Wednesday, March 14, 2012

Teknik Merangsang Minat Membaca Anak-Anak

Salam dan hai readers,


Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Minat membaca tidak datang sendiri melainkan dipupuk dan dididik lebih awal. Sama macam kita membaja, merumput dan akhirnya tumbuhlah pokok yang tumbuh kuat dan mengeluarkan buah. Begitu juga dengan anak-anak kita~Ingin Azu kongsikan tips dan teknik untuk meransang anak-anak membaca dari sebuah buku hasil nukilan Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Ph.D.

Perkara pokok yang perlu dititikberatkan adalah menanam minat. Pelbagai teknik untuk menanamkan minat membaca yang perlu dibuat dengan penuh kesabaran tanpa paksaan. Emm, jangan terkejut kalau minat membaca ini perlu disemai sejak anak itu dalam perut ibu lagi~Indahnya ciptaan tuhan kan.


Teknik Meransang Minat Membaca di kalangan Anak-anak

1. Semasa hamil, elok ibu membaca Quran ataupun berzikir dan diperdengarkan kepada janin.

2. Melapangkan sedikit masa bagi mengajar anak dengan aktiviti yang berkualiti:

  • Tulis perkataan ringkas dengan besar dan berwarna seperti ' S U S U'. Bacakan dan eja dengan jelas dan penuh kasih sayang.
  • Guna kad bergambar (flash card) dan diikuti tulisan. Tunjuk kepada anak gambar, kemudian eja perkataan ataupun maklumat gambar itu.
3. Semasa dalam kenderaan, bacakan ataupun baca bersama dengan anak-anak nama-nama jalan, nombor plat kereta, papan tanda iklan dan sebagainya.~Aktiviti yang selalu Azu buat bila Azu masih kecil, siap kira jumlah no plat kereta orang. hehe.

4. Bahan bacaan tidak semestinya ilmiah, cukuplah sekadar membaca akhbar ataupun majalah.~kadang-kadang komik pun Azu berikan pada Aijaz bila Aijaz suka tengok gambar-gambar kartun.

5. Setiap kali shopping, bawa anak sebentar ke kedai buku.~contohnya MPH, Popular, Borders memang cukup menarik sebagai tempat singgah dan galakkan Aijaz membaca.

6. Terdapat juga ensiklopedia khas yang menarik untuk kanak-kanak.

7. Tunjukkan contoh teladan yang baik iaitu ibu bapa perlu menunjukkan minat membaca dengan cara selalu membaca dihadapan anak-anak.

8. Semasa ibu atau ayah membaca, letakkan anak yang masih bayi di pangkuan dan baca dengan kuat.

9. Sentiasa membawa anak ke medan ilmu seperti ke pesta buku, pameran buku, kedai buku, perpustakaan dan seumpamanya.~Hari minggu memang kami sering bawa Aijaz ke perpustakaan. Walaupun lebih banyak bermain dari membaca buku, namun rasanya itu pendedahan awal yang baik untuk Aijaz.

10. Apabila bercadang membelikan hadiah, beri hadiah buku seperti buku cerita, ensiklopedia, kamus, buku bergambar dan sebagainya.

11. Membiarkan anak bermain dan bergaul dengan buku. Jangan membeli buku tetapi didimpan di dalam almari sahaja.

12. Menyediakan peruntukan kewangan ataupun tabung bagi membeli dan menyediakan bahan-bahan bacaan, termasuk langganan majalah kanak-kanak dan menyediakan perpustakaan di rumah.

13. Didik anak supaya tahu mengambil dan menyimpan semula buku di tempatnya.

14. Buku perlu bergambar besar dan galakkan anak membuka sendiri muka surat.

15. Jangan memarahi anak kecil yang bermain dengan buku-buku anda. Sebaliknya, buku-buku perlu diletakkan di tempat yang mudah diambil oleh anak.


16. Membacakan buku cerita dan kisah-kisah nasihat kepada anak. Contohnya, semasa minum petang ataupun sebelum tidur. Aktiviti ini boleh dimulakan seawal umur 6 bulan.~Sejak Aijaz umur 5 bulan lagi Azu sudah belikan buku kain bergambar untuknya, walaupun hanya untuk beberapa saat, tapi Aijaz cukup teruja dengan buku yang penuh dengan warna!~

17. Menyediakan tempat khas supaya anak dapat mengambil dan menyimpan sendiri bukunya. Boleh juga disediakan beg ataupun bakul khas supaya anak dapat membawa buku kemana sahaja terutamanya perjalanan ayng jauh.

18. Membiasakan membeli buku apabila anak meragam sebagai menggantikan meinan bagi mententeramkannya.~Kami memang jarang belikan Aijaz mainan memandangkan hadiah mainan masa befday Aijaz masih tak terhabis main.

19. Sentiasa memberi pujian penghargaan kepada usaha-usaha dan pencapaian anak bagi membaca.~Apa lagi mampu Azu puji Aijaz bila dia sedang leka membelek buku yang penuh dengan gambar seperti buku kegemaran Azu iaitu PaMa. Good boy, anak ummie!~

Semoga teknik-teknik tersebut memberi ransangan yang baik untuk anak-anak kita membaca. Biarpun beberapa saat, bila dilatih setiap hari pasti satu hari nanti anak-anak yang minta kita bacakan buku untuknya tanpa disuruh. Masa itulah saat yang paling kita nanti-nantikan ye. Insyaallah. Harap Aijaz pun begitu~

Salam sayang dari BamBam2u. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ibubapa yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya termasuklah diri Azu sendiri~


Sumber: Anak Kita Memang Pintar Cerdas, Penulis: Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Ph.D., Muka surat: 134-137, Tahun 2006, PTS Millennia Sdn Bhd.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...