Friday, March 23, 2012

Memilih Ingin Menyusukan Bayi ataupun Tidak?

Salam dan hai reader,


Bila terpandang tajuk di atas, mesti ramai yang marah atau tak puas hati dengan Azu kan. BamBam2u sendiri jarang berkongsi info pasal menyusukan bayi dan kebaikan susu ibu. Maaf ye kawan-kawan pembaca kerana Azu sendiri dalam proses belajar kerana masa pregnantkan Aijaz dulu Azu sangat keliru dan kurang pengetahuan segalanya tentang susu ibu. Rasa teruk kan~

Pendedahan tentang susu ibu Azu dapat sejak Azu hamil pertama kali iaitu 5 bulan. Agak terlewatkan? Azu terbaca satu blog yang sungguh menarik hati Azu iaitu blog Kak Suraya~ Pengasas LUNATOTS. Azu sangat teruja untuk menyusukan bayi yang bakal lahir nanti dengan susu ibu pemberian ibu yang tiada gantinya. Blog ini memberi Azu inspirasi baru untuk memulakan penyusuan eksklusif. Thank u so much Kak Suraya~

Beli MESIN PAM SUSU ELEKTRIK

Semangat itu membuatkan Azu singgah dan membeli mesin pam susu elektrik di Cawangan Lunatots. Harga bukan lagi ukuran Azu ketika itu. Namun, sangat nyata usaha Azu dalam pencarian ilmu tentang penyusuan susu ibu tidak berbaloi dengan semangat yang ada. Banyak info yang Azu terlepas pandang dan tidak mengambil berat. Kesannya, Azu hanya menyusukan Aijaz untuk 6 bulan pertama sahaja. Sedih tapi apalah daya Azu kan~Isk alasan yang tak boleh diterima kan kan??

Kenapa BERHENTI MENYUSU?

Kalau ditanya kenapa Azu memilih jalan untuk berhenti menyusukan lil Aijaz yang berumur 6 bulan..Inilah alasan-alasan teruk Azu adalah seperti dibawah. Isk ada senarai alasan pulak tu??erk..maaf lah kawan-kawan semua bila dengar alasan ibu muda dan pertama kali. Isk muda lagi ke ni?~

Demam/ Jaundis

1. Sejak Aijaz lahir, dia kena demam kuning atau jaundis yang agak lama. Bila diberikan Air Susu Ibu (ASI), Aijaz masih turun naik jaundisnya sehingga nurse sendiri slow talk suruh bagi susu formula pada bayi sehingga Aijaz pulih. Katanya, mungkin Azu tak pandai lagi menyusukan Aijaz dengan betul terutamanya direct-feeding. Sejak itu, Azu campurkan susu formula dengan ASI untuk Aijaz. Salah Azu kan~


Desakan dan Kurang Ilmu

2. Opah Aijaz cadangkan beri susu formula pada Aijaz bila dia tengok Aijaz kerap menangis terutama di malam hari. Azu tak salahkan mereka, tapi Azu salahkan diri sendiri kerana Azu kurang ilmu untuk menjelaskan yang Azu mampu menyusukan Aijaz tanpa susu formula, air masak dan puting. Opss banyak betul tambahan ek, Inilah dugaan berpantang di kampung, huh~

Kurang Pengetahuan tentang Mesin Pam

3. Lagi tension bila Azu pam ASI menggunakan mesin yang Azu dah beli tapi hasilnya sangat sedikit. Walaupun rasa *** penuh, tapi hasil keluaran susu cuma sedikit. 1 oz je. Bila habis pantang je, baru perasan ada satu lubang di sisi mesin tu yang Azu terlupa tutup atau Azu memang tak tau fungsi lubang mesin tu. Rupanya tu lubang saluran untuk Azu buat double-pumping. Salah Azu tak baca manual dan blog Lunatots seterusnya~

