Wednesday, April 18, 2012

Teknik Pernafasan Mengurangkan Tekanan?

Salam dan hai readers,

Bila hamil ni memang Azu akui sukar untuk mengawal emosi terutamanya bila terlalu penat, letih~ eh, sama je tu kan, mengantuk dan sebagainya terutamanya bila melayan kerenah si Aijaz sorang-sorang yang kadangkala menyenangkan dan kadangkala 'menyentuh sensitiviti' si ibu ni.~ Maklumla bila En hasben keje jauh..En hasben bagi tips untuk kontrol emosi dan tekanan Azu melalui pernafasan. Tapi macam mana ye? Terus google cari artikel berkaitan. Jom, mana tau ada ibu-ibu di luar sana mengalami tekanan macam Azu ni~isk isk kot-kot Azu sorang je kot hadapi situasi cam gini. Hehe, takpe lah nak kongsi jugak dengan readers semua~senyum ye;)

Teknik Pernafasan boleh membantu Menguruskan Tekanan~

Menarik nafas sedalam-dalamnya dan jangka masa yang lebih panjang dari biasa juga dikenali sebagai pernafasan yang berhubung terus dengan diafragma.
Kepentingan: Membantu badan dan minda anda pulih dari keadaan tertekan.

Proses Bernafas dari Diafragma

Langkah: Melonggarkan otot abdomen anda dengan bernafas sehingga kedua-dua dada dan abdomen anda berkembang kira-kira satu inci seperti yang anda sedut dan kembali ke bawah seperti anda menghembus nafas.

Sebaik saja anda berasa selesa melakukan proses bernafas ini berulang kali, cuba ambil sepuluh nafas sedalam-dalamnya sambil membilang dari 10 ke angka sifar. Dengan nafas yang pertama tadi, seperti yang anda sedut dan berkata 'sepuluh' kepada diri sendiri kemudian terus menghembus nafas tadi. Kemudian tarik nafas dan berkata 'sembilan' kepada diri sendiri dan berterusan sehingga angka sifar. Bila sudah mencapai sifar, anda mungkin mendapati diri anda berasa lebih baik daripada semasa anda mula tadi. Stress hilang?? Betul ke ni?

Berkesan atau tidak, balik rumah hari ini Azu nak cuba teknik pernafasan ni. Mana tau menjadi ke, kalau tak jadi..abah Aijaz balik rumah hari ini bolehlah layan kerenah dak Aijaz sementara ummie Aijaz praktis teknik pernafasan ni sampai berjaya ye..Wish me luck~hehe

~konon nak ikut gaya ummie dia pakai baju, cam gini dah rupanya..pastu tunggu dia jerit bila baju tak mau tanggal dari kepala~hah layan!

Salam sayang dari BamBam2u~Terima kasih sudi singgah menjenguk. Singgah lagi ye ;)

Sumber:

Babycentre.com, image: google

4 comments:

fazitaismail said...

masa ita preggy kat adam dulu pun ada jgak rasa mcm tu..kekadang nk tidur jekk seharian..

tp xpenah lak amalkan teknik pernafasan tu..try lah azu cuba kot2 menjadi ker..hehe

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

bagusnye info... sangat2 membantu.. nieza akui nieza pon kerap penat.. dengan bawak perut lagi...melayan kerenah anak lagi... kadang-kadang rase jugak 'naik hantu'.. tapi seb baek masih kuat bersabar... anak2 sebesar tu mane paham ape yang kite alami... die masih lagi dalam dunia meneroka... thanks sharing for the info... rase bersemangat sket :)

QueeN TerataI said...

sya pun mengandung skrg ni dan mmg mudah lletih dan terasa semput.. dan teknik ni mmg berkesan.. :)

azu said...

fazitaismail:insyaallah.mesti try!
nieyxzha:haha.yelah.bila naik hantu kt budak kecik tu, pastu sian pulak kan.
queen teratai: bila dh jd pembawak budak mmg cepat semput, hrp teknik ni bkesan kt azu. insyaallah.thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...