Friday, December 30, 2011

Teknik Ajar dan Galak anak-anak Berbincang?

Salam dan hai readers,


Bukan mudahkan sebenarnya bila tiba masanya untuk berbincang dengan anak-anak. Azu pun tak pasti macamana nak bincang dengan Aijaz bila dia besar sikit nanti. Anak-anak perlu diajak berbincang terutamanya tentang keperluannya, perkataan atau sebutannya, sikap atau tingkahlakunya, apa yang diinginkan dan sebagainya. Kehendak mereka 1001 macam. Mampukah kita?

Teknik paling mudah menggalakkan anak-anak berbincang:

1. Jangan mengganggu. - Cuba untuk tidak menggangu sebarang aktiviti yang sedang leka dilakukan. Itu akan membuatkan kita sebagai penyebuk.~kesian kita kan, nak kacau anak sendiri pun susah.huh

2. Gunakan suara yang tenang - Jangan menjerit atau memaksa mereka ikut arahan kita. ~rasanya ibubapa sekarang kena join 'kursus cakap perlahan-lahan'..hehe

3. Beri peluang kepada anak-anak untuk berbincang dengan jawapan yang pasti.~ sekarang kan dah moden, internet semua di hujung jari, search je google kalau tak pasti jawapan. Ibubapa mesti bijak dari anak-anak kan~

4. Mendengar dengan baik sebarang respon dari anak-anak kita.~pasang telinga dan jangan lipat kain ke, tengok tv ke.....~peringatan untuk diri sendiri

5. Berfikir sedalamnya sebelum memberi sebarang respon atau jawapan.

6. Jika terdapat sebarang persoalan atau cadangan, kemukakan dan bincang secara bersama yang menunjukkan kamu mendengar setiap kata-katanya.

Kita sebenarnya mampu galakkan mereka berbincang dengan berkesan. Kalau boleh didik dari kecil kan lebih baik. Cuma faham atau tak faham jelah kan~Jom sama-sama kita jadi ibubapa yang prihatin kepada anak-anak tersayang!

Share with luv from BamBam2u!

Sumber: Creating Kids Who Can Concentrate, Page 83, Jean Robb & Hilary Letts

2 comments:

Benjy said...

Pada Benjy jadilah pendengar yang baik maka kita boleh berbincang dengan anak kita dengan baik ... :D

Benjy said...

Kalau kita asyik marah2 sahaja dan tidak menghormati mereka sebagai anak kita susahlah kita nak berbincang dengan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...