Wednesday, April 18, 2012

Teknik Pernafasan Mengurangkan Tekanan?

Salam dan hai readers,

Bila hamil ni memang Azu akui sukar untuk mengawal emosi terutamanya bila terlalu penat, letih~ eh, sama je tu kan, mengantuk dan sebagainya terutamanya bila melayan kerenah si Aijaz sorang-sorang yang kadangkala menyenangkan dan kadangkala 'menyentuh sensitiviti' si ibu ni.~ Maklumla bila En hasben keje jauh..En hasben bagi tips untuk kontrol emosi dan tekanan Azu melalui pernafasan. Tapi macam mana ye? Terus google cari artikel berkaitan. Jom, mana tau ada ibu-ibu di luar sana mengalami tekanan macam Azu ni~isk isk kot-kot Azu sorang je kot hadapi situasi cam gini. Hehe, takpe lah nak kongsi jugak dengan readers semua~senyum ye;)

Teknik Pernafasan boleh membantu Menguruskan Tekanan~

Menarik nafas sedalam-dalamnya dan jangka masa yang lebih panjang dari biasa juga dikenali sebagai pernafasan yang berhubung terus dengan diafragma.
Kepentingan: Membantu badan dan minda anda pulih dari keadaan tertekan.

Proses Bernafas dari Diafragma

Langkah: Melonggarkan otot abdomen anda dengan bernafas sehingga kedua-dua dada dan abdomen anda berkembang kira-kira satu inci seperti yang anda sedut dan kembali ke bawah seperti anda menghembus nafas.

Sebaik saja anda berasa selesa melakukan proses bernafas ini berulang kali, cuba ambil sepuluh nafas sedalam-dalamnya sambil membilang dari 10 ke angka sifar. Dengan nafas yang pertama tadi, seperti yang anda sedut dan berkata 'sepuluh' kepada diri sendiri kemudian terus menghembus nafas tadi. Kemudian tarik nafas dan berkata 'sembilan' kepada diri sendiri dan berterusan sehingga angka sifar. Bila sudah mencapai sifar, anda mungkin mendapati diri anda berasa lebih baik daripada semasa anda mula tadi. Stress hilang?? Betul ke ni?

Berkesan atau tidak, balik rumah hari ini Azu nak cuba teknik pernafasan ni. Mana tau menjadi ke, kalau tak jadi..abah Aijaz balik rumah hari ini bolehlah layan kerenah dak Aijaz sementara ummie Aijaz praktis teknik pernafasan ni sampai berjaya ye..Wish me luck~hehe

~konon nak ikut gaya ummie dia pakai baju, cam gini dah rupanya..pastu tunggu dia jerit bila baju tak mau tanggal dari kepala~hah layan!

Salam sayang dari BamBam2u~Terima kasih sudi singgah menjenguk. Singgah lagi ye ;)

Sumber:

Babycentre.com, image: google

Tuesday, April 17, 2012

Tanda-Tanda Bersalin Sebenar VS Kontraksi Palsu


Salam dan hai readers,


Sebenarnya banyak tanda-tanda awal menunjukkan masa sudah tiba untuk kita melahirkan anak. Mesti ramai ibu-ibu di luar sana bimbang dan tertanya-tanya apa petunjuk awal untuk kita lebih bersedia dalam proses persalinan bayi termasuklah diri Azu sendiri. Walaupun ini adalah kali ke-dua Azu bakal berdepan dengan situasi ini namun rasa bimbang tetap ada sebab semua kakak-kakak Azu punya tanda-tanda yang berbeza-beza setiap kali melahirkan anak mereka yang ramai tu. Isk, ramainya~

Seringkali juga kita tertanya-tanya apakah perbezaan ketara tanda-tanda bersalin yang sebenarnya atau amaran palsu~mungkin ia hanya Braxton Hicks ke..

