Salam dan hai readers,
Anak-anak anda gemar menjengket kakinya ketika berjalan? Hal ini turut terjadi kepada si kecil Azu iaitu Aijaz yang berumur 1 tahun 5 bulan. Perbuatan pelik itu memang merisaukan kami. Walaupun perbuatan pelik tu sangat jarang berlaku dan bersifat sementara sahaja namun menjadi persoalan buat kami berdua sebagai ibu bapanya. Adakah ia normal buat si kecil ini? Jom kita tengok jawapan dari pakar yang Azu baca semalam. Harap jadi info berguna buat ibu bapa yang mengalami situasi ini.
Jawapan dari Pakar Pembangunan Kanak-Kanak, Andrew Adesman
Jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut sepanjang masa, ia mungkin tidak bermaksud apa-apa pada usia ini. Kebanyakan kanak-kanak ‘menjengket kakinya’ sekali sekala apabila mereka sedang berjalan untuk bergerak di sekitar menggunakan pelbagai objek sebagai sokongan sebagai permulaan untuk berjalan terutamanya di atas lantai yang terdedah.
Sesetengah kanak-kanak melakukannya kadang-kadang sekadar untuk suka-suka – atau dengan cara yang sama apabila mereka cuba berjalan-jalan di jalan yang retak dan tidak rata di kaki lima.
Bagaimanapun, jika anak-anak anda ‘menjengket kakinya’ secara konsisten, maka tiba masanya untuk anda berbincang dengan pakar kanak-kanak/pakar pediatrik. ‘Menjengket kakinya’ dengan kerap boleh memberi isyarat kepada masalah yang berbeza paling serius iaitu ‘cerebral palsy’ (Sekiranya anak-anak lahir pra-matang, anda perlu lebih mengawasi mereka kerana mereka mudah cenderung untuk jatuh dan tertiarap kerana terdedah kepada cerebral palsy yang dipanggil 'diplegia' yang melibatkan separuh dari bawah badan.
Ia merupakan masalah fizikal dan tidak normal tetapi sesetengah kanak-kanak akan mengalami ‘Achilles tendons’ iaitu bermakna adalah sukar atau mustahil untuk mereka berjalan berkaki rata tanpa bantuan. Masalah ini umumnya boleh dirawat samada dengan pembedahan atau bukan pembedahan untuk meregangkan ‘Achilles tendons’.
‘Menjengket kaki’ dengan tiada masalah fizikal dikenali sebagai ‘Jengket Kaki idiopathic’ dan sering dilihat di kalangan kanak-kanak yang mengalami gangguan perkembangan, walaupun kita tidak tahu apakah sebabnya. Sekiranya anak-anak anda mengalami situasi ini, pakar pediatric akan menilai dari pelbagai aspek iaitu ujian neorologi atau melihat kepada tumbesaran yang tertangguh. Jika keputusannya normal dan anak-anak anda tiada masalah tumbesaran, maka mereka tidak perlu terapi dan akan membesar dengan caranya sendiri.
Pandangan Azu dan babah Aijaz secara peribadi menganggap perbuatan Aijaz menjengketkan kakinya kerana dia ingin lebih tinggi untuk mencapai setiap objek tinggi yang kami sorokkan. ~Memang tak sangka dan terkejut jugak bila dia dapat mencapai hampir semua objek yang kami sorokkan di tempat tinggi. Kadangkala kami terlupa yang si Aijaz semakin besar dan tinggi, sekarang sudah 79 cm...wow! Hampir separuh dari tinggi Azu.hehe~
Azu harap si Aijaz sihat dan membesar dengan caranya sendiri. Wahai ibu bapa yang dikasihi, cuba perhatikan anak-anak kita berjalan, adakah seperti biasa atau sering menjengketkan kakinya? Jangan lupa memantau aktiviti harian mereka yang menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa yang prihatin.~Prihatin kerana semuanya demi masa depan mereka kan.;)
Salam sayang dari BamBam2u!
Sumber: Babycenter.com
Sumber: Babycenter.com
No comments:
Post a Comment