Keluhan Ibu kali Pertama/ Kurang Kemudahan

4. Lepas pantang, Azu cuba buat stok ASI untuk Aijaz tapi maklumlah ibu baru dan pertama kali, rasa malas dan tak larat sering menghancurkan niat murni Azu, mengantuk sangat kononnya nak bangun pagi-pagi buta nak buat stok. Malang juga rasanya kerana ofis Azu tidak menyediakan tempat untuk mengepam dan ia menyukarkan untuk Azu pam susu di tempat duduk sendiri dimana Azu perlu mengadap komputer dan sering bangun masuk dan keluar dari bilik bos. Salah Azu lagi kan~

Terluka

5. Akibat terlalu mendesak si pam elektrik itu untuk mengeluarkan susu lebih banyak dari *** Azu, ia terluka dan rasa menyakitkan. Maka, situasi ini lagi menyukarkan Azu untuk memberi direct-feeding untuk Aijaz. Susu Formula lagi lah nampaknya. Azu tak tahu rupanya ada ubat untuk mengubati *** Azu yang luka iaitu ASI itu sendiri dicalitkan di tempat yang luka. Salah Azu lagi kan~

Sedih kerana KESILAPAN dan KEEGOAN sendiri

Maka, hanya 6 bulan Azu sempat menyusukan Aijaz dengan mencampurkan susu formula, tanpa stok susu yang banyak seperti ibu-ibu lain. Bukan juga eksklusif seperti ibu-ibu lain. Tanya sama hati, ~huh ayat** bila terpandangkan Aijaz, ummie wanna say I'm really sorry my dear Aijaz~Azu sebagai ibu amat sedih kerana tidak dapat menyusukan Aijaz seperti anak-anak yang lain. Sangat sedih kerana Azu tahu Azu seorang ibu yang mampu. Cuma Azu menolak semua itu kerana alasan yang tidak munasabah dan kerana ceteknya ilmu Azu tentang ASI.


Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat Azu sendiri. Mungkin juga berkongsi pengalaman buruk ini bersama ibu-ibu yang lain sebagai peringatan buat Azu untuk tidak mengulanginya dan kawan-kawan lain tidak menjejaki langkah buruk Azu. Kini, Azu hamil lagi dan berniat ingin menyusukan ANAK KEDUA secara eksklusif sehingga bayi Azu berusia 2 tahun. Doa-doakan Azu ye kawan-kawan pembaca. HARAPAN yang melangit  dan sangat besar~Because I love my kids so much!


Doa + Misi + Azam + Semangat + Ilmu + Tindakan + Tawakal seorang ibu yang inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Insyaallah. Amin~

Salam sayang dari BamBam2u untuk semua pembaca yang masih sudi membaca secebis kisah~

Sumber: Pengalaman buruk seorang ibu~Jangan ikut tau. Follow yang baik-baik aje;)

2 comments:

THE AUTHOR said...

Ohhhhh!!!

ayez said...

Assalamualaikum Azu,
Saya faham sgt2 perasaan Azu tu. Saya pun mengalami situasi yang sama dgn anak sulung saya. Tak berjaya nak berikan yg terbaik buat baby sebab tak cukup ilmu dan didesak oleh ibu sendiri utk bagi susu formula sebab tgk baby tak kenyang2. Ye la baby boy mmg kuat minum. Sempat breastfeed smpi 3 bulan je tu pun campur2. Skrg alhamdulillah dgn anak kedua masih lagi fully breastfeed atas ilmu yg dikorek dan semangat berkobar2 nk berikan yg terbaik buat si kecil. Tambah lagi anak no 2 ni girl, perasan sgt la demand dia lain dari abangnya. Dia hisap cik B pun lembut je so tak luka and berdarah. Alhamdulillah.

Saya doakan Azu dpt teruskan breastfeeding sampai 2 tahun atau lebih sehingga berjaya!! Sama-sama kite lakukan yg terbaik untuk permata hati. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...