
Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts
Thursday, February 7, 2013
Thursday, May 3, 2012
Bagaimana ‘5M’ Mampu Menghentikan Bayi dari Menangis
Salam dan hai readers,
Itulah persoalan yang kerapkali membelenggu ramai ibubapa baru
termasuklah diri Azu sendiri. Empat bulan lagi Azu bakal menimang seorang lagi
bayi baru namun masih keliru teknik dan cara untuk menghentikan tangisan bayi
yang kadang-kadang memberi tekanan pada hasben dan diri Azu sendiri walaupun
pengalaman ini untuk kali ke-2. Adoii~bila nak terror ni. Bagi Azu, menjadi ibu
bapa sekarang bukan perkara mudah. Ilmu perlu dituntut setiap masa sejak anak
masih bayi sehinggalah anak mencapai akil baligh dan dewasa. Harap pembacaan
ringkas Azu ini dapat Azu kongsikan bersama ibubapa yang lain.
‘5M’ itu merangkumi Membedung, Memeluk, Mendiamkan, Membuai dan Menghisap. Itulah ‘5M’ yang Azu maksudkan dengan tajuk entri Azu kali ini.
Bagaimana menenangkan bayi yang menangis agaknya ya?
‘5M’ melibatkan ‘membedung’ bayi dalam selimut seperti dalam
kantung ibu, ‘memeluk’ erat dalam dakapan anda, ‘mendiamkan’ bayi dengan
membuat pelbagai bunyi yang menarik perhatiannya, ‘membuai’ mereka seolah-olah
dalam buaian atau menukar posisi baring mereka yang asal dan memberi puting
untuk mereka ‘menghisap’ samada payudara si ibu atau puting botol susu.
Dipercayai bayi sangat senang apabila dipeluk dan diberi susu ibu walaupun
kadang-kadang mereka tidak minum. Mungkin tabiat bayi itu sangat memberi
ketenangan bagi mereka untuk berhenti menangis.
Ini adalah hasil kajian Dr Harvey Karp yang merupakan
seorang pengarang buku ‘The Happiest Baby on the Block’. Kajian ini berkesan
kerana beliau mereplikakan persekitaran rahim untuk menangani tangisan bayi. Ia
umpama satu simpfoni sensasi dan penjaga di zon paling tenang bagi bayi.
Bayangkan je lah si janin membesar menjadi seorang bayi selama 9 bulan dalam
perut si ibu? Kuasa Allah kan~
Kajian sebelum ini menunjukkan ‘5M’ menjadi pelega kesakitan
yang berkesan setelah melakukan imunisasi bayi namun tidak berkesan ke atas
bayi berusia 5 bulan pertama. Namun hasil kajian terbaru Dr Harvey Karp mendapati
bayi menangis bukan sahaja kerana imunisasi tetapi melibatkan banyak faktor
seperti takut terhadap dunia baru yang dialaminya, penyusuan bayi yang gagal
dan gangguan sindrom bayi, kata Karp tentang strategi menangani tangisan bayi dan
kemarahan kanak-kanak dalam Persidangan Kebangsaan berkenaan Penderaan dan
Pengabaian Kanak-kanak di Washington, D.C.
Selalunya, ibubapa yang bekerja memang sukar melakukan ‘5M’
ini dengan betul dan tepat kerana pemerhatian yang teliti dan kerap diperlukan ke
atas bayi mampu memberi kelebihan kepada ibu sepenuh masa untuk menilai dan
berfikir dengan mendalam bahawa bunyi vakum pun mampu meredakan tangisan bayi
kecil. Menakjubkan bukan?
Pernah satu ketika dulu bila Aijaz menangis sangat kuat dan bila
dipujuk dengan benda-benda biasa pun tak berkesan pada Aijaz. Alhamdulillah,
Angah (kakak) Azu kebetulan di rumah Azu masa itu pun jenuh gak berusaha dengan
macam-macam cara sampailah dibawanya Aijaz ke dapur.
