda melonjak-lonjak di skin. Walaupun dia kelihatan seperti kacang yang terapung-terapung di atas bulu halus, imbasan tersebut memberi pelbagai maklumat kesihatan untuk anda dan bayi anda. Dua imbasan paling penting ialah imbasan awal dan imbasan perkembangan. Imbasan kesihatan juga tidak terkecuali pentingnya untuk negara Scotland dan Portsmouth. Jadi terpulang pada ibu-ibu semua memilih pusat imbasan yang terbaik untuk bayi anda.


Menetapkan Tarikh

Semasa kehamilan anda antara 10 dan 14 minggu, scan pertama anda mengambil masa kira-kira 20 minit dan dan tarikh kehamilan anda dan tarikh kelahiran bayi anda dapat dikenalpasti. Ukuran kepala, panjang dan lebar badan, kaki dan tangannya dapat membantu doktor memberi tarikh yang tepat tentang umur sebenar bayi dalam kandungan. Kita juga boleh melihat anda hamil kembar atau lebih. Bayi kembar selalunya ditunggu-tunggu oleh setiap ibu kan~he. Jangan lupa cetak imbasan bayi anda sebelum pulang dan anda akan berbahagia memandangnya selalu.


Imbasan juga kadang-kadang memberi berita sedih buat ibu hamil apabila bayi tersebut gagal untuk membesar dalam kandungan. Didapati 'Suatu kantung kosong (ovum rosak) akan menunjukkan bayi anda tidak membesar, manakala embrio dengan tiada denyutan jantung membuatkan kehamilan tersebut gagal. Doktor akan berbincang dengan anda untuk tindakan seterusnya. Walaupun berita keguguran bayi itu amat menyedihkan, namun ibu harus akur dan mengikuti setiap arahan doktor demi kesihatan.



Perincian dari Pemerhatian

Imbasan anomali biasanya dilakukan di sekitar 19 hingga 20 minggu untuk memantau perkembangan bayi anda. 'Dengan ini, semua peringkat dibentuk supaya kita boleh lihat terperinci untuk memeriksa sebarang keabnormalan struktur,' Semua harus diperhatikan dalam laporan bercetak yang akan anda terima selepas itu.

Pada peringkat ini, kira-kira separuh daripada semua keabnormalan utama, seperti spina bifida atau kecacatan dinding abdomen, boleh dikenal pasti. Dalam kes-kes lain imbasan mungkin menunjukkan perubahan kecil, yang dikenali sebagai 'petanda'.

Ini boleh menjadi tanda-tanda masalah yang lebih serius seperti sindrom Down. Petanda mungkin atau tidak mungkin menunjukkan masalah dengan kromosom bayi, Ujian lanjut oleh doktor perlu dilakukan supaya bayi dalam kandungan tidak terancam seperti 'Chorionic Villus Sampling'. kandungan Bacaan lanjut, sila rujuk isu 'Sindrom Down' DISINI.


Sebenarnya banyak permasalahan dalam kehamilan boleh dikenalpasti oleh doktor melalui imbasan/scan. Teknologi moden ini dicipta supaya tidak membahayakan si ibu. Tapi jangan terlalu kerap ye ibu-ibu. Azu harap info ini dapa membantu ibu-ibu di luar sana mengetahui betapa pentingnya imbasan bayi demi diri anda dan bayi anda.

Share and luv from BamBam2u. Terima kasih kerana sudi membaca!


Sumber: askamum.co.uk

Tuesday, December 6, 2011

Makanan yang perlu DIELAKKAN jika anda cuba untuk hamil



Salam dan hai readers,


 
Anda ingin hamil atau sedang cuba untuk hamil? Tak sangka juga rupanya ada makanan tertentu yang kawan-kawan perlu elak apabila ingin hamil. Tetapi adakah anda tahu bahawa terdapat banyak makanan yang perlu dielakkan jika anda cuba untuk hamil. Para bakal bapa pun sama penting untuk berkongsi info ini. Baca seterusnya ya..

Perkara yang perlu dielakkan

* Daging mentah atau kurang masak, ayam itik dan telur (dan rumah-makanan yang dibuat menggunakan telur mentah)
* Hati dan hati yang mengandungi tahap yang tinggi vitamin A
* Lembut, keju masak seperti Brie
* Keju berurat biru seperti Stilton
* Keju lembut yang dibuat dari keju yang tidak dibasmi kuman terlebih dahulu  (unpasteurised) atau susu kambing biri-biri



Bukan makanan saja kene elakkan, tapi tabiat dan kebiasaan juga perlu dihindar supaya wanita lebih mudah hamil. Jom baca-baca selanjutnya:

Kafein

Satu kajian Amerika mendapati bahawa mengambil kafein dalam jumlah yang lebih daripada sepatutnya (bersamaan dengan tiga cawan kopi sehari atau kira-kira 300mg) boleh mengurangkan peluang wanita untuk hamil sebanyak 27 peratus berbanding bukan peminum kopi.

