Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Kebasnya Tangan bila Sindrom 'Carpal Tunnel' Melanda Wanita Hamil

Salam dan hai readers,


Baru terbaca artikel ini dari salah satu buku yang Azu pinjam iaitu Sindrom 'Carpal Tunnel' atau Kebas pada tangan yang sering berlaku pada ibu hamil termasuklah kepada Azu sendiri.

Simptom 'Carpal Tunnel'

Sejak Azu hamil di Trimester ke-3 ni, Azu sering alami kebas-kebas di jari-jemari terutamanya bila bangun dari tidur. Maklumlah, tidur di usia kehamilan sekarang memang amatlah kurang selesa. Kadang-kadang tidur atas sofa mengadap tv sampai ke tengah malam. Terjaga je, tengok tangan dah terjuntai ke bawah menghampiri lantai. Start nak angkat tangan tu dahla lenguh semacam, lepas tu jari-jemari halus ni~isk..halus kononnya~ rasa kebas sungguh.

Nak taknak mesti bangun jugak, jari-jemari Azu tu Azu tegangkan dengan sekuat hati. Opps, sangatlah sakit sebenarnya tapi tindakan tu kadang-kala di luar kawalan Azu sendiri. Baru bangun tidur kan, mesti rasa cam mamai, mata separuh buka je, pastu jari-jemari rasa kebas macam susah nak dibuka. Azu pun apa lagi, buat senaman ringan sikit untuk melonggarkan sendi-sendi yang kebas ni dengan mematahkan jari-jemari ni ~opss bukan patahkan tapi meliuk lentokkan jari sampai bunyi, jadi kuranglah sikit kebasnya. Aktiviti ni Azu buat sejak bujang lagi, tapi masa tu tak kebas pun, cuma lenguh-lenguh je.


Tak terkecuali, sindrom ini juga boleh berlaku semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar dan juga memegang stereng ketika memandu!

Punca Sindrom 'Carpal Tunnel'

Secara saintifiknya, keadaan ini berlaku kerana pada bahagian sendi di pergelangan tangan terdapat satu terowong di mana terletaknya saluran darah serta saluran saraf yang memberikan rasa pada kawasan tangan. Apabila berlaku bengkak air (water retention), kawasan ini akan sempit dan saraf 'median' yang menyarafi bahagian tangan akan tertekan sehingga menyebabkan kekebasan pada kawasan tangan.

Selain terjadi kepada wanita hamil, atas faktor keadaan kesihatan yang tertentu juga boleh terjadinya simptom ini iaitu perubahan hormon seperti gangguan tiroid, obesiti dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga.

Rawatan Sindrom 'Carpal Tunnel'

Gejala ini akan hilang selepas bersalin berikutan surutnya bengkak pada seluruh tubuh. Dalam sesetengah keadaan di mana kekebasan menjadi sangat teruk, pembedahan kecil boleh dilakukan pada bahagian sendi pergelangan tangan. Pembedahan? Isk..ngeri kan tapi kalau dah teruk sangat, sanggupkan aje kan~

Tips untuk ibu hamil yang mengalami Sindrom 'Carpal Tunnel'

Sekiranya ibu-ibu hamil tadi termasuklah Azu mempunyai sedikit masa sebelum ke tempat kerja, gantungkan kedua-dua tangan kita supaya berada di atas daripada kepala. Ini akan menyebabkan air turun ke bawah mengikut prinsip graviti. Ini akan mengurangkan bengkak pada pergelangan tangan dan secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf. Eh, rasanya inilah senaman yang Azu selalu buat bila lenguh-lenguh menaip depan komputer...emm memang berkesan bila lenguh tadi berkurang! Cubalah ye kawan-kawan~


Okeylah, nak cari buku lain pulak. Mana tau ade artikel menarik untuk Azu kongsi bersama pembaca BamBam2u yang lain. Terima kasih kerana sudi singgah! Salam sayang~

Sumber:
Ibu Dibelai Anak Dibuai Untuk Semua, Dr Ariza Mohamed, Tahun 2008, m/s 131-132
Image: Google 
Utusan.com.my

Wednesday, March 14, 2012

Teknik Merangsang Minat Membaca Anak-Anak

Salam dan hai readers,


Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Minat membaca tidak datang sendiri melainkan dipupuk dan dididik lebih awal. Sama macam kita membaja, merumput dan akhirnya tumbuhlah pokok yang tumbuh kuat dan mengeluarkan buah. Begitu juga dengan anak-anak kita~Ingin Azu kongsikan tips dan teknik untuk meransang anak-anak membaca dari sebuah buku hasil nukilan Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Ph.D.