Bila diketuk-ketuk kuali
dengan sudu, tangisan Aijaz tiba-tiba reda. Mata dia besar je tengok dan dengar
bunyi kuali bila diketuk. Beberapa minit jugaklah aktiviti ketuk mengetuk tu
diteruskan sehingga Aijaz betul-betul nampak selesa dan kemudian terus ditepuk
dan dapat ditidurkan dengan mudah. Siapa tahu kan banyak aktiviti dalam rumah kita yang boleh dijadikan
‘umpan’ untuk meredakan tangisan si kecil? Tak sangka jugak taktik bunyi kuali diketuk mampu menarik perhatian si Aijaz tu. Isk isk banyak lagi yang Azu kene
belajar dari pakar-pakar terutamanya dari mak dan kakak-kakak Azu yang lebih
berpengalaman. Insyaallah~
Harap artikel dan cerita ini dapat memberi sedikit manfaat
buat kawan-kawan pembaca semua. Terima kasih kerana sudi singgah di
BamBam2u~Datang lagi ye!
Sumber:
Dailymail.co.uk
Moms.today.msnbc.msn.com

Friday, March 9, 2012
Cara Membantu Kanak-Kanak Lambat Bercakap?
Salam dan hai readers,
Kanak-kanak hampir menginjak 2 tahun tapi masih belum dapat menuturkan patah perkataan yang boleh difahami. Bila diluahkan masalah ini kepada orang yang lebih tua dari kita macam mak ke abah kita ke mesti jawapan mereka camni..’Kalau si kecik tu dah pandai bercakap esok, mesti kamu tak terlayan cakap mereka nanti’. Adoi, pening kan~
Indahnya Perkataan Pertama si Kecil
Perkataan pertama yang dituturkan oleh bayi sering menjadi kenangan indah buat ibubapa. Good job baby, now you can talk. Alhamdulillah. Tetapi, bila anak-anak kita ketinggalan dalam kebolehan mereka untuk bercakap dengan baik pastinya membimbangkan kita sebagai ibubapa. Macam-macam teknik Azu cuba pada Aijaz. Contohnya, selalu berbual dengan dia, bacakan buku untuknya, sering menunjukkan dan menyebut pokok, kereta di sepanjang perjalanan dalam kereta. Walaupun ucapannya tak sama dari mulutnya, namun masih terdengar aaa, ataupun hujung perkataan macam kok, dah. Itu cukup membuat Azu teruja~hee
Kesesuaian dan Cara Tersendiri
Namun, satu artikel yang Azu baca ini memang membuatkan Azu lega. Kebanyakan kanak-kanak membangunkan bahasa mengikut kesesuaian dan cara mereka sendiri, kata Diane Paul-Brown, PhD, Pengarah Isu Klinikal di American Speech-Language-Hearing Association (ASHA). “Sesetengah kanak-kanak juga membangunkan bahasa pada kadar yang lebih cepat daripada yang lain.
Pencapaian Ucapan/ Bahasa Kanak-kanak
Tahukah anda? Kira-kira 15%-25% daripada kanak-kanak kecil mempunyai beberapa jenis gangguan komunikasi. Kanak-kanak lelaki cenderung untuk membangunkan kemahiran bahasa yang SEDIKIT LEWAT berbanding dengan kanak-kanak perempuan.
Secara umumnya, anak-anak boleh dilabelkan sebagai “kanak-kanak lewat bercakap” jika mereka bercakap kurang daripada 10 perkataan pada usia 18 hingga 20 bulan atau kurang daripada 50 patah perkataan pada usia 21 hingga umur 30 bulan.
Kebanyakan pakar juga mengatakan bahawa pada usia 12 bulan atau setahun, kanak-kanak boleh menuturkan perkataan tunggal dan mungkin boleh memanggil “mama” dan “dada”. Mereka juga berupaya memahami dan mematuhi permintaan mudah (Contohnya: “Berikan saya mainan itu”.)