Alkohol

Wanita yang minum hanya lima unit seminggu jauh lebih rendah peluang mereka untuk hamil. Cuba untuk mengelakkan alkohol sama sekali dalam tempoh tiga bulan sebelum mencuba untuk hamil.

Hati si kecil di dalam perut hanya mula dibangunkan sebulan selepas pensenyawaan dan ini berusia empat minggu pertama - seringkali sebelum anda sedar anda sedang hamil. Masa ini adalah salah satu daripada masa-masa yang paling lemah dan mudah rosak dan disebabkan oleh alkohol.

Bagi lelaki, minum 3-4 unit sehari boleh menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron, dan dalam jangka masa panjang, buah zakar boleh menjadi layu dan lemah.

~Walaupun jarang-jarang kedengaran kaitan wanita dan lelaki Malaysia dengan alkohol, namun tidak salah kita berkongsi info ye~

Rokok

Wanita yang merokok secara langsung dikaitkan dengan kemandulan. Bukan kerana faktor itu sahaja yang wanita yang terpaksa berhenti merokok. Satu kajian Finland mendapati bahawa 41.9 peratus lelaki yang merokok adalah mandul, berbanding 27.8 peratus lelaki yang tidak merokok. Dan orang-orang lelaki yang merokok mempunyai sperma lebih sedikit apabila mereka ejakulasi. Dan jika itu tidak cukup untuk meyakinkan beliau untuk berhenti merokok, tunjukkan bukti statistik bahawa merokok akan menyebabkan mati pucuk menurut sumber perubatan.

Lelaki perlu berhenti merokok sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mencuba untuk mendapatkan bayi. Ia mengambil masa 100 hari untuk membuat sperma - dan itu adalah 100 hari di mana sperma boleh mengalami kerosakan yang tidak boleh diperbaiki. Ibu bapa yang merokok adalah lebih cenderung untuk menghasilkan bayi dengan kecacatan genetik, dan sekurang-kurangnya dua kali berisiko kanser.

Dadah

Tidak, anda tidak boleh menggantikan alkohol dan rokok dengan ganja atau kokain. Dan kita tidak perlu untuk memberitahu anda mengapa!

Itu dah semestinya lah kan. Kafein, alkohol, rokok termasuklah dadah merupakan faktor utama sukar untuk hamil. Mungkin ada faktor-faktor lain yang turut mengganggu. Kadang-kadang satu-satu benda yang menjadi kebiasaan kita memang sukar untuk berhenti, tapi tak salah mencuba kan. Bersama-sama lah kita berusaha untuk menjadi lebih baik. Semuanya tak mustahil dengan izinNYA kan. Insyaallah. Senyum~

Share n Luv from BamBam2u. Lebih banyak info tentang kehamilan, tips ibu bapa, bayi serta kesihatan kanak di Facebook klik sini BamBam2u. Selamat membaca kawan-kawan!

Sumber:

Wednesday, September 7, 2011

Spina Bifida pada Bayi Baru Lahir

Salam dan hai readers,

Apakah Spina Bifida yang terjadi pada bayi baru lahir? Jom kita baca dan fahaminya bersama.



Spina bifida ("tulang belakang yg terbelah") ialah suatu kecacatan semasa kelahiran yang menjejaskan tulang belakang. Spina bifida berkembang dari pembukaan yang merekah, atau splitlike, di bahagian belakang daripada tulang belakang (vertebra tulang belakang). Dalam kes-kes yang lebih teruk, ia melibatkan saraf tunjang. Spina bifida adalah yang paling biasa dalam kumpulan kecacatan kelahiran yang dikenali sebagai kecacatan tiub neural yang mempengaruhi sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). 

Spina bifida bermula di dalam rahim, apabila tisu-tisu yang kali ganda kepada bentuk tiub neural tidak menutup atau tidak tinggal ditutup sepenuhnya. Ini menyebabkan terjadinya pembukaan di tulang belakang yang mengelilingi dan melindungi saraf tunjang. Ini berlaku hanya dalam beberapa minggu (21 hingga 28 hari) selepas pensenyawaan- biasanya sebelum wanita itu tahu bahawa dia mengandung.  

Terdapat 3 Jenis Spina Bifida


i) Spina bifida occulta: "Occulta" bermaksud yang tersembunyi, dan kecacatan itu tidak boleh dilihat. Spina bifida occulta jarang dikaitkan dengan komplikasi atau gejala. Spina bifida occulta biasanya ditemui secara tidak sengaja apabila orang yang mempunyai x-ray atau MRI untuk sebab-sebab tertentu lain. Kelaziman occulta tidak diketahui, tetapi ia mungkin jenis spina bifida yang paling biasa. Anggaran lazimnya terjadi daripada 5% kepada setinggi 40%.

