Showing posts with label pakar pediatrik. Show all posts
Showing posts with label pakar pediatrik. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Cara Membantu Kanak-Kanak Lambat Bercakap?


Salam dan hai readers,


Kanak-kanak hampir menginjak 2 tahun tapi masih belum dapat menuturkan patah perkataan yang boleh difahami. Bila diluahkan masalah ini kepada orang yang lebih tua dari kita macam mak ke abah kita ke mesti jawapan mereka camni..’Kalau si kecik tu dah pandai bercakap esok, mesti kamu tak terlayan cakap mereka nanti’. Adoi, pening kan~

Indahnya Perkataan Pertama si Kecil

Perkataan pertama yang dituturkan oleh bayi sering menjadi kenangan indah buat ibubapa. Good job baby, now you can talk. Alhamdulillah. Tetapi, bila anak-anak kita ketinggalan dalam kebolehan mereka untuk bercakap dengan baik pastinya membimbangkan kita sebagai ibubapa. Macam-macam teknik Azu cuba pada Aijaz. Contohnya, selalu berbual dengan dia, bacakan buku untuknya, sering menunjukkan dan menyebut pokok, kereta di sepanjang perjalanan dalam kereta. Walaupun ucapannya tak sama dari mulutnya, namun masih terdengar aaa, ataupun hujung perkataan macam kok, dah. Itu cukup membuat Azu teruja~hee

Kesesuaian dan Cara Tersendiri

Namun, satu artikel yang Azu baca ini memang membuatkan Azu lega. Kebanyakan kanak-kanak membangunkan bahasa mengikut kesesuaian dan cara mereka sendiri, kata Diane Paul-Brown, PhD, Pengarah Isu Klinikal di American Speech-Language-Hearing Association (ASHA). “Sesetengah kanak-kanak juga membangunkan bahasa pada kadar yang lebih cepat daripada yang lain.

Pencapaian Ucapan/ Bahasa Kanak-kanak

Tahukah anda? Kira-kira 15%-25% daripada kanak-kanak kecil mempunyai beberapa jenis gangguan komunikasi. Kanak-kanak lelaki cenderung untuk membangunkan kemahiran bahasa yang SEDIKIT LEWAT berbanding dengan kanak-kanak perempuan. 

Secara umumnya, anak-anak boleh dilabelkan sebagai “kanak-kanak lewat bercakap” jika mereka bercakap kurang daripada 10 perkataan pada usia 18 hingga 20 bulan atau kurang daripada 50 patah perkataan pada usia 21 hingga umur 30 bulan.

Kebanyakan pakar juga mengatakan bahawa pada usia 12 bulan atau setahun, kanak-kanak boleh menuturkan perkataan tunggal dan mungkin boleh memanggil “mama” dan “dada”. Mereka juga berupaya memahami dan mematuhi permintaan mudah (Contohnya: “Berikan saya mainan itu”.)

Faktor-Faktor Lambat Bercakap


Jangkitan telinga yang kronik dan boleh menjejaskan pendengaran juga sering dikaitkan dengan ‘lambat bercakap’. Oleh kerana ramai kanak-kanak banyak menghabiskan masa di pusat penjagaan , mereka akan lebih terdedah dengan penyakit rakan sepermainannya yang boleh membawa kepada masalah telinga, kata pakar pediatric di New York City dan juga pengarang buku The Late Talker: What to Do If Your Child Isn't Talking Yet.

Petunjuk Yang Boleh Menimbulkan Kebimbangan

Kebanyakan bayi suka mengagah semua bunyi konsonen dalam tahun pertama. Bayi seharusnya bermula untuk meniru bunyi yang dituturkan oleh ibubapa seperti ‘mama’ atau ‘dada’ dan jika bayi tidak meniru, itu merupakan satu amaran.

Lega juga bila menurut kajian, anak-anak selalunya memang sukar menuturkan bunyi “l”, “r” dan “s”. Keupayaan tersebut akan dibangunkan dengan masa, walaupun sehingga umur 7 tahun pada sesetengah kanak-kanak, kata Debora Downey, MS, Patologis Pertuturan dan Bahasa di University of lowa’s Center untuk Ketidakupayaan dan Pembangunan.

Cara Menggalakkan Anak-anak Bercakap

  • Bercakap dengan bayi dan anak kecil anda sepanjang hari termasuklah semasa mandi, menukar pampers dan semasa makan.
  • Bila bercakap dengan anak-anak, biasakan perkataan yang mudah, ringkas diucap dan difahami serta mengelakkan perkataan kompleks atau terlampau panjang.
  • Bayi anda sukakan perhatian jika mereka suka meniru ucapan dan tingkahlaku orang di sekitarnya dimana anda dapat naik turunkan nada bahasa anda dengan situasi yang bersesuaian.
  • Menyanyi dan membaca kepada anak anda sejak usia mereka dari umur bayi.

