Thursday, May 3, 2012

Bagaimana ‘5M’ Mampu Menghentikan Bayi dari Menangis



Salam dan hai readers,

Itulah persoalan yang kerapkali membelenggu ramai ibubapa baru termasuklah diri Azu sendiri. Empat bulan lagi Azu bakal menimang seorang lagi bayi baru namun masih keliru teknik dan cara untuk menghentikan tangisan bayi yang kadang-kadang memberi tekanan pada hasben dan diri Azu sendiri walaupun pengalaman ini untuk kali ke-2. Adoii~bila nak terror ni. Bagi Azu, menjadi ibu bapa sekarang bukan perkara mudah. Ilmu perlu dituntut setiap masa sejak anak masih bayi sehinggalah anak mencapai akil baligh dan dewasa. Harap pembacaan ringkas Azu ini dapat Azu kongsikan bersama ibubapa yang lain.

‘5M’ itu merangkumi Membedung, Memeluk, Mendiamkan, Membuai dan Menghisap. Itulah ‘5M’ yang Azu maksudkan dengan tajuk entri Azu kali ini. Bagaimana menenangkan bayi yang menangis agaknya ya?

‘5M’ melibatkan ‘membedung’ bayi dalam selimut seperti dalam kantung ibu, ‘memeluk’ erat dalam dakapan anda, ‘mendiamkan’ bayi dengan membuat pelbagai bunyi yang menarik perhatiannya, ‘membuai’ mereka seolah-olah dalam buaian atau menukar posisi baring mereka yang asal dan memberi puting untuk mereka ‘menghisap’ samada payudara si ibu atau puting botol susu. Dipercayai bayi sangat senang apabila dipeluk dan diberi susu ibu walaupun kadang-kadang mereka tidak minum. Mungkin tabiat bayi itu sangat memberi ketenangan bagi mereka untuk berhenti menangis.


Ini adalah hasil kajian Dr Harvey Karp yang merupakan seorang pengarang buku ‘The Happiest Baby on the Block’. Kajian ini berkesan kerana beliau mereplikakan persekitaran rahim untuk menangani tangisan bayi. Ia umpama satu simpfoni sensasi dan penjaga di zon paling tenang bagi bayi. Bayangkan je lah si janin membesar menjadi seorang bayi selama 9 bulan dalam perut si ibu? Kuasa Allah kan~

Kajian sebelum ini menunjukkan ‘5M’ menjadi pelega kesakitan yang berkesan setelah melakukan imunisasi bayi namun tidak berkesan ke atas bayi berusia 5 bulan pertama. Namun hasil kajian terbaru Dr Harvey Karp mendapati bayi menangis bukan sahaja kerana imunisasi tetapi melibatkan banyak faktor seperti takut terhadap dunia baru yang dialaminya, penyusuan bayi yang gagal dan gangguan sindrom bayi, kata Karp tentang strategi menangani tangisan bayi dan kemarahan kanak-kanak dalam Persidangan Kebangsaan berkenaan Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak di Washington, D.C.

Selalunya, ibubapa yang bekerja memang sukar melakukan ‘5M’ ini dengan betul dan tepat kerana pemerhatian yang teliti dan kerap diperlukan ke atas bayi mampu memberi kelebihan kepada ibu sepenuh masa untuk menilai dan berfikir dengan mendalam bahawa bunyi vakum pun mampu meredakan tangisan bayi kecil. Menakjubkan bukan?

Pernah satu ketika dulu bila Aijaz menangis sangat kuat dan bila dipujuk dengan benda-benda biasa pun tak berkesan pada Aijaz. Alhamdulillah, Angah (kakak) Azu kebetulan di rumah Azu masa itu pun jenuh gak berusaha dengan macam-macam cara sampailah dibawanya Aijaz ke dapur. 

Bila diketuk-ketuk kuali dengan sudu, tangisan Aijaz tiba-tiba reda. Mata dia besar je tengok dan dengar bunyi kuali bila diketuk. Beberapa minit jugaklah aktiviti ketuk mengetuk tu diteruskan sehingga Aijaz betul-betul nampak selesa dan kemudian terus ditepuk dan dapat ditidurkan dengan mudah. Siapa tahu kan banyak aktiviti dalam rumah kita yang boleh dijadikan ‘umpan’ untuk meredakan tangisan si kecil? Tak sangka jugak taktik bunyi kuali diketuk mampu menarik perhatian si Aijaz tu. Isk isk banyak lagi yang Azu kene belajar dari pakar-pakar terutamanya dari mak dan kakak-kakak Azu yang lebih berpengalaman. Insyaallah~

Harap artikel dan cerita ini dapat memberi sedikit manfaat buat kawan-kawan pembaca semua. Terima kasih kerana sudi singgah di BamBam2u~Datang lagi ye!

Sumber:
Dailymail.co.uk
Moms.today.msnbc.msn.com

2 comments:

roha said...

Tips yg best. X sbr nk tgu ahli kluarga baru :)

azu said...

insyaallah roha.one day bila ade ahli baru dlm family mmg seronok..hidup lebih bermakna kan;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...