Wednesday, May 23, 2012

Sakitnya Paraumbilical Hernia Ketika Hamil!

Salam dan hai readers,

Hampir 2 minggu Azu tidak menjengah blog kesayangan ni dan 2 minggu jugak Azu tak dapat berkongsi sebarang info dengan pembaca BamBam2u. Maaf ye kawan-kawan pembaca. 2 minggu yang lepas merupakan minggu paling sibuk untuk Azu sebab kesakitan kecil yang Azu alami di perut. Walaupun kecil, tapi nak menahan sakitnya tu, mengalir jugak air mata ni. Adoii~

4 hari sebelum Azu admitted di hospital, Azu rasa sakit yang ketara di bawah perut. Sakitnya amat dirasai terutamanya ketika membuang air besar, maklumla ibu hamil dan sembelit kan tak dapat dipisahkan, begitu jugak Azu~hehe. Bila En hasben kerja jauh, balik rumah 2 kali seminggu pun buat Azu terasa lelah dan mengah melayan kerenah Aijaz.

Simptom-simptom Paraumbilical Hernia

Azu bukannya apa, bila usia bayi dalam kandungan sudah mencecah 6 bulan, cepat pulak rasa penat dan lelahnya terutama bila balik dari kerja dan perlu ambil Aijaz dari babysitter di flet tingkat 5 dan turun semula (emm, takde lift tau). Bukannya Aijaz tak boleh turun tangga sendiri, tapi mesti dengan pengawasan dari belakang dan kalau ikut moodnya yang kurang baik~hampir setiap hari jugaklah, Aijaz pun satu, tetiba je berhenti di pertengahan jalan di tangga dan tak mau terus berjalan. Azu apa lagi, nak tak nak, sakit tak sakit perut ni terpaksa la mengangkat budak 10 kilo tu di pangkuan Azu sampailah ke bawah. Ibu yang tetap menggagahkan diri~konon kuat sangat;(

Tekanan sakit sedikit demi sedikit di perut memang cukup merisaukan tapi masih boleh bertahan. Esok petang bila balik dari kerja, Azu singgah pasaraya beli barang-barang basah untuk masak di hari minggu. Biasanya pergi dengan En hubby, tapi keinginan yang melonjak dan kedegilan melampau, Azu pergi jugak walaupun hubby dah pujuk nak pergi esok petang~semenjak berbadan dua kali ke-2 ni memang degil tu sering menguasai diri, entah kenapa??

Ha, balik shopping tu memang penuh kedua-dua belah tangan dengan ikan, buah, sayur untuk memenuhkan peti ais yang ada. Bila diangkat bebanan tu, rasa sakit di perut makin ketara. Muka Azu ni pun dah tak boleh sembunyi kesakitan itu~sampai nak nangis dah. Bila masuk kereta je, apa lagi menangis tak hengat menahan sakit perut sampaikan bila kereta langgar bumper jalan pon Azu rasa sakit sangat. Terus call babysitter Aijaz~dengan nada tangis yang tak tertahan, nasib babysitter memahami dan sanggup jaga Aijaz malam ni. Lega jugak rasanya dan en hubby pun Azu suruh balik hari ni jugak. Air mata usah katalah. Risau, bimbang sakit di bahagian perut memang buat Azu amat takut terutamanya kalau melibatkan si kecil dalam kandungan Azu. Harap tak ada apa-apa  yang membahayakan dia~kesian kan!

Pergerakan bayi yang terlalu aktif juga memberi tekanan kepada kesakitan perut yang Azu alami. Belum lagi batuk atau bersin. Terlalu sakit dan sangat pedih terutamanya di bawah perut~Teruk sangat ke?

Apakah Paraumbilical Hernia?

Bila dimasukkan ke wad kecemasan, Azu disahkan mengalami Paraumbilical Hernia atau Umbilical Hernia. Ia merupakan satu unjuran usus ke dalam abdomen yang melalui satu titik lemah otot atau ligamen berhampiran pusat. Kesannya akan menyebabkan ketidakselesaan apabila tisu lemah terperangkapdan sekaligus dapat dirasai atau dilihat terutamanya ketika Azu berbaring dan terlihat seakan bonjol lemak naik di kawasan pusat Azu. Takut gak tengok perut Azu masa tu, tapi tak boleh buat-buat tak nampak kan, kene tengok jugak.huhu.

 ~sementara tunggu doktor, sempat makan nugget milo, husben beli kt vendor machine, sedap tau~

Rawatan Paraumbilical Hernia

Walaupun ia tidak mengancam nyawa, rawatan pembedahan rutin diperlukan untuk mencegah pembesaran unjuran itu dan usus tersekat sehingga boleh mengakibatkan pendarahan yang boleh mengancam bayi dalam kandungan. Doktor tidak dapat berbuat apa-apa pada Azu ketika ini kerana terdapat kandungan yang sedang membesar di dalamnya namun perhatian rapi atau pembedahan kecil akan dijalankan selepas Azu melahirkan si kecil nanti. Lega rasanya, Azu takut sangat kalau dengar bab-bab bedah ni. 

Sekian dulu sedikit pengalaman dari BamBam2u untuk semua. Harapan Azu cepat sembuh dari simptom kesakitan itu dan kalau tak serius dan perut tak sakit lagi, Azu tak perlu lah dibedah. Insyaallah. Doakan ye kawan-kawan pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah.
Salam Sayang dari BamBam2u~

Sumber:
Website: ruh.nhs.uk/patient, Wikipedia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...