Tanda-tanda Bersalin yang Sebenarnya

i) Keluar Tompok Darah dari Vagina

Tanda-tanda bersalin selalunya akan diikuti dengan keluarnya tompok darah dari vagina. Ia seakan-akan tompokan darah haid kita. Mula-mula tompok, lepas tu lebih banyak darah akan keluar. Lebih baik kita standby dengan pad yang banyak dan segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Azu pernah alaminya, 1st time kan memang risau sungguh bila nampak tompokan darah jam 1 pagi tu. Apa lagi, Azu terus ajak En hasben ke hospital. Tak rasa sakit langsung tapi bila 2 jam di hospital, rasa sakit macam Braxton Hicks tu muncul agak kerap iaitu dalam 15-20 minit sekali. Masa tu Azu masih boleh jalan-jalan, bersembang dalam telefon dengan hampir semua ahli keluarga yang ada, sempat lagi tengok bola Piala Dunia 2010 dengan en hasben dan Sepanyol menang!!

Tension jugak tengok semua ibu-ibu hamil yang baru datang je terus masuk labor room, pastu keluar dengan kerusi roda beserta tangisan bayi yang menyentuh hati ini. Bukaan serviks Azu baru 2cm dan kata doktor Azu mungkin bersalin lama lagi tambahan pula pertama kali bersalin. Bak kata orang tua-tua, jalannya belum ada.. oh yeke? Adoii~ Akhirnya, Azu bersalin 5 pagi esoknya. Satu hari gak menunggu si kecil yang mencari-cari jalan keluar untuknya. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan urusan kami berdua.

ii) Plag Mukus Tertanggal


Azu memang tak pasti tentang tanda ini sebab belum pernah alaminya tapi melalui pembacaan ringkas Azu Plag Mukus/Palam mukus serviks (operculum) adalah plug yang diisi dan menyalut saluran serviks sepanjang mengandung selama 9 bulan. Ia bertindak sebagai pelindung dengan menghalang bakteria dalam uterus. Biasanya semasa kehamilan, ia berupa lendir yang berwarna keruh, tebal dan melekit. Manakala di akhir kehamilan, apabila serviks menipis, darah akan dilepaskan dalam serviks yang menyebabkan mukus berdarah dan ia merupakan salah satu dari tanda tibanya masa untuk bersalin dan mungkin juga mengambil masa beberapa jam atau beberapa hari sebelum masanya tiba.

iii) Air Ketuban Pecah (Kantung Amnion)


Air Ketuban atau cecair Amnion adalah membran yang membina kantung amnion yang mengelilingi dan melindungi embrio yang sedang membesar. Itu sebablah selalu kita dengar kalau air ketuban sudah pecah, segeralah ke hospital berhampiran kerana bila air ketuban yang menjadi perlindungan bayi sudah pecah pasti akan mengundang bahaya buat bayi yang masih dalam kandungan. Kalau cecair itu sudah mula keluar, selalunya si ibu akan merasa sakit dan kontraksi akan bertambah kuat dan bersedia untuk kelahiran bayi.

iv) Kontraksi/ Pengecutan yang Lebih Kerap

Mungkin tiada pendarahan atau air ketuban belum pecah, tetapi diikuti dengan kontraksi atau pengecutan yang sangat kerap iaitu berlaku hampir 5 minit setiap kali dan selalunya masa untuk bersalin juga sudah tiba.

Tanda-tanda Bersalin yang Palsu

Tanda-tanda bersalin yang palsu memang sering mengelirukan para ibu hamil hampir mempunyai tanda bersalin  yang sebenar namun mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Sekiranya kontraksi adalah tidak menentu, hanya tertumpu di bahagian bawah abdomen atau sakitnya tidak bertambah buruk dari masa ke semasa, maka itulah amaran palsu yang perlu dikenalpasti.

Memang ada sesetengah bakal ibu baru yang mengalaminya. Azu menemui kebanyakan dari mereka ketika Azu masih berada di wad kecemasan. Misi bertugas yang ada meminta mereka pulang ke rumah kerana keadaan mereka yang masih stabil dan terdapat masalah kekurangan bilik wad yang telah kehabisan. Mujur kontraksi Azu sudah mencapai tahap yang dibenarkan tinggal di wad kecemasan walaupun 2 cm. Bilik Wad pun sudah disediakan untuk Azu. Kalau disuruh balik, Azu pengsan dulu~Jauh!

