Showing posts with label admitted hospital. Show all posts
Showing posts with label admitted hospital. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Pengalaman Sakit di Wad Bersalin Part 2

Salam dan hai readers,


Bersambung kita di Part ke-2..Bila dah panjang sangat cerita rasa kena buat part-part jugak. So, pembaca semua tak letih sangat membaca cerita berderet-deret dari Azu. Hehe~

Sejam menunggu, nama Azu dipanggil. Doktor muda perempuan bangsa India yang nampak mesra menyoal tentang sakit yang Azu alami. Tak nak diapa-apakan oleh doktor tu~nerbes punya pasal plus fikir negatif je kat doktor tu apelah dia nak buat kat aku nih, Azu ape lagi.. cakap siap-siap kat doktor tu Azu tak ada sebarang pendarahan, air ketuban pun belum bocor, baby dalam perut baru 6 bulan tapi cuma sakit sangat di bahagian bawah perut je. ~Mesti ada aje tu.huh. Azu suspect kencing kotor, tapi rasanya Azu kencing tak pulak rasa sakit dan alirannya lancar macam biasa. Mungkin bukan sebab itu dan bila keputusan keluar didapati air kencing Azu bebas dari penyakit kencing tak lawas atau kencing kotor. Isy, mulut ni tak henti-henti berdoa selamatkanlah bayi dalam kandungan ini. Azu sayang sangat padanya walau belum bertemu muka..sembang dari perut ke mulut Azu je.isk isk sebak dah hati si ibu ni.

Doktor perempuan tu minta Azu baring di katil dimana tekanan darah Azu diperiksa dan pastinya normal dan Vaginal Examination (VE) dibuat dan didapati tiada bukaan cm langsung. Azu paling tak suka bab ni bila teringat nak deliver si Aijaz dulu entah berapa kali doktor cek VE kat Azu, tension jugak asyik-asyik 2cm dari pukul 1 pagi sampailah 9 malam. Kalau doktor pompuan yang periksa bukaan, Azu rela lagi lah, tapi bila doktor lelaki yang periksa bukaan Azu, aduhh Azu di 'PAKSA RELA' la nampaknya. Malu lah korang tapi nak buat macamana kan. Saat-saat emergency kan..harap tak jumpa dah doktor-doktor lelaki tu. Isk malu~Kot-kot tak kenal dah kan..;( 

Degupan jantung bayi turut diperiksa dengan mesin khas~Keputusannya, degupan jantung bayi masih normal dan belum tiba masanya untuk bayi dilahirkan. Lega teramat bila doktor sahkan bayi Azu sihat tanpa sebarang masalah tapi Azu dimaklumkan ada seorang lagi doktor pakar puan yang akan memeriksa apakah punca sakit perut yang Azu alami sejak 4 hari yang lepas.

Agak penat jugak berjalan disepanjang wad bersalin tu, bila sakit berhenti jalan kejap. Habis artikel, poster, brosur yang ada di papan tanda dan rak yang ada Azu habis baca dan study terutamanya Penyusuan Susu Bayi. Masa itu, semangat dan tekad ingin menyusukan bayi pertama Azu secara ekslusif memang membara. tapi sayang, ilmu tak cukup seperti di entry yang lepas MEMILIH INGIN MENYUSUKAN ATAU TIDAK?. Umur Aijaz 6 bulan Azu terpaksa beri susu formula pada Aijaz. Sayangkan~ Azu ni duduk lama tak boleh, berdiri lama-lama pun sakit. Bila nak buang air kecil dah rasa takut, siap jeling kat touch button merah dalam toilet tu. Takut la Azu jatuh lantai licin ke terberanak dalam toilet sorang-sorang dengan pintu berkunci..Oh seram bagai!!Mintak dijauhkan~

Terpandang ibu hamil di sebelah katil Azu selepas doktor buat VE kat Azu, muka dia nampak takut dan berkerut menahan sakit agaknya. Dalam hati Azu rasa berdebar-debar kerana 3 bulan lagi pasti Azu akan mengalami saat-saat cemas bakal melahirkan permata hati. Perut mereka sangat besar bila dibandingkan dengan perut Azu. ~Eh sempat jeling lagi rupanya! Opps..Mana tidaknya, hampir semua ibu-ibu hamil tu tunggu masa dan hari je nak bersalin, Azu pulak tunggu bulan..Kan banyak bezanya tu...ayat-ayat itu saja boleh menyedapkan hati Azu~

