Friday, May 25, 2012

Pengalaman Sakit di Wad Bersalin Part 3

Salam dan hai readers,

~perut dah kempis bila baby dah keluar~

Kini bersambung semula Part 3 dan diharap ini part terakhir untuk sesi cerita dan pengalaman buat kali ini.

Selepas penjelasan mendalam dari dua orang doktor tu tentang sakit yang Azu alami, Azu menarik nafas lega. Sakit perut pun makin berkurang bila diberi parasetamol oleh nurse awal pagi tadi. Alhamdulillah. Lor, kalau sakit teruk camni boleh dilegakan dengan paracetamol, awal-awal lagi Azu pergi cari parasetamol di farmasi. Tak perlulah sampai kena 'admitted' di hospital, terpaksa MC 1 hari, mengadap doktor-doktor dan nurse yang ramah dan mesra~opps memang betul diorang sangat mesra, tak garang langsung dan sangat Azu senangi. 

Hospital kerajaan sekarang sudah mampu beri servis dan perkhidmatan terbaik selain peralatan perubatan mereka yang serba serbi lengkap walaupun selalunya bilik wad sentiasa dipenuhi dengan pesakit. Tak kisahla kalau terpaksa menunggu 24-36 jam, asalkan layanan di bilik kecemasan tidak menghampakan. 

Opss, panjang lebar pulak. Hampir pukul 11 pagi, kami dipanggil untuk makan tengahari. Ha, masa nilah Azu dapat sembang-sembang dengan semua para ibu hamil. Ada kes seorang ibu hamil yang sudah 40 minggu tapi masih belum rasa sakit, ada pendarahan sedikit tapi belum ada sebarang bukaan. Walaupun tubuhnya agak berisi namun bila nampak mukanya yang sentiasa girang dan berseri-seri, Azu rasa seronok bersembang kerana dia sangatlah ramah. Azu pulak yang segan~hee. Katanya, kalau esok atau lusa tiada sebarang respon dari baby dalam perut, mungkin kena induce dengan harapan baby tadi teruja untuk keluar kerana sudah tiba masanya.

Kes ke-2 pulak ada 2 ibu hamil telah disahkan doktor terdapat kencing manis dimana salah seorang dari mereka hanya menunggu hari untuk bersalin dan telah hampir 2 bulan menghidap penyakit ini semasa mengandung. Cucuk insulin sendiri itu sudah perkara biasa baginya. Isk kalau Azu dengar nurse ke doktor nak cucuk, azu dah rasa takut, inikan suruh cucuk sendiri. Kata kakak tu mula-mula dia takut jugak, tapi rupanya cucuk insulin tu tidak menyakitkan langsung..Opps tak sakit langsung?? Biar betul?? Adoii mintak dijauhkan~ Seorang lagi mungkin sebaya Azu agaknya. Dia pun menghidap penyakit yang sama iaitu kencing manis tetapi usia kandungan dia baru 6 bulan. Sama dengan usia baby Azu dalam kandungan. Tujuan mereka di kena 'admitted' kerana memudahkan doktor untuk memantau penyakit itu dari bertambah teruk. 

Kes ke-3 pun seorang ibu hamil ini nampak muda dari Azu, kandungan anak pertama berusia 7 bulan tapi sudah keluar air ketuban tapi tak banyak dimana bukaannya masih 3cm. Orangnya kecil, perut pun kecil. Macam tak nampak mengandung pun. Pandangan kasar Azu lah tu..hehe

Kes ke-4 ni paling ramai lah. Kebanyakan dari mereka mengandung anak ke-2, sudah keluar darah atau air ketuban, tapi bukaan cm terlalu lambat. Ada1, 2 dan 3cm. Biasanya Azu dulu bila sudah mencapai bukaan 4 cm dan belum pecah air ketuban tapi sudah keluar darah, doktor akan pecahkan air ketuban. Selepas itu mulalah terasa kontraksi yang sangat kuat menandakan bayi dalam proses ingin keluar dari tempat sempit iaitu perut Azu sendiri. Masa itu memang dah standby dalam labor room yang penuh dengan peralatan bersalin. Mesin denyutan jantung bayi, mesin telegraf~erkk bukan telegraf surat tau. Mesin itu menunjukkan tanda aras kontraksi bayi dalam kandungan. Sekiranya tahap kontraksi makin kuat dan mencapai tahap maksima, proses bersalin atau proses push-out baby akan bermula.

Ha, masa itulah semua latihan pra-natal Azu pergi dahulu akan dipraktikkan dalam labor room. Teknik pernafasan pendek, tidak terlalu dalam, menyedut ubat penenang kesakitan di sepanjang proses kelahiran memang cukup mendebarkan. Sakit usah kata lah..Allah saja yang tahu kesakitan itu. Bila terbayang kesakitan itu bisa meruntun perasaan Azu. Alhamdulillah proses kesakitan itu dari pukul 10 malam sampaila 5 pagi. Tepat jam 5.15 pagi, seorang bayi lelaki dengan berat 3.44 kg toiiing melantun keluar dalam pegangan doktor perempuan cina yang diiringin dengan sokongan padu dari nurse-nurse yang memenuhi ruang labor room dan tak lupa en hasben yang kini seorang bapa kepada bayi lelaki itu. Bayangkan, kesakitan itu hampir buat Azu menangis tapi dengan adanya en hasben di sebelah, Azu tak mampu menangis. Rasa kuat demi suami dan anak yagn bakal lahir. 

Opps, bukan itu saja, episotomi perlu dijalankan semasa kepala bayi Azu keluar. Pastinya lepas tu potongan kecil itu perlu dijahit semula. Emm, tak rasa sakit dah walau dijahit. Agaknya sudah dicucuk supaya tidak berasa sakit. Sempat lagi tanya doktor berapa cm kena jahit? hehe. Tak sangka lah~Sakit kontraksi sudah hilang serta merta. Doktor sempat menunjukkan bayi tersebut di depan mata Azu sebelum dibawa masuk ke bilik lain untuk dimandikan dan 'di menangiskan'. Tanya doktor tu, bayi boy ke girl ni? Azu jawab bayi boy..alhamdulillah. Azu tertidur dalam labor room sehingga 10 pagi dan tiba masanya untuk Azu menyusukan bayi buat kali pertama. Syukur Alhamdulillah.

Sekian dulu, pengalaman sedikit dari Azu. Azu percaya ibu-ibu lain ada cerita tersendiri yang lebih menarik dari Azu. Semoga kesakitan itu semuanya menjadi kenangan indah kita. Senyum dari BamBam2u.


Salam sayang untuk semua. Terima kasih sudi singgah~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...