Monday, February 27, 2012

Simptom Hamil Berkurang bila Hamil 12 minggu?



Salam dan hai readers,


Hampir melepasi TRIMESTER PERTAMA!

Tahniah! Hitung punya hitung 12 minggu sudah berlalu dan bayi dalam kandungan sudah berusia 12 minggu iaitu hampir melangkaui Trimester Pertama. Kata pakar, ibu hamil 12 minggu mula merasai simptom-simptom yang dialami selama ini reda sedikit seperti loya dan keletihan, muntah dan emosi yang keterlaluan. Simptom ini selalunya digantikan dengan sakit kepala dan pening akibat perubahan hormon ibu hamil. Sabar ye wahai ibu~

Saiz JANIN 12 MINGGU~

Tapi untungnya perubahan besar telah berlaku kepada bayi anda iaitu bayi anda hampir selesai membangunkan sistem penting dan bahagian pentingnya. 

* Janin 12 minggu kini bersaiz buah plum~masih kecil tapi cukup mengujakan! 

* Purata panjang janin kira-kira 2.5 inci dan 0.49 auns

* Tugas si kecil kini adalah untuk terus berkembang dan membesarkan perut ibu-ibu hamil sehingga boleh diketahui orang di sekelilingnya. 

* Sekarang masanya untuk si ibu berkongsi cerita gembira ini bersama keluarga dan teman-teman~khabar baik yang pasti mengujakan orang di sekeliling anda terutamanya bos anda..hehe~



Pertumbuhan Janin 12 Minggu yang PESAT~

* Pada usia 12 minggu, kebanyakan sistem kritikal janin sepenuhnya terbentuk! 

* Janin kini melalui pertumbuhan dan tahap kematangan dimana organ-organ dan tisu akan tumbuh dan berkembang dengan pesat. 

* Seterusnya berusaha untuk membangunkan refleks jika terdapat sebarang pergerakan. 

* Tubuhnya mungkin bergerak tapi si ibu masih belum dapat merasainya. Sabar ye wahai ibu~. 

* Saat paling indah apabila si bayi itu mula menutup dan membuka jarinya serta berusaha melipat kakinya

* Otaknya kini berkembang dengan pantas!


SIMPTOM/GEJALA Hamil masih ada?

Walaupun gejala hamil kian berkurang, namun masih ada si ibu yang masih melaluinya. Bertenang ye wahai ibu kerana dulu Azu masih mengalami loya dan muntah terutamanya ketika perut kosong. Agak Azu baby dalam perut lapar dan mintak diisi~hehe. Kalau bukan sekarang, mungkin simptom itu akan berkurang dan berhenti terus dengan SENDIRINYA~Masa itu kita boleh bersuka ria dengan menjaga kandungan sebaik-baiknya.

* Pelepasan cecair dari vagina/faraj yang lebih banyak dari sebelumnya~Penjagaan rutin dan pelapik pad mampu melindunginya dari jangkitan kuman.



* Sakit kepala dan pening sangat ketara kerana hormon, perubahan penglihatan, dehidrasi, gula atau tekanan dalam darah si ibu.


Si Ibu MESTI BUAT~

* Jangan lupa hubungi dan hadir Jadual lawatan bulanan pranatal, memahami tanda-tanda dehidrasi dan memastikan anda cukup terhidrat.

Diharap info-info yang Azu baca dan kongsikan ini bermanfaat buat semua ibu-ibu hamil dan bakal bapa di luar sana. Salam sayang dari BamBam2u untuk semua~ Terima kasih.

Sumber: pregnant.thebump.com

Tuesday, February 21, 2012

Bolehkah minum KAFEIN semasa HAMIL?


Salam dan hai readers, 


Seperti semua yang sedia maklum bahawa kafein sebenarnya boleh memudaratkan janin anda, tetapi menurut pendapat pakar kesihatan yang professional memang mengesyorkan supaya pengambilan kafein dihadkan.

Apa itu KAFEIN?

Kafein adalah diuretic yang bermaksud ia berperanan menarik cecair dan kalsium dari kedua-dua iaitu badan anda dan bayi anda sendiri. Kafein bukan saja kopi tapi kafein juga terdapat dalam sebarang teh, minuman ringan atau minuman bergas dan coklat. Keburukan Kafein yang Azu baca ini agaknya sudah diketahui umum namun suka Azu kongsikan bersama permbaca yang lain terutamanya yang sedang hamil.

