Monday, December 19, 2011

Tips Mengatasi Rasa Sakit Bila Bayi Tumbuh Gigi

Salam dan hai readers,


Apa yang bermain di fikiran anda semua jika anak-anak kita yang masih kecil mengunyah tangannya sepanjang hari dengan air liur yang banyak? Adakah perbuatan itu menyakitkan si kecil? Ha, itu tandanya si kecil kita akan bermula untuk tumbuh gigi. Ia adalah perkembangan yang sangat penting yang wajar kita sebagai ibu bapa memberi perhatian sepenuhnya pada mereka yang belum faham apa sebenarnya yang terjadi pada mereka!

Menurut sumber, tidak ada bukti saintifik bahawa tumbuh gigi adalah menyakitkan.

Simptom dan Gejala Tumbuh Gigi yang Perlu Diberi Perhatian:
  • Gusi merah dan bengkak
  • Pipi dan muka menjadi merah
  • Kerap menggosok telinga di sebelah yang sama dimana gigi akan tumbuh
  • Air Liur Meleleh dengan banyak
  • Sakit gusi ketika tidur
  • Makan tidak Konsisten
  • Menggigit dan Menghisap apa sahaja
  • Mudah merajuk dan kecil hati kerana kurang selesa


Hampir semua simptom-simpton diatas memang terjasi pada si Aijaz. Terdapat sesetengah ibu bapa yang melaporkan anak-anak mereka akan mengalami demam atau suhu yang tinggi dan cirit-birit sejurus sebelum gigi muncul.

Selalunya anak-anak akan mengadu kesakitan atau menangis berlarutan apabila tumbuh gigi. Hal ini berlaku kerana ia adalah proses yang menyebabkan kerengsaan, sakit dan bengkak pada gusinya. Hal ini mungkin menjadi sebab kenapa bayi menolak untuk menyusu susu ibu dan botol apabila mereka tumbuh gigi.

Tips terbaik untuk mengurangkan kesakitan mereka ialah:
  • Mengigit objek-objek sejuk seperti teether berasaskan pepejal silikon
  • Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya berasa kebas
  • Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
  • Buah-buahan segar dan sejuk seperti timun atau pisang sejuk untuk dikunyah
  • Beri puting/pacifier untuk melegakan rasa sakit gusinya


Diharap tips dan info ini memberi manfaat kepada ibubapa yang ingin membantu anak-anak mengatasi rasa sakit apabila tumbuh gigi.

Share n Luv from BamBam2u untuk semua readers! Terima kasih.

Sumber:  Motherandbaby.ninemsn.com.au/ Babycenter Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...