Sunday, March 17, 2013

Harapan Mak Bapak Macam kita

Salam dan hai readers,



Teruja nak bercerita tentang anak-anak yang semakin membesar~walaupun masih kecik-kecik lagi. Rasanya Azu banyak ketinggalan bercerita tentang anak-anak yang sangat memerlukan perhatian dari Azu dan husband. Bukan sedikit tapi tersangatlah banyak.

Kalau browse je pic-pic diorang, Azu exited nak update BamBam2u. Tentang kisah, gelagat Aijaz, si abang sulung dan Aidi, si adik kecil yang membuatkan ummie dan abahnya tak pernah dok diam melayan apa jua kerenah namun semua tu cukup membahagiakan kami. 

Alhamdulillah. Sangat Bersyukur kerana dikurniakan anak-anak lelaki yang sihat dan sentiasa bersemangat~nak jugak baby girl, insyaallah soon ye, mereka sentiasa tersenyum~walaupun si kecik tu suka menangis malam-malam namun momen itu hanya sekejap je nak rasa kan. Bila anak-anak kita dah besar nanti, mesti dah pandai cari duit sendiri, nak bergantung pada diri sendiri, tak mau menyusahkan mak bapak~emm harap begitulah ye. 

Masa tu bila kita dah tua~iskk kita akan terkenangkan momen indah itu dan berharap masa akan berputar semula kan..huuu~nak tau tak, itulah hal utama yang selalu Azu fikirkan bila tengok Aijaz dan Aidi sekarang. Azu dan hasben nak duduk goyang kaki atau melancong bila tua-tua nanti dan ingin sangat memastikan anak-anak kami dah habis belajar di universiti pada masa tu. Doa kami tu..selalu dan setiap saat. Semoga dimakbulkan. Amin. Tu kot harapan mak bapak kita dulu-dulu kan~

Lain story nanti nak cerita gelagat comel dan gelagat kelakar diorang pulak. Harap kawan-kawan BamBam2u sudi membaca. Terima kasih ye sudi singgah jap kat sini. Salam sayang dari BamBam2u untuk semua!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...