Perkara pokok yang perlu dititikberatkan adalah menanam minat. Pelbagai teknik untuk menanamkan minat membaca yang perlu dibuat dengan penuh kesabaran tanpa paksaan. Emm, jangan terkejut kalau minat membaca ini perlu disemai sejak anak itu dalam perut ibu lagi~Indahnya ciptaan tuhan kan.


Teknik Meransang Minat Membaca di kalangan Anak-anak

1. Semasa hamil, elok ibu membaca Quran ataupun berzikir dan diperdengarkan kepada janin.

2. Melapangkan sedikit masa bagi mengajar anak dengan aktiviti yang berkualiti:

  • Tulis perkataan ringkas dengan besar dan berwarna seperti ' S U S U'. Bacakan dan eja dengan jelas dan penuh kasih sayang.
  • Guna kad bergambar (flash card) dan diikuti tulisan. Tunjuk kepada anak gambar, kemudian eja perkataan ataupun maklumat gambar itu.
3. Semasa dalam kenderaan, bacakan ataupun baca bersama dengan anak-anak nama-nama jalan, nombor plat kereta, papan tanda iklan dan sebagainya.~Aktiviti yang selalu Azu buat bila Azu masih kecil, siap kira jumlah no plat kereta orang. hehe.

4. Bahan bacaan tidak semestinya ilmiah, cukuplah sekadar membaca akhbar ataupun majalah.~kadang-kadang komik pun Azu berikan pada Aijaz bila Aijaz suka tengok gambar-gambar kartun.

5. Setiap kali shopping, bawa anak sebentar ke kedai buku.~contohnya MPH, Popular, Borders memang cukup menarik sebagai tempat singgah dan galakkan Aijaz membaca.

6. Terdapat juga ensiklopedia khas yang menarik untuk kanak-kanak.

7. Tunjukkan contoh teladan yang baik iaitu ibu bapa perlu menunjukkan minat membaca dengan cara selalu membaca dihadapan anak-anak.

8. Semasa ibu atau ayah membaca, letakkan anak yang masih bayi di pangkuan dan baca dengan kuat.

9. Sentiasa membawa anak ke medan ilmu seperti ke pesta buku, pameran buku, kedai buku, perpustakaan dan seumpamanya.~Hari minggu memang kami sering bawa Aijaz ke perpustakaan. Walaupun lebih banyak bermain dari membaca buku, namun rasanya itu pendedahan awal yang baik untuk Aijaz.

10. Apabila bercadang membelikan hadiah, beri hadiah buku seperti buku cerita, ensiklopedia, kamus, buku bergambar dan sebagainya.

11. Membiarkan anak bermain dan bergaul dengan buku. Jangan membeli buku tetapi didimpan di dalam almari sahaja.

12. Menyediakan peruntukan kewangan ataupun tabung bagi membeli dan menyediakan bahan-bahan bacaan, termasuk langganan majalah kanak-kanak dan menyediakan perpustakaan di rumah.

13. Didik anak supaya tahu mengambil dan menyimpan semula buku di tempatnya.

14. Buku perlu bergambar besar dan galakkan anak membuka sendiri muka surat.

15. Jangan memarahi anak kecil yang bermain dengan buku-buku anda. Sebaliknya, buku-buku perlu diletakkan di tempat yang mudah diambil oleh anak.


16. Membacakan buku cerita dan kisah-kisah nasihat kepada anak. Contohnya, semasa minum petang ataupun sebelum tidur. Aktiviti ini boleh dimulakan seawal umur 6 bulan.~Sejak Aijaz umur 5 bulan lagi Azu sudah belikan buku kain bergambar untuknya, walaupun hanya untuk beberapa saat, tapi Aijaz cukup teruja dengan buku yang penuh dengan warna!~

17. Menyediakan tempat khas supaya anak dapat mengambil dan menyimpan sendiri bukunya. Boleh juga disediakan beg ataupun bakul khas supaya anak dapat membawa buku kemana sahaja terutamanya perjalanan ayng jauh.