Tengah mengah menahan kontraksi ni, tapi masih sempat bergambar lagi, saja buat kenangan walaupun muka terpaksa.he~

Perbezaan Tanda-tanda Bersalin Sebenar dan Amaran Palsu

Jika didapati amaran palsu ini, anda patut cuba berjalan-jalan dan mengubah kedudukan baring atau duduk anda. Mungkin kesakitan itu akan beransur-ansur hilang. Kontraksi sebenar adalah tetap, mempunyai peningkatan kontraksi yang jelas, menunjukkan penurunan bayi semasa dan aktiviti janin serta kontraksi sebenar akan tertumpu di bahagian pelvis anda. Maka, itulah saat atau tanda-tanda bersalin yang semakin hampir.

Ha, nampaknya panjang lebar gak entri Azu kali ini. Diharap memberi sedikit sebanyak info ringkas buat semua pembaca BamBam2u terutamanya ibu hamil yang bakal melahirkan si kecil yang comel.

Salam sayang dari BamBam2u untuk semua!

Sumber:
Pregnant.thebump.com
Wikipedia

Monday, April 16, 2012

10 Perkara Bakal Bapa Perlu Tahu


Salam dan hai readers,


Kata orang ibu perlu tambah pengetahuan dengan membaca pelbagai buku-buku menjelang kelahiran permata hati. Bapa atau bakal ayah juga tidak ketinggalan tau! Alhamdulillah abah Aijaz belikan pelbagai jenis buku keibubapaan untuk Azu sebelum si kecik tu dilahirkan dan kami akan baca sama-sama atau salah seorang dari kami akan baca dan ceritakan pada salah seorang dari kami dan begitulah sebaliknya.

Ingatlah wahai kawan-kawan pembaca, perihal anak yang bakal lahir adalah tanggungjawab bersama dan sangat penting terutamanya buat bakal ibubapa yang pertama kali. Itulah yang selalu kami sebagai ibubapa Aijaz saling ingat-mengingati antara satu sama lain~tak mau lupa sampai bila-bila, mana tau leh menurunkan ingatan warisan ini buat cucu-cucu kami pulak..insyaallah. heee

Okeh, berbalik kepada tajuk utama kita. Satu artikel ini menarik minat Azu untuk dikongsi bersama readers semua. Konon-kononnya perkongsian mesra si isteri untuk si suami lah. Semoga en suami-suami atau semua bakal-bakal bapa sudi membacanya.

1) Tumbuh bulu di badan lebih banyak dari biasa

Si suami atau bakal ayah jangan terkejut atau tersalah cakap atau dengan kata mudahnya mengkritik isteri/ ibu hamil yang sedang mengalami perubahan ketara dalam penampilan mereka terutamanya bila tumbuhnya bulu halus di badan yang lebih dari biasa. Saat hamil ini memang mudah menyentuh perasaan mereka untuk sensitif atau merajuk dengan anda. Ingat, tak semua ibu hamil mengalaminya~
Penyelesaian: Kasihi dan sayangi mereka lebih dari biasa. Jika ia benar-benar mengganggu anda, haruslah diingat bahawa ia hanya sementara dan untuk tujuan yang lebih baik.

2) Kehilangan atau keguguran rambut yang banyak

Selepas melahirkan anak, sesetengah wanita akan kehilangan rambut yang banyak. Rambut mereka akan menjadi semakin nipis. Tapi, jangan bimbang. 
Penyelesaian: Yakinkan pasangan anda bahawa rambut itu akan tumbuh dan panjang semula.

3) Dia mungkin menjadi seseorang yang rabun

Ibu hamil mengalami pelbagai perubahan hormon yang mungkin menyebabkan masalah mata semasa mengandung. Walaupun sesetengah masalah boleh dijangka, anda juga harus sedar bahawa masalah rabun itu mungkin tanda-tanda kencing manis atau tekanan darah tinggi. 
Penyelesaian: Jadi, jangan terlalu leka dan sering ingatkan pasangan!


4) Mengikut statistik hanya satu dalam 10 wanita bersalin apabila air ketuban ‘dipecahkan’. Ibu hamil, jangan tahan nafas setelah air ketuban dipecahkan. Emm, selalunya air ketuban tidak akan dipecahkan dengan begitu mudah sehinggalah ibu hamil tadi mencapai tahap dan masa yang sesuai untuk melahirkan anak.

