Salam dan hai readers,
~membimbing anak-anak untuk membaca buku dan mengenal huruf dan objek~
Sudah pasti ibu bapa sering mengalami kesukaran membimbing anak-anak untuk fokus atau memberi perhatian terhadap sesuatu perkara dan arahan dalam aktiviti seharian mereka. Kita sebagai ibu bapa boleh belajar untuk membimbing anak-anak kita dengan memberi perhatian sewajarnya dan pada waktu yang sepatutnya. Asasnya mudah iaitu dengan:
Ibu Bapa perlu dan harus:
· Memberi masa dan fikirkan tentang apa yang ingin kita ajarkan pada anak-anak.
- · Gunakan kesilapan sebagai peluang untuk belajar – samada kesilapan itu datang dari anak-anak atau kamu sendiri.
- · Menerima dengan rela bahawa anak-anak akan belajar dari kamu, maka kamu juga turut belajar dari sikap dan tingkahlaku mereka dengan memerhati setiap perbuatan yang mereka lakukan, dimana kamu akan memahami bagaimana anak-anak belajar dan mengikut skil tertentu untuk membantu anak-anak.
· Beri peluang kepada mereka untuk mempraktikkan skil atau teknik yang kamu ajarkan.
· Beri respon kepada setiap tingkahlaku anak-anak yang berbuat baik dan mendengar nasihat serta memberitahu langkah-langkah seterusnya dengan segera.
Ibu Bapa boleh:
· Menunjukkan cara untuk menggunakan sesuatu objek mengikut kemampuannya.
Bukan hanya apabila anak-anak memberi perhatian kepada sesuatu aktiviti, itu tidak bermakna dia akan otomatik fokus dengan setiap situasi.
· Membina fokus anak-anak langkah demi langkah
Sekiranya anak-anak tidak dapat fokus dengan sesuatu situasi, itu tidak bermakna mereka tidak boleh mampu memberi perhatian.
· Cari sebab kenapa anak-anak perlu belajar
Sekiranya anak-anak tidak memberi perhatian terhadap sesuatu arahan di rumah, mungkin mereka sebenarnya tidak tahu atau faham dengan kehendak atau arahan anda.
· Pastikan tiada jurang dalam memahami sesuatu perkara
Jika anak-anak anda boleh membei perhatian di rumah tapi bukan di sekolah, mungkin terdapat situasi di sekolah yang menjadikan fokusnya terganggu. Sepatutnya diterangkan perbezaan antara kehendak dengan situasi dimana mereka perlu memahaminya.
· Belajar dengan memberi perhatian
Jangan lupa bahawa pembelajaran terbaik adalah apabila kamu sebagai ibu bapa turut belajar untuk memahaminya bersama.
Sememangnya bukan mudah untuk kita membimbing mereka dengan terbaik tetapi setiap usaha itu pasti membuahkan hasil jika kita mendidik tanpa jemu, berdoa supaya anak-anak kita dilembutkan hati untuk belajar memahami setiap arahan kita. Insyaallah. Jangan putus asa ye mommy daddy, ibu bapa, abah dan mak semua. Senyum selalu dan anak-anak pasti membalas senyuman manis kita~
Share n Luv from BamBam2u!
Sumber: Creating Kids Who Can Concentrate, Penulis Jean Robb & HIlary Letts, 1997, Muka Surat 19
Sumber: Creating Kids Who Can Concentrate, Penulis Jean Robb & HIlary Letts, 1997, Muka Surat 19
2 comments:
wow...gud info la..thanx 4 sharing azu..lepas ni boleh apply kat ella pula
gud luck ella. hrp berkesan utk anak2 kita ye;)
Post a Comment