18. Membiasakan membeli buku apabila anak meragam sebagai menggantikan meinan bagi mententeramkannya.~Kami memang jarang belikan Aijaz mainan memandangkan hadiah mainan masa befday Aijaz masih tak terhabis main.

19. Sentiasa memberi pujian penghargaan kepada usaha-usaha dan pencapaian anak bagi membaca.~Apa lagi mampu Azu puji Aijaz bila dia sedang leka membelek buku yang penuh dengan gambar seperti buku kegemaran Azu iaitu PaMa. Good boy, anak ummie!~

Semoga teknik-teknik tersebut memberi ransangan yang baik untuk anak-anak kita membaca. Biarpun beberapa saat, bila dilatih setiap hari pasti satu hari nanti anak-anak yang minta kita bacakan buku untuknya tanpa disuruh. Masa itulah saat yang paling kita nanti-nantikan ye. Insyaallah. Harap Aijaz pun begitu~

Salam sayang dari BamBam2u. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ibubapa yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya termasuklah diri Azu sendiri~


Sumber: Anak Kita Memang Pintar Cerdas, Penulis: Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Ph.D., Muka surat: 134-137, Tahun 2006, PTS Millennia Sdn Bhd.

Wednesday, December 28, 2011

Tanda-Tanda Kehamilan yang Mengejutkan!

Salam dan hai readers,


Gejala dan tanda-tanda kehamilan sering menjadi tanda tanya untuk wanita atau pasangan berkahwin yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak. Ingat ye kawan-kawan pembaca, setiap tanda itu berbeza buat setiap ibu mengandung dan pasangan berkahwin yang lain. Maka, setiap tanda itu adalah pelik dan sangat mengujakan! Jom baca seterusnya.



1. Rasa aneh dalam mulut

Kekadang rasa tawar dalam mulut yang sangat pelik dan jarang-jarang dirasai. Ia selalunya dipanggil ‘dysgeusia’ iaitu salah satu tanda pertama yang sangat jarang-jarang dialami yang terjadi oleh perubahan hormon dan bau. Jangan risau ye kerana simptom ini selalunya hilang dalam trimester kedua!

Tips: Cubalah makan atau minum makanan yang masam-masam seperti limau untuk mengatasinya.

2. Muncul garis perang di tengah perut



Dari mula hamil hingga trimester kedua (minggu 13), anda mungkin mendapati bahawa satu garis nipis gelap yang dikenali sebagai Negra li telah muncul di bawah dan tengah perut anda.

Ia disebabkan oleh tahap hormon melatonin dan hormon estrogen wanita yang lebih tinggi. Tanda itu akan pudar dan hilang sejurus selepas kelahiran, tetapi jika ia kekal fikirlah ia sebagai tanda anda pernah mengandungkan bayi. 

3. Kaki Mengembang

Kadang-kadang, ia bukan hanya lebar pinggang anda yang semakin besar, kaki anda juga turut mengembang – Bersyukurlah kerana kaki anda masih stabil kerana adanya pembendungan cecair dalam buku lali dan kaki anda.

Tidak perlu bimbang selagi bengkak tidak disertakan dengan tekanan darah tinggi bagi mengelakkan pra-eklampsia ', kata Denise.

* Tips: Elakkan berdiri untuk tempoh masa yang lama.


4. Payudara kerap basah



Anda perlu cari lapik patch seperti kain atau yang pakai buang terutamanya bila anda sedang menyusu anak yang lain. Jangan terkejut jika anda baru mengandung 7 bulan mendapati coli payudara anda akan basah akibat susu. Jangan risau kerana payudara itu adalah persediaan untuk anak yang bakal lahir. 

* Tips: Beli sekotak breastpads dan simpannya bersama anda untuk masa-masa yang tidak dijangka.


