Monday, December 19, 2011

Azam Baru Wajah Baru Demi Semua Ibu Bapa!

Salam dan hai readers,


Salam Tahun Baru 'in advance' yang masih berbaki 12 hari. Kalau kawan-kawan pembaca terlihat kelainan di page BamBam2u, teruskan membaca kerana ini bukanlah kesilapan tapi oleh kerana kini BamBam2u telah berwajah baru bersempena dengan azam tahun baru 2012. 

Sejak 4 bulan lalu BamBam2u diwujud dan dicetuskan kerana semangat perjuangan Azu demi semua ibu bapa, papa mama, mommy dady, ibu ayah, ummie dan babah dan anak-anak kita sejak bayi sehingga membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan comel.

Sejak kelahiran permata hati Azu dan hubby iaitu anak pertama kami, Aijaz memang banyak menyedarkan diri Azu betapa sukarnya membesarkan anak ini tanpa ilmu di dada. Masih tercari-cari segalanya tentang si kecil dari pampersnya sehingga ke makanannya, perkembangannya normal atau tidak, sihat atau sakitkah dia, apa perlu kita buat jika dia menangis tidak berhenti...semuanya menjadi persoalan Azu sebagai seorang ibu.~Persoalan yang tidak pernah ada 'STOP' kan?

Persoalan-persoalan yang bertalu-talu itu telah mencetuskan idea untuk mewujudkan BamBam2u demi kawan-kawan pembaca BamBam2u yang terdiri dari keluarga, kawan-kawan rapat Azu sendiri, dan seterusnya buat semua ibu bapa yang sudi berkongsi info tentang kehamilan, anak-anak mereka di blog, Facebook mahupun twitter. Terima kasih buat semua!


Oleh itu, demi kepentingan semua kawan-kawan pembaca dan diri Azu sendiri, BamBam2u dicetuskan ini khas buat anda semua. Semoga kita menjadi ibu bapa yang hebat di mata anak-anak kita, menjadi ibu hamil yang tahu setiap keperluan dirinya dan bayi dalam kandungannya dan harapan BamBam2u.

Semoga kita tidak terlepas setiap perkembangan dan kelebihan yang hebat anak-anak kita sementara dia masih kecil dan boleh dididik dengan mudah. Berjuanglah wahai ibu bapa demi masa depan dan perkembangan anak-anak kita yang lebih sempurna. Peluklah mereka dengan penuh kasih sayang. Bersyukur atas setiap nikmat kurniaannya. Alhamdulillah~


Salam sayang buat semua pembaca setia BamBam2u. Tahun 2012 bakal menjadi tahun bertuah buat BamBam2u. Insyaallah. Amin~Terima kasih atas sokongan anda~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...