Keburukan Kafein

* Tidak mengandungi zat dan sebarang nutrisi makanan
* Boleh menjejaskan mood anda
* Sukar untuk tidur secara berjadual
* Menyerap zat besi dari badan anda dan dari bayi anda

Mungkin sukar untuk meninggalkan tabiat minuman anda yang memang gemarkan minuman berunsur kafein namun satu saja cara yang tinggal adalah mengurangkan pengambilannya. Macam Azu susah sikit rasanya pasal kegemaran Azu menemani En hubby minum kopi yang baunye sangat enak dan membangkitkan rasa. Tapi demi baby dalam perut, si ibu kenalah berkorban sikit demi yang tersayang kan dengan beransur-ansur mengelakkan minum kopi yang sedap tu dengan menggantikan dengan minum horlicks ke susu Anmum ke atau jus oren ke mangga ke, sedap jugak kan. hehe~

Kajian Lepas

Beberapa kajian sebelum ini mendapati pengambilan kafein yang berlebihan iaitu 2 atau 3 cawan atau lebih dalam sehari boleh meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang.

Langkah-langkah Mengurangkan Pengambilan

Berhati-hati juga dengan teh herba di pasaran sekarang. Walaupun terkandung herba yang baik untuk kesihatan dalam teh tersebut, seharusnya kita mendapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Kata orang juga, kalau kita peminat teh, teh tadi boleh dicampurkan sedikit dengan kayu manis, buah cengkih atau perasa buah-buahan yang dibenarkan. 

Kesimpulannya, pakar kesihatan menyarankan kafein boleh diminum semasa hamil namun pengambilannya perlu dihadkan bagi mengelakkan risiko keguguran bayi atau kelahiran pramatang. Harapan Azu supaya semua ibu-ibu hamil mengamalkan pemakanan dan minuman yang berkhasiat supaya bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat. Insyaallah~


Salam sayang dari BamBam2u untuk semua~

Sumber: Paula Kashtan, Pregnant.thebump.com

Wednesday, February 8, 2012

Teknik Menguji serta Tanda-Tanda Masalah Pendengaran Kanak-Kanak

Salam dan hai readers,


Masalah pendengaran di kalangan kanak-kanak sebenarnya boleh dikesan sejak awal lagi contohnya lambat bercakap dan koordinasi tangan dan mata. Ibu bapa memainkan peranan penting dengan menguji pendengaran mereka dengan ujian yang bersesuaian. Artikel yang Azu baca ini ingin Azu kongsikan bersama ibubapa yang lain. Harap bermanfaat ye~

Teknik Menguji Pendengaran Anak-anak

Main satu permainan dimana anak-anak anda tidak mengetahui tujuan sebenar permainan tersebut dan pastikan mereka tidak berasa bimbang atau anda perlu bimbang sekiranya mereka tidak memberi maklumbalas sewajarnya kepada permainan tersebut.

Pastikan berada dalam bilik yang senyap, anak anda dalam mood yang baik dimana tidak terlalu letih atau lapar.

18 Bulan ke 2 Tahun

Anda harus berdiri dengan jarak 90-180 cm (3-6ft) di belakang nya dan buat bunyi yang mengejutkan seperti mengoyak surat khabar atau kertas atau minta dia mengenalpasti bentuk badan mereka, contohnya 'Tunjukkan mata kamu?'

2 Tahun ke 3 Tahun

Duduk 3 m (10ft) di hadapannya dan minta dia meletakkan patung mainannya ke dalam bakul atau dengan jarak yang sama, minta dia mendiamkan diri buat seketika.

Jika keputusannya menunjukkan anak-anak anda tidak menunjukkan sebarang maklumbalas terhadap ujian itu, maka segeralah berjumpa dengan doktor pakar yang dapat membantu perkembangan pendengaran anak-anak anda dengan lebih baik.

Tanda-tanda Masalah Pendengaran yang boleh dikenalpasti ialah:

1. Lambat Bercakap

2. Ucapan kurang jelas atau sukar difahami

3. Kurang perhatian apabila seseorang bercakap di belakangnya.

4. Duduk sangat dekat dengan TV atau radio dan hanya mendengar bila kelantanganya dinaikkan.

5. Jangkitan telinga yang berulang-ulang seperti 'catarrhal'.

6. Selalu tidak mengendahkan apabila dipanggil namanya.

7. Kurang gemar mendengar cerita terutamanya apabila berada di kelompok yang bising.

8. Memandang minat kepada orang yang bercakap dengannya.

9. Kurang keyakinan, tidak pasti apa yang perlu dilakukan dan sukar memberi kerjasama.

Azu harap lebih banyak lagi masalah kanak-kanak yang dapat Azu kongsikan bersama kawan-kawan ibubapa semua. Harapan Azu supaya perkembangan anak-anak kita selari dengan usia mereka. 

Salam sayang dari BamBam2u untuk semua. Terima kasih kerana sudi membaca~

Sumber:

Toddlercare, Checking Hearing And Vision, June Thompson, Page 38
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...