Thursday, January 26, 2012

Tips Kasih Sayang antara Anak dan Bayi Baru


Salam dan hai readers,


Dah lama tak update entri kan. Bila mood cuti datang, memang rasa ‘rajin’ lebih menguasai diri. ~Memang tak bagus kan. Cuti-cuti jugak, tapi pembacaan tetap diteruskan untuk perkongsian bersama.  Mesti ibu bapa di luar sana tertanya-tanya bagaimana cara atau tips untuk melahirkan kasih sayang anak yang lebih tua dengan bayi yang bakal lahir nanti. Biasanya, jika si ibu bakal melahirkan anak ke-2, anak pertama mungkin janggal dengan kehadiran insan baru dalam hidupnya bukan? Tak dinafikan sesetengah abang atau kakak memang menantikan saat-saat untuk mendapat adik baru. Jom kita baca tips untuk panduan bersama.

Persediaan Ibu bapa buat abang dan kakak untuk menerima BAYI BARU:

  • Sebelum bayi baru dilahirkan, bantu mereka memahami ~rupa dan keadaan bayi baru adalah sama seperti kelahiran mereka dulu, suka tidur dan menangis serta perlu lebih masa untuk menyesuaikan diri.
  • Ceritakan pada mereka bagaimana anda menjaga bayi kecil yang memerlukan perhatian.
  • Membincangkan perkara-perkara yang boleh mereka lakukan untuk membantu bayi kecil iaitu bercakap, menyanyi, mengambil pampers atau kain lap dan botol air untuk si ibu.
  • Ambil peluang dengan menunjukkan mereka ketika menyusukan bayi kecil
  • Jika anak anda telah bercerai susu atau tidak pernah menyusu dari anda, terangkan pada mereka bahawa susu ini untuk bayi dan cara bayi makan dan kenyang serta ia membantu bayi menenangkan dirinya ketika sedih atau takut. Tunjukkan gambar yang bersesuaian agar anak mudah faham.


Adakah penyusuan susu ibu kepada bayi perlu DISOROKKAN?

Sudah tentulah TIDAK! Contoh yang baik ini membentuk tingkahlaku dan penyusuan susu ibu adalah perkara terbaik yang pernah anda lakukan untuk anak-anak. Mereka perlu dididik supaya perbuatan menyusukan itu bukanlah sesuatu yang memalukan dan perlu disembunyikan malah sebaliknya ia adalah sikap yang terbaik dan patut dipuji.

Aktiviti menarik bersama anak kecil anda ketika menyusu bayi kecil
  • Ajak anak duduk bersama ketika anda menyusukan bayi kecil dengan membaca buku dan bercakap dengannya.
  • Main permainan yang bersesuaian dengannya seperti mengira dan makan kismis atau buah cherry.
  • Sesetengah anak-anak suka bermain dengan berpura-pura menjadi doktor atau jururawat dengan patung atau bersama bayi kecil anda.
  • Tunjukkan buku kecil atau foto album ketika anak-anak masih bayi. Bercerita tentang dirinya ketika masih bayi dan perlu dimanja serta dibelai sama seperti adik bayi kecilnya.
  • Tetapkan permainan yang disukainya ketika anda menyusu seperti menyusun lego atau blok, melukis, mewarna, bermain teka-teki atau keretapi.

Nah, sebenarnya banyakkan aktiviti dan masa yang boleh kita habiskan bersama anak-anak lain ketika menyusukan bayi baru. Kesannya sangat berbaloi kerana mereka tidak lagi mengganggu anda ataupun bayi kecil, seronok dengan pelbagai aktiviti dan permainan, merasa dihargai dan disayangi, menjaga dan sayangkan adik kecil seterusnya mendidik mereka menjadi abang atau kakak yang lebih bertanggungjawab. Harap Azu dapat aplikasikannya bila Aijaz dapat adik baru nanti. Insyaallah~

~rindunya saat bila si Aijaz masih bayi, kecik-kecik dah pandai posing kan~

~bila ada adik nanti boleh main sama-sama, taklah boring main sorang-sorang kan~

Sayang semua dari BamBam2u~

Sumber: Kellymom.com

Thursday, January 12, 2012

Hamil dan Letih Sepanjang Masa?