Faktor-Faktor Lambat Bercakap
Jangkitan telinga yang kronik dan boleh menjejaskan pendengaran juga sering dikaitkan dengan ‘lambat bercakap’. Oleh kerana ramai kanak-kanak banyak menghabiskan masa di pusat penjagaan , mereka akan lebih terdedah dengan penyakit rakan sepermainannya yang boleh membawa kepada masalah telinga, kata pakar pediatric di New York City dan juga pengarang buku The Late Talker: What to Do If Your Child Isn't Talking Yet.
Petunjuk Yang Boleh Menimbulkan Kebimbangan
Kebanyakan bayi suka mengagah semua bunyi konsonen dalam tahun pertama. Bayi seharusnya bermula untuk meniru bunyi yang dituturkan oleh ibubapa seperti ‘mama’ atau ‘dada’ dan jika bayi tidak meniru, itu merupakan satu amaran.
Lega juga bila menurut kajian, anak-anak selalunya memang sukar menuturkan bunyi “l”, “r” dan “s”. Keupayaan tersebut akan dibangunkan dengan masa, walaupun sehingga umur 7 tahun pada sesetengah kanak-kanak, kata Debora Downey, MS, Patologis Pertuturan dan Bahasa di University of lowa’s Center untuk Ketidakupayaan dan Pembangunan.
Cara Menggalakkan Anak-anak Bercakap
- Bercakap dengan bayi dan anak kecil anda sepanjang hari termasuklah semasa mandi, menukar pampers dan semasa makan.
- Bila bercakap dengan anak-anak, biasakan perkataan yang mudah, ringkas diucap dan difahami serta mengelakkan perkataan kompleks atau terlampau panjang.
- Bayi anda sukakan perhatian jika mereka suka meniru ucapan dan tingkahlaku orang di sekitarnya dimana anda dapat naik turunkan nada bahasa anda dengan situasi yang bersesuaian.
- Menyanyi dan membaca kepada anak anda sejak usia mereka dari umur bayi.
P/s: Teringat masa Aijaz bayi dulu, Azu kerap bacakan buku untuknya tapi sekarang kadang-kadang je. Nampaknya kami kena bersungguh-sungguh lepas ini untuk galakkan Aijaz bercakap supaya ummie dan babah Aijaz mudah faham. Harap berkesankan~Kalau ada cadangan dan pengalaman dari ibubapa yang lain untuk menggalakkan anak-anak bercakap, sudi-sudilah berkongsi dengan Azu ye.tq~
Setakat ini dulu ye kawan-kawan pembaca, terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga anda untuk BamBam2u, Salam sayang untuk semua~
Sumber: Marilyn C. Agin, MD, Pakar Pediatrik Pembangunan New York City. Debora Downey, MS, CCP-SP Patologis Pertuturan dan Bahasa di University of lowa’s Center, Lowa City. Paul Diane-Brown, PhD, Persatuan Pertuturan Bahasa dan Pendengaran, Rockville, MD~medicinenet.com
Image: Google
Image: Google

Monday, February 27, 2012
Simptom Hamil Berkurang bila Hamil 12 minggu?
Salam dan hai readers,
Hampir melepasi TRIMESTER PERTAMA!
Tahniah! Hitung punya hitung 12 minggu sudah berlalu dan bayi dalam kandungan sudah berusia 12 minggu iaitu hampir melangkaui Trimester Pertama. Kata pakar, ibu hamil 12 minggu mula merasai simptom-simptom yang dialami selama ini reda sedikit seperti loya dan keletihan, muntah dan emosi yang keterlaluan. Simptom ini selalunya digantikan dengan sakit kepala dan pening akibat perubahan hormon ibu hamil. Sabar ye wahai ibu~
Saiz JANIN 12 MINGGU~
Tapi untungnya perubahan besar telah berlaku kepada bayi anda iaitu bayi anda hampir selesai membangunkan sistem penting dan bahagian pentingnya.