P/s: Teringat masa Aijaz bayi dulu, Azu kerap bacakan buku untuknya tapi sekarang kadang-kadang je. Nampaknya kami kena bersungguh-sungguh lepas ini untuk galakkan Aijaz bercakap supaya ummie dan babah Aijaz mudah faham. Harap berkesankan~Kalau ada cadangan dan pengalaman dari ibubapa yang lain untuk menggalakkan anak-anak bercakap, sudi-sudilah berkongsi dengan Azu ye.tq~

Setakat ini dulu ye kawan-kawan pembaca, terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga anda untuk BamBam2u, Salam sayang untuk semua~

Sumber: Marilyn C. Agin, MD, Pakar Pediatrik Pembangunan New York City. Debora Downey, MS, CCP-SP Patologis Pertuturan dan Bahasa di University of lowa’s Center, Lowa City. Paul Diane-Brown, PhD, Persatuan Pertuturan Bahasa dan Pendengaran, Rockville, MD~medicinenet.com
Image: Google

Wednesday, December 14, 2011

Normalkah Bila Anak-anak Suka Menjengketkan Kakinya Ketika Berjalan?


Salam dan hai readers,


Anak-anak anda gemar menjengket kakinya ketika berjalan? Hal ini turut terjadi kepada si kecil Azu iaitu Aijaz yang berumur 1 tahun 5 bulan. Perbuatan pelik itu memang merisaukan kami. Walaupun perbuatan pelik tu sangat jarang berlaku dan bersifat sementara sahaja namun menjadi persoalan buat kami berdua sebagai ibu bapanya. Adakah ia normal buat si kecil ini? Jom kita tengok jawapan dari pakar yang Azu baca semalam. Harap jadi info berguna buat ibu bapa yang mengalami situasi ini.

Jawapan dari Pakar Pembangunan Kanak-Kanak, Andrew Adesman

Jika dia tidak melakukan perbuatan tersebut sepanjang masa, ia mungkin tidak bermaksud apa-apa pada usia ini. Kebanyakan kanak-kanak ‘menjengket kakinya’ sekali sekala apabila mereka sedang berjalan untuk bergerak di sekitar menggunakan pelbagai objek sebagai sokongan sebagai permulaan untuk berjalan terutamanya di atas lantai yang terdedah.

Sesetengah kanak-kanak melakukannya kadang-kadang sekadar untuk suka-suka – atau dengan cara yang sama apabila mereka cuba berjalan-jalan di jalan yang retak dan tidak rata di kaki lima.

Bagaimanapun, jika anak-anak anda ‘menjengket kakinya’ secara konsisten, maka tiba masanya untuk anda berbincang dengan  pakar kanak-kanak/pakar pediatrik. ‘Menjengket kakinya’ dengan kerap boleh memberi isyarat kepada masalah yang berbeza paling serius iaitu ‘cerebral palsy’ (Sekiranya anak-anak lahir pra-matang, anda perlu lebih mengawasi mereka kerana mereka mudah cenderung untuk jatuh dan tertiarap kerana terdedah kepada cerebral palsy yang dipanggil 'diplegia' yang melibatkan separuh dari bawah badan.

Ia merupakan masalah fizikal dan tidak normal tetapi sesetengah kanak-kanak akan mengalami ‘Achilles tendons’ iaitu bermakna adalah sukar atau mustahil untuk mereka berjalan berkaki rata tanpa bantuan. Masalah ini umumnya boleh dirawat samada dengan pembedahan atau bukan pembedahan untuk meregangkan ‘Achilles tendons’.

‘Menjengket kaki’ dengan tiada masalah fizikal dikenali sebagai ‘Jengket Kaki idiopathic’ dan sering dilihat di kalangan kanak-kanak yang mengalami gangguan perkembangan, walaupun kita tidak tahu apakah sebabnya. Sekiranya anak-anak anda mengalami situasi ini, pakar pediatric akan menilai dari pelbagai aspek iaitu ujian neorologi atau melihat kepada tumbesaran yang tertangguh. Jika keputusannya normal dan anak-anak anda tiada masalah tumbesaran, maka mereka tidak perlu terapi dan akan membesar dengan caranya sendiri.

Pandangan Azu dan babah Aijaz secara peribadi menganggap perbuatan Aijaz menjengketkan kakinya kerana dia ingin lebih tinggi untuk mencapai setiap objek tinggi yang kami sorokkan. ~Memang tak sangka dan terkejut jugak bila dia dapat mencapai hampir semua objek yang kami sorokkan di tempat tinggi. Kadangkala kami terlupa yang si Aijaz semakin besar dan tinggi, sekarang sudah 79 cm...wow! Hampir separuh dari tinggi Azu.hehe~


Azu harap si Aijaz sihat dan membesar dengan caranya sendiri. Wahai ibu bapa yang dikasihi, cuba perhatikan anak-anak kita berjalan, adakah seperti biasa atau sering menjengketkan kakinya? Jangan lupa memantau aktiviti harian mereka yang menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa yang prihatin.~Prihatin kerana semuanya demi masa depan mereka kan.;)

Salam sayang dari BamBam2u!

Sumber: Babycenter.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...