Salam dan hai readers,



Sejak Azu pregnantkan si Aijaz dulu, Azu sering ditanya soalan-soalan dari ibu hamil kenapa mereka sering letih, lesu sepanjang masa. Pengalaman Azu hamil dulu pun Azu sering rasa tak bermaya dan kadangkala rasa nak pitam. Mungkin kurang vitamin ke kurang rehat kea tau hormon pembawak budak? Itu hanya pengalaman tapi mungkin lebih baik kita merujuk pada yang pakar. Jom baca seterusnya..

Tempoh 12 minggu atau Trimester Pertama biasanya merupakan minggu terburuk bagi ibu hamil. Tiada ubat untuk mengelak simptom keletihan ini walaupun tidur sepanjang hari. Tidur sebentar di ofis dalam waktu bekerja pun kadangkala tidak membantu melainkan anda tidur awal dimalam hari. Faktor-faktor keletihan ibu hamil banyak tapi Azu kecilkan skopnya bagi memudahkan pembacaan.

i) Faktor Perubahan Hormon

Secara khususnya, terdapat peningkatan mendadak dalam hormon prosgesteron. Hal ini menyebabkan anda sukar untuk tidur malam dengan baik kerana terpaksa ‘berkunjung’ ke tandas dengan lebih kerap. Kemurungan juga kerap berlaku akibat ketidakselesaan anda.

ii) Faktor Loya dan Muntah

Selalunya faktor ini memang penyumbang anda kehilangan banyak tenaga. Anda kerap bimbang dan letih seolah-olah anda telah lari marathon sepanjang hari.

Pemakanan dan Senaman merupakan faktor paling penting yang boleh membantu mengatasi keletihan bagi ibu hamil:

Makanan

1. Makan makanan ringan yang berkhasiat dalam posisi yang kecil dan kerap seperti buah-buahan atau snek sayur-sayuran.

2. Memilih makanan protein dan karbohidrat kompleks seperti bijirin gandum, susu rendah lemak, biskut gandum.

3. Makanan tinggi kalsium iaitu susu tanpa rum, keju atau yogurt boleh menggantikan kalsium yang dikongsi bersama dengan bayi.

4. Makanan yang kaya dengan zat besi iaitu bayam, strawberry atau bronkoli.


Senaman

Selalunya ibu hamil kerap mengah dan letih bila sibuk dalam urusan-urusan kerja pejabat atau kerja rumah. Apa kata kita amalkan senaman yang bersesuaian iaitu melakukan regangan , membuat latihan pernafasan dalaman serta berjalan-jalan ringkas di ofis mahupun di taman. Selepas itu, mungkin anda bertenaga semula. Cubalah!

Semoga info yang diberikan sedikit sebanyak membantu ibu-ibu hamil di luar sana untuk terus bersemangat menjalani kehidupan seharian walaupun kerap letih dengan pelbagai symptom kehamilan. Bertahan ye ibu-ibu~
Share n Luv from BamBam2u untuk semua! Terima kasih.

Sumber:

Pregnant.thebump.com
Motherandbaby.ninemsn.com.au
Babycentre Malaysia

Tuesday, January 10, 2012

Tips Bila Anak-Anak Susah dan Cerewet Nak Makan


Salam dan hai readers,


Azu dan en hubby pening memikirkan kenapa si Aijaz yang berumur 18 bulan tu susah nak makan. Sebelum ini apa saja yang kami makan, mesti Aijaz tak pernah tolak. Bila bangku makan dia tak membantu untuk dia makan, kami lepaskan Aijaz turun dan akibatnya… Kepenatan mengejar Aijaz demi sesuap nasi. Hampir semua keluarga Azu tegur Aijaz nampak kurus dari biasa. Babysitter Aijaz pun mengadu masalah yang sama. Azu risau. Agaknya ramai ibubapa diluar sana turut alami masalah yang sama macam kami. Nak berkongsi? Azu terbaca 2-3 artikel dan ini jawapannya.

Pada usia ini, masalah ini adalah perkara biasa antaranya ialah:

1. Sukar duduk dan makan dengan betul

2. Makan dengan kuantiti yang sedikit

3. Cerewet dalam memilih makanan yang mereka gemari.

4. Mudah terganggu dan terpengaruh dengan persekitaran selain makan.

Bila tengok Aijaz kurang makan, Azu pun seringkali paksa dia makan lebih banyak. Namun, usaha itu mungkin sia-sia kerana lebih banyak tekanan dan paksaan terhadap mereka, lebih kuat dia akan menentang dan semakin kurang makanan yang disuapnya. Semua pinggan sudu dilemparnya. Makan bersepah usah cakapla. Memang dah jadi hobi kami ummie n abah Aijaz kemas lepas makan. Terpaksa~Budak-budak ni memang tak suka dipaksa kan, sama cam kita dulu-dulu..hee~

Tips:

1. Jangan bimbang. Dia sendiri tak akan biarkan dirinya kelaparan. Biarkan dia memilih makanan yang disukainya dan seberapa banyak yang diingininya. Walaubagaimanapun, pastikan kita tawarkan pelbagai makanan yang sihat dan biarkan mereka makan dengan sendiri dan anda sendiri member contoh pemakanan yang baik untuk anak-anak.