ii) Meningocele: Membran yang mengelilingi saraf tunjang boleh membesarkan, mewujudkan gumpalan atau ini sering tidak dapat dilihat melalui kulit dan menyebabkan tiada masalah "cyst" atau pundi-pundi berisi dengan benda cecair dalam badan<". Jika terusan tunjang yg terbelah, atau "berpecah dua belah," cyst tersebut boleh berkembang dan datang ke permukaan. Dalam kes sedemikian, kerana cyst tersebut tidak sertakan saraf tunjang, saraf tidak terdedah. Cyst tersebut berbeza dari segi saiz, tetapi selalunya boleh dikeluarkan melalui pembedahan, jika perlu, meninggalkan tiada hilang upaya kekal. Ini adalah jenis spina bifida yang luar biasa.

iii) Spina Bifida Cystica (myelomeningocele) : Ini adalah bentuk yang paling kompleks dan merupakan spina bifida yang teruk. Spina bifida cystica biasanya melibatkan masalah-masalah neurologi yang boleh sangat serius atau bahkan membawa maut. Satu bahagian saraf tunjang dan saraf yang berpunca dari saraf terdedah dan boleh dilihat di luar badan. Atau, jika ada cyst, ia akan memagari sebahagian daripada saraf dan saraf yang lain. Keadaan ini, yang telah didokumenkan 4000 tahun yang lalu, membuktikan 94% kes-kes spina bifida adalah benar berlaku.

Istilah "spina bifida" sering digunakan secara bergantian dengan myelomeningocele, kerana ini adalah jenis spina bifida yang menyebabkan majoriti hilang upaya. Mujurlah, pembedahan merupakan satu rawatan berkesan untuk kebanyakan bayi yang mengalami spina bifida. Kebanyakan bayi dengan tulang belakang yang terbuka atau myelomeningocele menjalani pembedahan dalam tempoh 48 jam pertama dalam hidup untuk menutup kecacatan itu. Antibiotik diberi untuk mencegah jangkitan saraf terdedah dan saraf tunjang sehingga struktur ini boleh dilindungi oleh pembedahan. 

Sebelum adanya antibiotik, kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan dengan myelomeningocele meninggal dunia sejurus selepas kelahiran. Mereka yang terselamat adalah mereka yang mengalami keadaan kurang upaya yang teruk. Dengan rawatan moden, hampir semua kanak-kanak dengan myelomeningocele hidup dan yang paling mampu untuk hidup produktif dengan sedikit keupayaan. Walaupun dengan rawatan ini, bagaimanapun, kebanyakan dari mereka mempunyai sedikit lumpuh di kaki yang tetap dan sering mengalami kesulitan dengan fungsi usus dan pundi kencing. Setakat ini, lumpuh bergantung pada bahagian saraf tunjang yang terlibat. Semakin tinggi kecacatan pada badan, lebih teruk lumpuh. Kira-kira 80% myelomeningoceles berlaku di rantau (tailbone) lumbar (bahagian bawah belakang) dan sakral tulang belakang.


Spina bifida adalah salah satu kecacatan yang paling biasa dalam kelahiran, sejarah yang berlaku dalam 1 kelahiran hidup bagi setiap 1000 di Amerika Syarikat. Kadar spina bifida adalah lebih tinggi dalam golongan Hispanik dan orang putih keturunan Eropah berbanding dengan orang-orang Yahudi Ashkenazi, Asia, dan Amerika Afrika. Kadar juga adalah lebih tinggi di kalangan ibu-ibu dengan masalah kesihatan yang tertentu, seperti kencing manis atau gangguan penyitaan (mengambil anticonvulsants tertentu), dan jauh lebih tinggi di kalangan pasangan di mana sekurang-kurangnya satu mempunyai spina bifida, dan di kalangan pasangan yang telah mempunyai kanak-kanak dengan spina bifida.

Prospek untuk spina bifida telah bertambah baik luar biasa dalam dekad yang lalu. Bukan sahaja maju teknik pembedahan yang lebih baik kualiti hidup bagi orang-orang yang dilahirkan dengan spina bifida, tetapi berubah-ubah mengikut pendekatan diagnosis awal telah menunjukkan kemungkinan pembedahan pembetulan sementara masih di dalam rahim. Di samping itu, kajian yang disiapkan pada tahun 1990-an menunjukkan bahawa sebanyak 70% daripada kes-kes kecacatan tiub neural boleh dicegah dengan pengambilan asid folik yang mencukupi serta-merta sebelum dan pada awal kehamilan. Satu program yang terperinci oleh sistem pendidikan awam dan pencegahan makanan yang popular mengesahkan dengan pengambilan asid folik di Amerika Syarikat telah menurun kadar kecacatan tiub neural oleh kira-kira 20% dalam hanya beberapa tahun.

Share and Luv from BamBam2u. Jika berminat untuk mengetahui lebih banyak lagi info tentang ibu hamil, bayi dan kanak-kanak, anda boleh 'LIKE' page ini: BamBam2u di Facebook atau 


Terima kasih atas sokongan anda! Learning and searching to give the best for all..
 If U give the best, U get the best..

Sumber: emedicinehealth
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...