Pagi esoknya, Azu hanya mampu solat subuh di katil. Nasiblah bilik air dekat dan berada dalam bilik tu jugak. Azu berkongsi bilik dengan 2 ibu hamil yang lain.Tapi tak sempat sembang apa-apa. Semuanya nampak keletihan menunggu saat-saat kesakitan kontraksi sebenar. Rutin nurse-nurse disitu macam biasa ambil tekanan darah dan memeriksa degupan jantung bayi untuk kenalpasti sebarang masalah. Pukul 9 pagi, sekumpulan doktor dalam 2 orang datang memeriksa keadaan Azu. Kesakitan yang Azu alami seperti di entry yang lepas PARAUMBILICAL HERNIA Permasalahan yang Azu hadapi dimaklumkan sedalam-dalamnya oleh doktor perempuan melayu dan diiringi doktor lelaki Melayu sehingga Azu faham. Lega rasanya bila doktor kata tiada sebarang pembedahan akan dilakukan sehingga bayi selamat dilahirkan. Alhamdulillah~

Bersambung lagi kita ke Part ke-3. Diharap pembaca BamBam2u sudi singgah lagi untuk perkembangan lanjut ibu-ibu hamil yang Azu jumpa sepanjang Azu kena 'admitted' di hospital ni. Terima kasih.

Pengalaman Sakit di Wad Bersalin PART 1

Salam dan hai readers,

 ~Pengalaman dan gambar kenangan sebelum deliver anak pertama. Rasa kuat bila suami di sisi~

Pengalaman deliver anak pertama di hospital selalunya mendebarkan jiwa, maklumlah pertama kali kan. Tapi pengalaman terpaksa 'admitted' di hospital sebelum tiba masanya untuk deliver anak kedua di wad bersalin memang masih menggetarkan hati ini. Entry sebelum ni kan Azu pernah cerita pasal kesakitan yang Azu alami di SAKIT ADMITTED.

Walaupun terpaksa admitted satu hari tetapi Azu rasakan macam 3-4 hari!! Azu ni bukan jenis orang yang jenis sukakan ubat, doktor dan hospital. Datang pun sebab terpaksa je. Demi kesihatan diri sendiri, anak dalam kandungan dan pastinya bila melawat orang sakit. Hehe, lega jugak bila en husben bukannya doktor tapi teringin nak anak pulak jadi doktor. Eh eh boleh ke macam gitu pulak?? ~Senyum sampai telinga ye.

Bila jalan rasa sakit, batuk rasa sakit, baby gerak dalam perut pun rasa sakit. Belum bersin lagi, A aa aaaa tapi chooom yang tak jadi bila terkenang sakit perut ni. Masih ingin bertahan tapi nak buat macamana bila air mata bergenang terpaksa mengalir jugak kerana tak tahan sakit perut ni. Hospital jugaklah jawabnya. Azu memang plan nak bersalin di hospital ni, jadi biar semua rekod sakit pening Azu sepanjang hamil ada di hospital ini.

Bila pendaftaran selesai, Azu diminta duduk bersama dengan bakal-bakal ibu baru dan ibu hamil yang lain. Macam-macam reaksi muka diorang. Azu teringat itulah reaksi muka Azu menahan sakit nak bersalin terutamanya bila menunggu bukaan vagina masa 1st time deliver baby 2 tahun lepas. Bila terpandang muka dia dan muka Azu yang sedang menahan sakit perut, kami tersengih seketika. Si ibu hamil tadi terus bertanya pada Azu, 'Dah nak bersalin ke?'. Azu tersenyum nak jawab ke tidak ni. Bayi dalam kandungan baru 6 bulan. Belum masanya nak bersalin lagi..~Takutt ni!! emm Azu jawab jugak demi komunikasi berkesan. hehe. Belum rasa nak bersalin tapi sakit perut, tunggu doktor buat pemeriksaan dulu. Ibu hamil tadi tersenyum buat hati Azu tenang seketika dan tak lama lepas tu mulut Azu ringan je bertanya ni anak ke berapa? Jawabnya anak ke-2. Rata-rata ibu hamil yang menunggu masa untuk masuk ke labor room hampir semuanya bakal melahirkan anak ke-2. Tapi Azu lambat lagi lah, 3 bulan lagi baru nak masuk labor room. Emm itulah ayat-ayat yang selalu berlegar dalam kepala Azu.

Baru selesai part pertama..tunggu part ke-2 ye..macam-macam kisah ibu hamil ni untuk dikongsi bersama pembaca BamBam2u. Terima kasih sudi singgah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...