2. Ha, tips lagi satu..Jangan biarkan orang sekeliling termasuk kita membandingkan tabiat pemakanan si kecil anda dengan kanak-kanak lain dihadapan mereka. Mereka mungkin tidak suka.;(

3. Mengekalkan diari pemakanannya  selama seminggu. Pantau minatnya kepada satu-satu kumpulan makanan. Jika dia kurang makan ayam, tawarkan padanya ikan, telur atau produk tenusu.

4. Bincang dengan doktor sekiranya dia tidak ingin makan dan minum setelah anda memujuknya dengan pelbagai cara dan kaedah;)

Apa yang penting:

1. Perkembangannya normal dimana ketinggian dan julat berat badan berada dalam julat optimum.

2. Selsema atau demam yang kerap juga sebagi petunjuk kesihatan yang kurang baik yang mungkin juga faktor makanan atau persekitaran luar yang kurang bersih.

Ingatnya, wahai ibubapa..Anak-anak tidak perlu kalori yang banyak atau sama seperti kita. Cukupkan keperluan kalori harian mereka. Jadi, anda dan Azu juga tak perlu risau lagi dan selalulah bersabar dengan kerenah cerewatnya tentang makanan. Semoga mendapat manfaat untuk semua!

~seronok tengok bila aijaz makan dengan seleranya~

Salam sayang dari BamBam2u! Terima kasih kerana sudi membaca~

Sumber:

Babycentre
Parenthots
Motherandbaby.ninemsn.com.au

Friday, January 6, 2012

Beruntungnya bila tahu anda Hamil Seawal 4 minggu!

Salam dan hai readers,


Azu katakan anda adalah sangat bertuah bila menemukan berita gembira ini lebih awal dari wanita-wanita lain! Bukannya apa, kebanyakan wanita mengetahui kehamilannya apabila kandungannya hampir mencecah 3 bulan. Anda adalah wanita yang bijak bila segera memeriksa dengan penguji kehamilan sekiranya haid anda lewat sehari atau seminggu. Jika ujian negatif dan anda masih belum haid, anda patut mengulanginya semula. Positif walaupun line ke-2 masih samar-samar.

Tindakan anda :

1. Hubungi doktor anda untuk tarikh kunjungan pertama kehamilan.

2. Mengambil 400 mg folic asid setiap hari bagi mencegah kecacatan bayi ketika dilahirkan.

3. Mulakan senaman mudah seperti yoga~khas kelas mengandung, berjalan atau berenang untuk membina kekuatan dan ketahanan anda.

4. Dan jangan lupa senyum dan bergembira dengan pasangan anda!

Tahukah anda?

Embrio pada minggu ke 4


1. Sel Bola membelah menjadi embrio dan plasenta.


2. Tabung saraf bayi, blok struktur badan, otak tulang belakang dan tulang punggung, sudah terbentuk.


3. Kantung ketuban dan cairan sebagai pelindung terbentuk untuk bayi anda.

Gejala Kehamilan usia 4 Minggu

1. Mungkin anda berasa tiada perubahan langsung

2. Mual dan muntah dalam masa terdekat

3. Kembung perut dari hormon kehamilan iaitu progestron

4. Kram dan pendarahan ringan. Masih normal kerana bayi menimplankan dirinya ke dinding rahim anda.

5. Perubahan mood yang disebabkan hormonberfluktuasi. Paling ketara berlaku selama 12 minggu pertama


Semoga info yang diberi membantu bakal-bakal ibu di luar sana sebagai persediaan melalui detik-detik indah mengandung sebelum bergelar ibu. Terima kasih kerana sudi membaca entri terbaru dari BamBam2u.

Salam sayang dari BamBam2u!

Sumber:

Babycentre.com

Pregnant.thebump.com

Thursday, January 5, 2012

Tips Galakkan anak-anak sukakan SEKOLAH!

