Sunday, March 4, 2012

Hamil tapi Susah Nak Minum SUSU dan kerap MUNTAH?

Salam dan hai readers,

Gusi Berdarah, sakit kepala, kram di kaki selalunya dikaitkan dengan kurangnya kalsium bagi ibu hamil. Jika diikutkan kehamilan yang pertama, masuk Trimester ke-2 atau 3 bulan je rasa mual dan muntah makin kurang dan terus hilang tapi sejak kehamilan ke-2 ini, Azu masih dan kerap muntah terutamanya lepas minum susu Materna. 

Simptom-simptom awal tadi memang kerap terjadi pada ibu hamil terutamanya Azu. Oleh kerana itulah Azu cuba juga untuk minum susu walaupun Azu sangat tak suka langsung pada susu. Kalau dulu, doc cadangkan minum susu yang berperasa macam coklat ke dan Azu berjaya minum susu tanpa muntah. Namun kini~dengan nada sedih, lepas minum susu coklat materna yang sedap pun masih muntah. Rasa rugi jugaklah bila semua yang Azu makan masa breakfast dan lunch terbuang begitu saja~opps begitu saja lah agaknya.

Nampak macam membazir namun apakan daya, bila rasa perut penuh, berat dan padat ditambah dengan susu lemak berkrim, rasa pening menguasai diri. Akhirnya, berlakulah episod yang paling Azu tak suka iaitu MUNTAH~


Muntah memang TAK SERONOK~

Muntah ni rasanya tidaklah seenak mana bila mata kemerahan, hidung turut berair dek muntah yang keluar tanpa diundang, bau yang kurang enak~opps maaf ye pembaca kerana Azu cuba menggambarkan ketidakseronokannya apabila muntah. Tambah teruk bila ada lagi yang tersekat kat kerongkong ni minta dilepaskan tapi masih gagal. Rasa nak jolok je mulut ni dengan tangan tapi tak sampai hati bila terkenangkan begitu banyak yang Azu dah luahkan melalui mulut tadi. Oh, ini rupanya teruk juga penangan ibu-ibu hamil ye.

Cerita Kawan kena Admitted sebab muntah berterusan

Itu baru sikit agaknya. Belum lagi kes kawan Azu sorang ni. Kawan Azu ni asyik muntah dari awal mengandung sampailah nak bersalin. Last-last kena admitted dan drip air. Lagi kesiankan. Jadi, Azu patut lebih bersyukur. Orang kata setiap orang alami pengalaman berbeza bagi setiap anak yang dikandungnya. Mungkin Azu pun camtu jugak. Lepas ni kene belajar terima setiap benda pelik yang berlaku pada Azu disepanjang kehamilan ini dan berusaha untuk rujuk doktor pakar atau buku jika ada kekeliruan dan tidak pasti.

Cara Mengatasinya?

Apa yang Azu buat untuk cukupkan kalsium untuk Azu dan baby? Azu amalkan pemakanan seimbang~maksudnya makan nasi, ikan, sayur, roti, buah-buahan dan hampir semuanya dengan kadar yang sederhana pada waktunya sebab Azu memang suka makan..hehe, minum air yogurt strawberry~favourite Azu tu, buat senaman kaki lepas bagun tidur~elak krem kaki, nak minum Dutch Lady coklat macam pegnenkan Aijaz dulu takut pulak sebab itulah penyebab gula dalam badan Azu naik mendadak dan terpaksa minum air gula dan muntah 2x air gula yang kurang enak tu ..huh serik lah.


Ha, satu lagi benda yang membimbangkan Azu bila Azu kerap muntah kalau lambat makan. Agaknya perut kosong, masuk angin, bukan sorang je yang lapor~isk Perak benor kan..tapi 2 orang termasuk baby dalam perut. Kesian kat diri sendiri tapi lagi kesian kat baby dalam perut bila semua nutrien yang ada dalam makanan tu 'gone without signal'. Kekadang tak sengaja makan lewat, masa tak mengizinkan dan tak lalu nak makan bila tekak rasa semacam dan paling utama sebab takut muntah lagik. Psiko jugak kan~


Sebelum ni pernah google muntah ini adalah semulajadi bagi ibu hamil tapi bimbang kalau berterusan muntah memang buruk kesannya, kene admitted kat hospital~tempat yang tak menyeronokkan, kene drip air dan paling teruk kena stay kat hospital sampai sembuh. Harap Allah SWT mudahkan perjalanan kehamilan Azu kali ni. Insyaallah.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan membaca sekelumit pengalaman yang serba indah ketika hamil. Salam sayang dari BamBam2u~

Sumber: Pengalaman diri sendiri. Ingat ye kawan-kawan, setiap pengalaman dan cara mengatasi sebarang masalah adalah berbeza bagi setiap orang dan baby dalam perut. Harap dapat berkongsi cerita indah ini dengan semua~senyum ye;)

3 comments:

mama shifa said...

mkanla supplement kalsium magnesium
Alhamdullilah masa pregnant shifa
sy xde alahan langsung, malah selera makan menjadi-jadi, tu yg shifa kuar 3.9kg

azu said...

supplement kalsium magnesium? oh ade dgr jugak esp 4 those yg xbole minum susu lgsg kan.mmg nk carik jugak pasni tp mkn selera menjd2 tu mmg menakutkan la mama syifa..takutnya dgr baby kuar 3.9..sgt besar..perut Azu kecik ja..hee

Anonymous said...

Nk bli kt mna ya kalsium magnesium?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...