* Janin 12 minggu kini bersaiz buah plum~masih kecil tapi cukup mengujakan!
* Purata panjang janin kira-kira 2.5 inci dan 0.49 auns.
* Tugas si kecil kini adalah untuk terus berkembang dan membesarkan perut ibu-ibu hamil sehingga boleh diketahui orang di sekelilingnya.
* Sekarang masanya untuk si ibu berkongsi cerita gembira ini bersama keluarga dan teman-teman~khabar baik yang pasti mengujakan orang di sekeliling anda terutamanya bos anda..hehe~
Pertumbuhan Janin 12 Minggu yang PESAT~
* Pada usia 12 minggu, kebanyakan sistem kritikal janin sepenuhnya terbentuk!
* Janin kini melalui pertumbuhan dan tahap kematangan dimana organ-organ dan tisu akan tumbuh dan berkembang dengan pesat.
* Seterusnya berusaha untuk membangunkan refleks jika terdapat sebarang pergerakan.
* Tubuhnya mungkin bergerak tapi si ibu masih belum dapat merasainya. Sabar ye wahai ibu~.
* Saat paling indah apabila si bayi itu mula menutup dan membuka jarinya serta berusaha melipat kakinya.
* Otaknya kini berkembang dengan pantas!
SIMPTOM/GEJALA Hamil masih ada?
Walaupun gejala hamil kian berkurang, namun masih ada si ibu yang masih melaluinya. Bertenang ye wahai ibu kerana dulu Azu masih mengalami loya dan muntah terutamanya ketika perut kosong. Agak Azu baby dalam perut lapar dan mintak diisi~hehe. Kalau bukan sekarang, mungkin simptom itu akan berkurang dan berhenti terus dengan SENDIRINYA~Masa itu kita boleh bersuka ria dengan menjaga kandungan sebaik-baiknya.
* Pelepasan cecair dari vagina/faraj yang lebih banyak dari sebelumnya~Penjagaan rutin dan pelapik pad mampu melindunginya dari jangkitan kuman.
* Sakit kepala dan pening sangat ketara kerana hormon, perubahan penglihatan, dehidrasi, gula atau tekanan dalam darah si ibu.
Si Ibu MESTI BUAT~
* Jangan lupa hubungi dan hadir Jadual lawatan bulanan pranatal, memahami tanda-tanda dehidrasi dan memastikan anda cukup terhidrat.
Diharap info-info yang Azu baca dan kongsikan ini bermanfaat buat semua ibu-ibu hamil dan bakal bapa di luar sana. Salam sayang dari BamBam2u untuk semua~ Terima kasih.
Sumber: pregnant.thebump.com

Monday, December 19, 2011
Tips Mengatasi Rasa Sakit Bila Bayi Tumbuh Gigi
Salam dan hai readers,
Apa yang bermain di fikiran anda semua jika anak-anak kita yang masih kecil mengunyah tangannya sepanjang hari dengan air liur yang banyak? Adakah perbuatan itu menyakitkan si kecil? Ha, itu tandanya si kecil kita akan bermula untuk tumbuh gigi. Ia adalah perkembangan yang sangat penting yang wajar kita sebagai ibu bapa memberi perhatian sepenuhnya pada mereka yang belum faham apa sebenarnya yang terjadi pada mereka!
Menurut sumber, tidak ada bukti saintifik bahawa tumbuh gigi adalah menyakitkan.
Simptom dan Gejala Tumbuh Gigi yang Perlu Diberi Perhatian:
- Gusi merah dan bengkak
- Pipi dan muka menjadi merah
- Kerap menggosok telinga di sebelah yang sama dimana gigi akan tumbuh
- Air Liur Meleleh dengan banyak
- Sakit gusi ketika tidur
- Makan tidak Konsisten
- Menggigit dan Menghisap apa sahaja
- Mudah merajuk dan kecil hati kerana kurang selesa
Hampir semua simptom-simpton diatas memang terjasi pada si Aijaz. Terdapat sesetengah ibu bapa yang melaporkan anak-anak mereka akan mengalami demam atau suhu yang tinggi dan cirit-birit sejurus sebelum gigi muncul.