Salam dan hai readers,


Entah kenapa Azu teruja ingin mengupas tajuk menarik ini untuk tatapan semua pembaca BamBam2u. Mungkin kerana permintaan teman baik Azu, SWEET MAMA mungkin kerana rasa ingin tahu, mungkin inginkan persediaan untuk anak-anak bila bersekolah nanti. Kalau Azu kata nak kongsi pengalaman...Aijaz baru nak masuk 2 tahun. Masih awal tapi tak salahkan kalau kita dapat tahu tips ni lebih awal? Jom baca-baca..

Ada satu fakta kecil yang dikenalpasti dimana kajian menunjukkan bahawa anak-anak kita tak kira berapa umurnya, latar belakang etnik, kawasan mana mereka tinggal selalunya mahu untuk ke sekolah. Mereka ingin berasa memiliki dan beritahu segala-galanya yang mereka lakukan di sekolah. Mereka selalu berharapkan guru-guru menyambut mereka dengan mesra, mengingati nama-nama mereka dan selalu berharap apa yang diajarkan oleh guru itu memberi kehidupan yang terbaik untuk mereka.


Alasan umum anak-anak anda mungkin tidak suka sekolah dan tips termasuklah:

Kebosanan

Ramai kanak-kanak bosan di sekolah. Tugasan kelas adalah terlalu mudah. Guru terpaksa memberi perhatian kepada murid-murid yang terlalu ramai atau gaya pembelajaran anak anda berbeza dari mod pengajaran dari guru. 

Tips:  

1. Masukkan anak-anak anda dalam kursus-kursus tertentu (Pembelajaran Berkesan),
2. Mendapatkan seorang pembantu pelajar untuk memberi perhatian khusus kepada kanak-kanak anda atau ajarkan gaya pembelajaran yang baru.


Masalah dengan rakan sebaya

Ini adalah salah satu alasan yang paling menyakitkan bagi ibu bapa kerana tiada apa yang anda boleh lakukan. 

Tips: 

Pastikan bahawa anda sedar jika adanya masalah ini bagi mengelakkan masalah ini semakin rumit. Bantu mereka dengan melibatkan mereka dengan latihan membina harga diri, menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti-aktiviti kurikulum yang mempunyai membina persahabatan yang positif, bekerjasama dengan kaunselor, pengantaraan rakan sebaya atau mungkin juga bertukar sekolah.


Tekanan

Terdapat banyak tekanan yang dikaitkan dengan sekolah dan kanak-kanak mula berasa mereka pada usia muda. Hal ini sering berlaku apabila markah ujian yang seragam adalah begitu penting di sekolah-sekolah. 

Tips: 

Mengenal pasti sama ada tekanan itu datang dari anda, guru, sekolah, rakan sekerja atau berasa anak anda sendiri yang perlu untuk mengatasinya. Puji dan sokong anak-anak anda dalam pembelajaran untuk membina harga diri yang sebenarnya. 

Cara Azu mungkin sama dengan ibubapa yang lain. Masa Aijaz kecil lagi Azu dah galakkan Aijaz bangun di awal pagi, tiap-tiap pagi ingatkan dia untuk pakai kasut, pakaikan beg BEN 10 dengan buku kartun fav dia di dalam beg, suruh dia rajin baca buku-buku fav dia, ingatkan dia selalu baca buku nanti akan jadi pandai dan boleh ke sekolah macam bang naqib dan bang aiman (tu jiran sebelah), tunjukkan dia sekolah di sebelah rumah kami je dan dapat kawan-kawan yang ramai.

Ha, jangan lupa bawa anak-anak kita ke pusat sains~belajar sains dan matematik yang akan menarik minat mereka untuk belajar dan terus belajar subjek kegemaran mereka terutamanya di sekolah. Cubalah kawan-kawan. Tak cuba kita tak tahu hasilnya kan~

~Aijaz belajar pantulan cahaya di Pusat Sains Negara~

Azu akan terus cuba dan berharap agar Aijaz sukakan sekolah, guru mahupun kawan-kawannya! Tidak lupa juga Azu selalu jugak tunjukkan video aksi upin ipin ke sekolah. Suka nya part ‘selamat pagi cikgu~’yang paling suka ummie Aijaz lah. Rindu kat sekolah ngan kawan-kawan lama, rindukan kenangan dan memori indah anak-anak kecil yang bersuka ria tanpa memikirkan sebarang masalah. Indahkan~


                http://www.psychologytoday.com
                Video Youtube
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...