Tuesday, November 20, 2012

Misi dan Cabaran Menyusukan Bayi ke-2

Salam dan hai readers,


Menyusukan bayi baru lahir sehingga 2 tahun memang bukan perkara mudah dan tidaklah terlalu menyusahkan. Bagi Azu, itu cabaran terhebat Azu sebagai ibu di saat Azu berniat ingin menyusukan/ BF bayi ke-2 Azu setelah misi gagal dengan anak pertama Azu.~Takmo misi gagal buat kali ke-2!

Kini, di usia baby 2 bulan lebih, hari-hari Azu tanamkan dalam fikiran Azu yang BF baby merupakan proses semulajadi dan ia seharusnya lebih mudah bukan? Bila tengok anak pertama Azu, Aijaz dengan susu botolnya di usia 2 tahun lebih..betapa tebal rasa kasihan Azu padanya kerana Aijaz tak dapat menikmati susu ibunya sehingga 2 tahun. Betapa susahnya kami terpaksa ke hulu ke hilir dengan beg berat berisi bekas air panas, bekas susu formula dan botol yang perlu sentiasa distril demi hanya untuk Aijaz. Ruginya kan~

Apa sahaja cabaran kali ini, misi Azu ingin BF si kecil akan diteruskan walau terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Masalah yang sering Azu hadapi;

Kedudukan Mulut Bayi ketika BF

Memang kalau boleh nak elak setiap masalah terutamanya ketika BF kan si kecil, tapi nak tak nak, terpaksalah menghadapinya dengan tenang. Azu tak boleh lupa saat Azu mula atau pertama kali BF baby Aidi. Azu rasa sakit dan ngilu. Bila Azu periksa balik, rupanya mulut baby tak meliputi kawasan aerola. Patutlah sakit!

Nipple/ Puting Merekah

Inilah punca utama Azu stopkan BF Azu untuk anak pertama Azu, Aijaz iaitu bila puting/ nipple merekah. Azu tak tahu nak buat apa bila rasa sakit ketika tu. Bila sakit rasa nak demam pun ada. Nak bubuh krim pun takut sebab kelihatan berdarah sedikit di kelilingnya sampailah Azu decide nak stopkan BF Azu untuk baby Aijaz dulu. Sekarang, bila nampak je nipple nak merekah, Azu cepat-cepat sapukan tempat merekah tu dengan sedikit susu Azu dan dianginkan..dalam rumah je ok~

Baby Lelaki Minum Susu Banyak

Azu sangat mengakuinya! Bayangkan Azu menyusukan baby Aidi di sebelah kanan cik 'B' selama 20 minit, pastu tengok muka baby cam tak puas lagi. Pass ke cik 'B' kanan pulak 20 minit. Tengok cam tak puas jugak beralih lagi ke cik 'B' kanan 20 minit, barulah nampak si kecil tu tertido dengan lena. Isk, sejam jugaklah cuba dan berusaha mengenyangkan baby boy Azu tu. 

Penyelesaian~ Kerap Pam dan Minum Banyak Air

Terfikir jugak cukupkah susu Azu ni? Aliran susu perlahan sangat agaknya..? Isk, semua tu kalau difikirkan memang buat Azu buntu. Mengikut pembacaan Azu, Azu perlu cuba untuk mengosongkan payudara sebaik mungkin. Mengosongkan dengan cara mengepam lebih kerap dan minum lebih banyak air sehingga 3 liter banyaknya. Emm..banyak tu kan~

Bila dah lama sangat ambil masa untuk BF kan baby, mulalah terbayang dan terfikir bila nak basuh baju, bila nak masak, bila nak sapu sampah. Tapi Azu masih gagahkan diri untuk buat semua kerja-kerja rumah terutamanya ketika baby Aidi tertidur walaupun hanya beberapa minit! Alhamdulillah bila en hasben sangat memahami, tetap menolong walaupun balik keletihan bila seharian bekerja. Terima kasih abah Aijaz n Aidi!