5) Payudaranya mungkin basah dan bocor

Ada sebilangan si suami tidak sabar-sabar melihat isteri mereka mempunyai dada yang lebih besar apabila mengandung. Perubahan yang agak menarik kan~Walaubagaimanapun, dalam persediaan untuk menyediakan susu, anda mungkin mendapati payudara pasangan anda bocor semasa 2/3 terakhir kehamilan. Kadangkala ia kelihatan seperti tompok-tompok kecil yang basah di baju dan kadangkala menitis lebih banyak. Penyelesaian: Jangan kritik malah tenangkan pasangan anda dan beri sokongan padanya untuk menyusu bayi sepenuhnya bila tiba masanya nanti.

6) Beliau mungkin tidak suka imej diri sendiri

Bergantung kepada si suami yang pastinya menyukai badan yang berubah-ubah dan terpesona dengan lengkung baru dan benjolan. Namun, tidak bagi ibu hamil kerana mereka sering berasa buruk terutamanya strech mark, lemak di badan yang seakan-akan dipam-pam atau dalam erti kata lain mereka akan berasa sangat rendah diri
Penyelesaian: Anda patut sentiasa memuji pasangan yang mereka masih cantik seperti dulu. Kadangkala, mereka tak dapat terima pujian itu, namun sekurang-kurangnya ia dapat melegakan kerisauan mereka walaupun seketika.

7) Sembilan bulan bagaikan seumur hidup


Mungkin tidak banyak masa anda untuk menyimpan lebih banyak wang buat bakal bayi baru lahir. 
Penyelesaian: Namun, jadikan masa yang singkat ini untuk bertenang dan tidak memikirkan masalah kewangan yang keterlaluan sebaliknya berkongsilah pengalaman indah ini bersama ahli keluarga yang lain dan berkongsi kegembiraan yang anda bakal menjadi seorang ayah baru!

8) Ibu hamil mungkin tak dapat tidur lena


Berpusing ke kanan dan ke kiri semasa dengan perut yang besar bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya ketika bangun dari tidur. 
Penyelesaian: Bangun dan bantulah pasangan bangun terutamanya ketika sakit atau mengalami cramp di kaki.

9) Mimpi indah


Ramai wanita bermimpi lebih kerap ketika mengandung. Tidak pasti kenapa, tetapi ia boleh disebabkan oleh perubahan hormon atau corak tidur yang terganggu. Mungkin dia mimpikan pelbagai impian tercapai dengan gambaran hutan dan lautan. 
Penyelesaian: Dengar dan responlah secara baik setiap kali mereka ingin berkongsi mimpi dan impian mereka dengan anda setiap kali bangun dari tidur walaupun anda bosan mendengar mimpi mereka yang sama hampir setiap hari!

10) Rutin ke tandas

Anda tahu tak betapa payahnya pasangan anda perlu bangun di tengah-tengah malam untuk ‘singgah’ ke tandas? Sering menahan pundi kencing untuk ketawa? 
Penyelesaian: Galakkan pasangan anda untuk sentiasa minum air yang banyak walaupun keadaannya sedemikian dan pastikan anda berhenti di RnR jika merancang perjalanan yang jauh.

Nampaknya 10 inilah yang paling utama yang boleh Azu kongsikan. Mungkin ada lagi luahan si isteri hamil untuk bakal bapa di luar sana. Tak kisahla apa sekalipun..apa yang penting suami isteri perlu sentiasa berkongsi segalanya bersama terutamanya melibatkan si kecil yang bakal lahir nanti. Anugerah terindah kan~Thanks my dear hasben and abah to Aijaz for your fully support just for me..;) Segan pulak nak letak pic Azu tengah pegnen Aijaz dulu. Nantilah ye. Akan tiba saatnya~isk2


Salam sayang dari BamBam2u untuk semua. Terima kasih kerana sudi singgah di sini~

Sumber: motherandbaby.ninemsn.co.uk/pregnancy and birth


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...