5. Anda mempunyai mimpi yang pelik



Hah, Azu pernah mengalaminya ketika mengandungkan Aijaz. Mimpi pelik seperti berlari keletihan tetapi tidak ada apa benda pun untuk dikejar. Berpeluh-peluh satu badan. Mungkin ibu-ibu lain pernah bermimpi melahirkan ikan atau sedang dikejar oleh bayi gergasi? Mimpi aneh lebih kerap berlaku semasa kehamilan adalah berpunca dari hormon kehamilan. Secara tak sedar selalunya anda lebih bimbang daripada biasa dan terdapat banyak perkara yang difikirkan oleh otak anda ketika mengandung.



Tidur anda juga mudah terganggu dan anda kerap bangun pada waktu malam.


6. Mulut penuh air liur

Jangan terlalu terkejut jika anda bangun dan mendapati sejumlah air liur membasahi bantal anda. Salah satu tanda-tanda luar biasa kehamilan adalah pengeluaran air liur yang berlebihan - dikenali sebagai pytalism.

Ia lebih kerap berlaku pada bulan-bulan awal kehamilan, terutamanya jika anda mengalami loya dan muntah-muntah, dan anda perlu mencari jalan terbaik untuk selalu meludah keluar. ~Geli tapi itulah sebenar yang terjadi!

Tetapi jangan bimbang - ia adalah sementara dan biasanya berhenti di trimester kedua.

* Tips: Cuba minum air dengan limau dan menghisap gula-gula untuk membantu anda menelan air liur yang berlebihan.



7. Sukar untuk Ingat


Pernah ke terjadi dimana kunci kereta anda hilang dan sukar mengingati nama rakan anda? Kerosakan memori kerap terjadi ketika mengandung. Walaupun tiada punca biologi yang terbukti, namun masalah ini biasanya akan hilang setelah tahap hormon kembali normal.



* Tips: Buat senarai, tulis peringatan dalam diari anda dan letakkan benda-benda penting  di tempat yang sama dan mudah ingat.


8. Berlaku Perubahan Penglihatan anda



Akibat pengekalan cecair dalam mata semasa kehamilan, bentuk biji mata anda mungkin berubah. Sekiranya anda memakai Contact Lense, mungkin mata ada berasa pedih. ‘Biasanya keadaan ini adalah sementara, "kata Denise. 'Anda mungkin perlu untuk menghadkan masa anda memakai kanta atau kembali memakai cermin mata buat sementara waktu.'

* Tips: Jumpalah pakar optik anda untuk mendapatkan nasihat selanjutnya.


9. Cecair Vagina keluar lebih banyak dari biasa



Kelebihan wanita hamil kerana tiada tempoh period berlaku sepanjang 9 bulan, namun anda perlu mengalami cecair vagina yang lebih banyak dari biasa terutamanya pada trimester kedua. Satu teori menyatakan ia adalah cara badan anda untuk melindungi vagina anda dari jangkitan dimana aliran adalah berasid dan bertindak sebagai penghalang kepada jangkitan.

Jangan bimbang melainkan jika ia yang gatal, menyakitkan atau mempunyai satu bau sedikit hanyir.


* Tips: Pakai pantyliner, tetapi pastikan anda juga melekat pada seluar dalam (cotton) dan mengelakkan produk mandian wangi dan seluar yang ketat untuk mengurangkan risiko penyakit lain.



10. Keinginan Makanan yang pelik

Mungkin jenaka atau serius! Selalunya sering kita dengar ibu hamil mempunyai keinginan yang pelik dengan bahan yang bukan makanan sepeti arang batu atau bau petrol yang mengasyikkan. Selalunya keinginan ini dikaitkan dengan kekurangna vitamin C atau zat besi seperti daging.



* Tips: Hadapi kehamilan anda dengan makanan yang sihat, tetapi tidak turut kepada keinginan makanan yang tinggi lemak dan manis dan pastikan makanan tiada kalori dengan vitamin, mineral dengan kadar minimum.

Memang tak dinafikan setiap pengalaman wanita hamil adalah berbeza. Turut juga berbeza situasinya untuk setiap detik ketika mengandungkan anak-anak kita kan. Apa yang penting kita berusaha untuk menjadi ibu hamil yang terbaik sepanjang mengandungkan anak-anak yang kita sayang. 

Share n Luv from BamBam2u untuk semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...