Selalunya anak-anak akan mengadu kesakitan atau menangis berlarutan apabila tumbuh gigi. Hal ini berlaku kerana ia adalah proses yang menyebabkan kerengsaan, sakit dan bengkak pada gusinya. Hal ini mungkin menjadi sebab kenapa bayi menolak untuk menyusu susu ibu dan botol apabila mereka tumbuh gigi.
Tips terbaik untuk mengurangkan kesakitan mereka ialah:
- Mengigit objek-objek sejuk seperti teether berasaskan pepejal silikon
- Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya berasa kebas
- Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
- Buah-buahan segar dan sejuk seperti timun atau pisang sejuk untuk dikunyah
- Beri puting/pacifier untuk melegakan rasa sakit gusinya
Diharap tips dan info ini memberi manfaat kepada ibubapa yang ingin membantu anak-anak mengatasi rasa sakit apabila tumbuh gigi.
Share n Luv from BamBam2u untuk semua readers! Terima kasih.
Sumber: Motherandbaby.ninemsn.com.au/ Babycenter Malaysia

Azam Baru Wajah Baru Demi Semua Ibu Bapa!
Salam dan hai readers,
Salam Tahun Baru 'in advance' yang masih berbaki 12 hari. Kalau kawan-kawan pembaca terlihat kelainan di page BamBam2u, teruskan membaca kerana ini bukanlah kesilapan tapi oleh kerana kini BamBam2u telah berwajah baru bersempena dengan azam tahun baru 2012.
Sejak 4 bulan lalu BamBam2u diwujud dan dicetuskan kerana semangat perjuangan Azu demi semua ibu bapa, papa mama, mommy dady, ibu ayah, ummie dan babah dan anak-anak kita sejak bayi sehingga membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan comel.
Sejak kelahiran permata hati Azu dan hubby iaitu anak pertama kami, Aijaz memang banyak menyedarkan diri Azu betapa sukarnya membesarkan anak ini tanpa ilmu di dada. Masih tercari-cari segalanya tentang si kecil dari pampersnya sehingga ke makanannya, perkembangannya normal atau tidak, sihat atau sakitkah dia, apa perlu kita buat jika dia menangis tidak berhenti...semuanya menjadi persoalan Azu sebagai seorang ibu.~Persoalan yang tidak pernah ada 'STOP' kan?
Persoalan-persoalan yang bertalu-talu itu telah mencetuskan idea untuk mewujudkan BamBam2u demi kawan-kawan pembaca BamBam2u yang terdiri dari keluarga, kawan-kawan rapat Azu sendiri, dan seterusnya buat semua ibu bapa yang sudi berkongsi info tentang kehamilan, anak-anak mereka di blog, Facebook mahupun twitter. Terima kasih buat semua!
Oleh itu, demi kepentingan semua kawan-kawan pembaca dan diri Azu sendiri, BamBam2u dicetuskan ini khas buat anda semua. Semoga kita menjadi ibu bapa yang hebat di mata anak-anak kita, menjadi ibu hamil yang tahu setiap keperluan dirinya dan bayi dalam kandungannya dan harapan BamBam2u.
Semoga kita tidak terlepas setiap perkembangan dan kelebihan yang hebat anak-anak kita sementara dia masih kecil dan boleh dididik dengan mudah. Berjuanglah wahai ibu bapa demi masa depan dan perkembangan anak-anak kita yang lebih sempurna. Peluklah mereka dengan penuh kasih sayang. Bersyukur atas setiap nikmat kurniaannya. Alhamdulillah~
Salam sayang buat semua pembaca setia BamBam2u. Tahun 2012 bakal menjadi tahun bertuah buat BamBam2u. Insyaallah. Amin~Terima kasih atas sokongan anda~

Subscribe to:
Posts (Atom)