Rasanya setakat itu je untuk kali ni walaupun banyak lagi cerita Azu nak kongsi dengan kawan-kawan pembaca semua. Ingatan untuk diri sendiri, Azu akan tetap BF baby Aidi kerana ingin memberi yang terbaik untuknya dan bukanlah semata-mata Azu ingin kurus~ehh kesitu pulak kan..hehe..dan tetap akan membaca dan menambah ilmu sebanyak-banyaknya demi misi BF untuk anak-anak tersayang! Harapan dan doa seorang ibu~amin

Terima kasih kerana sudi singgah di BamBam2u. Salam Sayang!

Thursday, November 15, 2012

Tali Pusat Bayi Baru Lahir Lambat Gugur?

Salam dan hai readers,



Semua ahli keluarga Azu risau bila tali pusat baby Aidi masih belum tertanggal walaupun dah 7 hari. Masa Aijaz baby dulu, tali pusatnya gugur pada hari ke-7. Itu pun dah kira lambat sebab takde pon adik beradik Azu yang baru lahir lambat tertanggal tali pusatnya. Semuanya awal dalam 2-6 hari je.

Macam-macam lah Azu dengar tanggapan orang-orang tua terutamanya mak Azu lah bila bayi lambat tertanggal tali pusat. Salah satu tanggapan yang paling glamor ialah baby tu nanti akan jadi degil, tak dengar cakap. Mak bidan yang mengurut Azu pulak menambah baby ni mungkin nanti degil, bila disuruh apa-apa..anak tu akan buat tak tahu je. Tapi, bila mak bapaknya tua nanti, dialah anak kita yang akan menjaga kita di kemudian hari. Entah boleh percaya ke tidak, Azu dengar je, tapi tak boleh nak mengiyakan semua tu kan.

Opss, berbalik kita kepada masalah kita. Awalnya, Azu pakai antibax warna putih dari farmasi sebab antibax pink yang hospital bagi tercicir lepas discharge. Kata orang, antibax warna pink lagi kuat dari warna putih. Bila tau je pasal tu, cepat-cepat suruh hasben beli yang warna pink punye. Tapi itu selepas 7 hari la.

Hampir semua pantang larang dalam bab penjagaan tali pusat baby ni Azu ikut termasuklah bila mandikan baby jangan dikenakan air pada tali pusatnya, sapukan tali pusat tu dengan antibax yang banyak~biar melimpah-limpah, lepas tu keringkannya tanpa mengikat tali bengkung baby~logiknya ia perlu dianginkan supaya cepat kering dan pastikan tangan kita sentiasa bersih dari kuman. Entahla, ikut punya ikut..tali pusat baby Aidi luruh juga pada hari ke 19. Pengsan Azu tunggu saat tu~adoii

Nasib baik masa tu opahnya ada kat rumah. Lega rasanya macam dapat bonus ja. Mak Azu apalagi tumbuk lada hitam dan masukkan sedikit ke dalam pusat baby Aidi dan disapukan minyak gamat. Logiknya supaya perut baby tak mudah kembung dan tidak menonjol ke depan. Oh yeke?  Em, lagi satu yang menakutkan Azu, nampaknya tali pusat baby Aidi tak tanggal sepenuhnya kerana terdapat lebihan tali pusat yang menghubungkan antara pusatnya dan tali pusat yang terkepit tu. Masih nampak bernanah dan berdarah. Risaunya kalau-kalau ada jangkitan kuman. Azu terus call klinik. Kata nurse, itu perkara biasa dan katanya Azu masih perlu sapu antibax sehingga lebihan tadi kering sepenuhnya dan ia pasti tertanggal sendiri.

Alhamdulillah, semuanya seperti yang dijangka. Nanah tiada lagi dan pusat baby Aidi pulih seperti biasa. Oh, Azu jugak letakkan kepit tali pusat baby Aidi bersama-sama kepit baby Aijaz. Kata mak Azu supaya dua beradik tu takle bergaduh selalu. Hehe. Azu ikut je walaupun Azu masih tetap meraguinya. Kata mak, ikut je;)

Itu saja buat kali ini, dah banyak sangat entry pending untuk tatapan semua. Terima kasih kerana sudi membaca entry BamBam2u kali ni. Salam sayang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...