Showing posts with label maklumbalas dan respon. Show all posts
Showing posts with label maklumbalas dan respon. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Teknik Ajar dan Galak anak-anak Berbincang?

Salam dan hai readers,


Bukan mudahkan sebenarnya bila tiba masanya untuk berbincang dengan anak-anak. Azu pun tak pasti macamana nak bincang dengan Aijaz bila dia besar sikit nanti. Anak-anak perlu diajak berbincang terutamanya tentang keperluannya, perkataan atau sebutannya, sikap atau tingkahlakunya, apa yang diinginkan dan sebagainya. Kehendak mereka 1001 macam. Mampukah kita?

Teknik paling mudah menggalakkan anak-anak berbincang:

1. Jangan mengganggu. - Cuba untuk tidak menggangu sebarang aktiviti yang sedang leka dilakukan. Itu akan membuatkan kita sebagai penyebuk.~kesian kita kan, nak kacau anak sendiri pun susah.huh

2. Gunakan suara yang tenang - Jangan menjerit atau memaksa mereka ikut arahan kita. ~rasanya ibubapa sekarang kena join 'kursus cakap perlahan-lahan'..hehe

3. Beri peluang kepada anak-anak untuk berbincang dengan jawapan yang pasti.~ sekarang kan dah moden, internet semua di hujung jari, search je google kalau tak pasti jawapan. Ibubapa mesti bijak dari anak-anak kan~

4. Mendengar dengan baik sebarang respon dari anak-anak kita.~pasang telinga dan jangan lipat kain ke, tengok tv ke.....~peringatan untuk diri sendiri

5. Berfikir sedalamnya sebelum memberi sebarang respon atau jawapan.

6. Jika terdapat sebarang persoalan atau cadangan, kemukakan dan bincang secara bersama yang menunjukkan kamu mendengar setiap kata-katanya.

Kita sebenarnya mampu galakkan mereka berbincang dengan berkesan. Kalau boleh didik dari kecil kan lebih baik. Cuma faham atau tak faham jelah kan~Jom sama-sama kita jadi ibubapa yang prihatin kepada anak-anak tersayang!

Share with luv from BamBam2u!

Sumber: Creating Kids Who Can Concentrate, Page 83, Jean Robb & Hilary Letts

Wednesday, December 7, 2011

Teknik Mengajar Anak-anak untuk Memberi Perhatian kepada Arahan


Salam dan hai readers,

~membimbing anak-anak untuk membaca buku dan mengenal huruf dan objek~

Sudah pasti ibu bapa sering mengalami kesukaran membimbing anak-anak untuk fokus atau memberi perhatian terhadap sesuatu perkara dan arahan dalam aktiviti seharian mereka. Kita sebagai ibu bapa boleh belajar untuk membimbing anak-anak kita dengan memberi perhatian sewajarnya dan pada waktu yang sepatutnya. Asasnya mudah iaitu dengan:

Ibu Bapa perlu dan harus:

·         Memberi masa dan fikirkan tentang apa yang ingin kita ajarkan pada anak-anak.
  • ·         Gunakan kesilapan sebagai peluang untuk belajar – samada kesilapan itu datang dari anak-anak atau kamu sendiri.
  • ·         Menerima dengan rela bahawa  anak-anak akan belajar dari kamu, maka kamu juga turut belajar dari sikap dan tingkahlaku mereka dengan memerhati setiap perbuatan yang mereka lakukan, dimana kamu akan memahami bagaimana anak-anak belajar dan mengikut skil tertentu untuk membantu anak-anak.

·         Beri peluang kepada mereka untuk mempraktikkan skil atau teknik yang kamu ajarkan.

·         Beri respon kepada setiap tingkahlaku anak-anak yang berbuat baik dan mendengar nasihat serta memberitahu langkah-langkah seterusnya dengan segera.

Ibu Bapa boleh:

·         Menunjukkan cara untuk menggunakan sesuatu objek mengikut kemampuannya.
Bukan hanya apabila anak-anak memberi perhatian kepada sesuatu aktiviti, itu tidak bermakna dia akan otomatik fokus dengan setiap situasi.

·         Membina fokus anak-anak langkah demi langkah
Sekiranya anak-anak tidak dapat fokus dengan sesuatu situasi, itu tidak bermakna mereka tidak boleh mampu memberi perhatian.

·         Cari sebab kenapa anak-anak perlu belajar
Sekiranya anak-anak tidak memberi perhatian terhadap sesuatu arahan di rumah, mungkin mereka sebenarnya tidak tahu atau faham dengan kehendak atau arahan anda.

·         Pastikan tiada jurang dalam memahami sesuatu perkara
Jika anak-anak anda boleh membei perhatian di rumah tapi bukan di sekolah, mungkin terdapat situasi di sekolah yang menjadikan fokusnya terganggu. Sepatutnya diterangkan perbezaan antara kehendak  dengan situasi dimana mereka perlu memahaminya.

·         Belajar dengan memberi perhatian
Jangan lupa bahawa pembelajaran terbaik adalah apabila kamu sebagai ibu bapa turut belajar untuk memahaminya bersama.


Sememangnya bukan mudah untuk kita membimbing mereka dengan terbaik tetapi setiap usaha itu pasti membuahkan hasil jika kita mendidik tanpa jemu, berdoa supaya anak-anak kita dilembutkan hati untuk belajar memahami setiap arahan kita. Insyaallah. Jangan putus asa ye mommy daddy, ibu bapa, abah dan mak  semua. Senyum selalu dan anak-anak pasti membalas senyuman manis kita~

Share n Luv from BamBam2u!


Sumber: Creating Kids Who Can Concentrate, Penulis Jean Robb & HIlary Letts, 1997, Muka Surat 19
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...