Monday, June 18, 2012

Kedudukan Bayi Masih Songsang di Minggu ke 25?

Salam dan hai readers,


Berdebar-debar rasanya bila dimaklumkan doktor tentang kedudukan baby Azu yang masih songsang di minggu ke 24 dan minggu ke 25. Kata doktor  India tu lagi, kalau baby taknak pusing lagi..mesti kena caesar/bedah. Katanya lagi, banyak-banyak sembahyang ye. Adoii, boleh pitam ni~Kata orang, bila anak kedua ini, rahim kita lebih luas dan memudahkan baby kita lebih mudah untuk berpusing dan sukar kepala baby nak engage dalam ruang pelvis kita walaupun hampir mencapai tarikh akhir bersalin. Isk, takut~

Definisi Bayi Songsang?

‘Breech’ atau Bayi berada dalam keadaan kepala di atas dan kaki di bawah.  Kelahiran anak pertama selalunya melalui kelahiran normal kerana mengikut kajian hampir 96% baby akan berkedudukan kepala di bawah dan dalam pelvis sekitar bulan ke-lapan kehamilan. Hanya 3-4 % saja baby akan kekal berkedudukan songsang sehingga tibanya waktu bersalin. (Thomas dan Paranjothy 2001:20) 

Punca Bayi Songsang

Menurut pembacaan ringkas Azu, punca baby songsang ini adalah satu petanda bahawa baby yang bakal dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pramatang. Maka, tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Bagi Azu pulak, sejak Azu merancang untuk hamil..Azu memang tak lupa untuk mencatatkan tarikh terakhir Azu period setiap bulan. Kehamilan pertama dulu, Aijaz lahir ikut due date Azu. Mungkin kebetulan kan~Harap kehamilan kedua ini dapat lahir ikut due date jugak. Insyaallah~

Songsang juga dikaitkan dengan faktor kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan (oligohidramnios).

Bentuk rahim yang ganjil seperti uterus bikornu atau uterus septate mempunyai bentuk rahim seperti bercabang atau mempunyai sekatan di tengah-tengah. Keadaan ini boleh menyebabkan keguguran di peringkat awal, kelahiran pramatang dan juga baby songsang. Rahim yang kendur akibat kerap beranak dan otot-otot perut yang kendur akibat kurang bersenam selepas bersalin juga menyumbang kepada masalah baby songsang.

Masalah uri ke bawah juga boleh menyebabkan bayi melintang. Ada juga wanita yang mempunyai rongga punggung yang sempit secara semulajadi dimana rongga punggung ini adalah laluan penting untuk kelahiran baby.

Rawatan untuk bayi songsang di akhir kehamilan

Menurut garis panduan dari Royal College di UK Obstetrician dan Gynaecologists (RCOG) (NCCWCH. 2008:280), dari 36 minggu doktor akan menawarkan peluang untuk baby anda berpusing secara manual ke kedudukan kepala di bawah dengan memberi tekanan kepada abdomen iaitu dipanggil ECV (External Cephalic Version). ECV lebih berkesan untuk anak kedua dan seterusnya berbanding anak pertama. Kadangkala, baby enggan berputar kembali ke kedudukan sepatutnya. Namun, semuanya bergantung kepada kepakaran dan pengalaman O&G dan rezeki masing-masing.


Sekarang kehamilan Azu sudah minggu ke 28, masa checkup baby bulan ke-7 minggu lepas, kepala baby Azu sudah berpusing di bawah. Alhamdulillah. Namun, kata doktor baby selalunya akan sentiasa berpusing sehingga baby dalam kandungan berusia 35-36 minggu. Nak main-main katanya, budak-budak kan~Azu berdoa dan berharap supaya baby Azu dapat tetap di posisi yang betul di usia itu. Insyaallah.

Harap kawan-kawan pembaca sudi mendoakan Azu supaya dapat melahirkan baby Azu dengan normal dan mudah bila tiba masanya nanti. Amin. Terima kasih kerana sudi singgah di BamBam2u. Salam sayang!~

Sumber:
www.mengandung.com
Babycentre
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...