Thursday, December 29, 2011

Bolehkah Meredakan Kemarahan dan Kedegilan Anak-anak?


Salam dan hai readers,


Tertekan dengan perangai anak-anak yang sering menangis beserta jeritan yang kuat? Mungkin juga menendang atau membuang segala yang dipegangnya? Semua ini kerap terjadi kepada kanak-kanak akibat ketidakpuasan apabila mereka tidak mendapat apa yang diingini atau kehendaknya tidak dituruti. Pening kan? Jom kita baca kajian terkini yang mana boleh membantu ibubapa di luar sana untuk menyejukkan kemarahan si anak~

Saintis di Universiti of Minnesota dan University of Connecticut mengumpul sejumlah bunyi dari lebih daripada 100 tangisan melalui high-fidelity audio dan kemudiannya menentukan keputusan audio yang mempunyai maksud yang berbeza.


Penyelidikan yang diterbitkan dari Jurnal ‘Emotion’ menunjukkan kanak-kanak meluahkan ton jeritan yang berbeza iaitu naik dan turun berdasarkan tahap kemarahan mereka.

Prosedur Ujian: Ibu bapa dikehendaki menjahit mikrofon wayarles di pakaian anak-anak mereka dan kemudiannya dimasukkan ke dalam perakam untuk merekod sebarang perubahan emosi yang dialami dalam tempoh beberapa jam selepas peralatan tersebut dipasang.


Keputusan: Tangisan kanak-kanak yang bermula dengan tingkahlaku yang tidak puashati dan berakhir dengan kesedihan mendapati bunyi sedih tersebut telah ditekankan dengan bunyi yang mengandungi rasa marah. Maka, kemarahan dan kesedihan selalunya berlaku serentak.

Langkah ibu bapa: Ibubapa harus mencari masa terbaik untuk memujuk, campur tangan atau mengawal dalam situasi anak-anak yang sedang marah. Hal ini penting untuk mengelakkan marah yang keterlaluan sehingga memberi kesan psikologi kepada mereka.


Kesimpulannya, jika dilihat dari segi saintifik, tahap kemarahan adalah berbeza dari ribut petir atau lain-lain fenomena semulajadi. ~sudah semestinya kan! Peranan kita sebagai ibu bapa penting untuk meredakan kemarahan mereka melalui kebijaksaan kita dan menjadikan tangisan mereka sebagai subjek menarik kita sebagai ibubapa yang prihatin.

Harap lebih banyak kajian psikologi dari saintis-saintis dan pakar kanak-kanak untuk tatapan semua ibu bapa semua. Semoga berjaya! Salam sayang dari BamBam2u. Terima kasih kerana sudi membaca~

Share n Luv from BamBam2u!

Sumber: Motherandbaby.ninemsn.com.au

2 comments:

Fendy said...

wow...baru tahu info ni...tq share

azu said...

azu pun baru baca semalam. thanks sudi singgah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...