Tuesday, March 20, 2012

Kegembiraan dan Kesakitan Hamil di Trimester Kedua

Salam dan hai readers,



Alhamdulillah, syukur  kehadratnya bila menjelang kehamilan minggu ke 15, simptom Trimester Pertama yang merunsingkan Azu di entri Azu sebelum ini  iaitu  HAMIL TAPI SUSAH NAK MINUM SUSU  semakin berkurang dan reda. Perasaan suka, gembira, duka dan kesusahan ketika hamil sering membelenggu ibu-ibu hamil setiap masa termasuklah diri Azu sendiri. Harap perkongsian ini memberi manfaat buat semua ibu-ibu hamil diluar sana~

Kegembiraan saat ini

i) Mual dan Muntah Mula Hilang

Kini, bila dah masuk Trimester Kedua memberi nafas baru buat Azu. Bukan apa, simptom mual dan muntah sebelum ini sudah beransur hilang, pening kepala pun berkurang, semakin kuat dan bertenaga berbanding dahulu Azu kerap keletihan kerana kerap muntah, makan juga semakin berselera biarpun Azu memang jenis suka makan~hee.

ii) Merancang Percutian


Selain itu, mood semakin baik dan kerap tersenyum kerana lebih selesa dengan keadaan badan sendiri. Seronok juga bila masa inilah kita boleh merancang percutian jarak jauh atau jarak dekat sementara menunggu saat kelahiran bayi nanti.

iii) Merasai Pergerakan Halus si Kecil

Perkara paling seronok saat ini ialah Azu sudah mulai rasa pergerakan halus dalam perut. Kata orang, seakan kupu-kupu terbang dalam perut kita. Mungkin si kecil tengah menguap, menggeliat atau berguling-guling dalam tu? Haha, itulah saat paling indah buat semua bakal-bakal ibu kan. Alhamdulillah~

Kesakitan yang mungkin dialami oleh ibu Hamil

i) Kerap rasa PANAS


Bila rahim mengembang dan perut semakin membesar, Azu dah mula rasa kepedihan yang disebabkan oleh ligamen regangan dalam abdomen, perut yang meregang di bahagian tepi kerap terasa panas dan rasa hangat mula dirasai hampir di seluruh badan. Azu rasa teruk bila sebelum ini Azu yang selalu minta kurangkan kelajuan kipas dengan En Hubby, sekarang dah terbalik. Azu tetap rasa panas walaupun kipas tu sudah mencapai kelajuan maksimum. Kata orang, bila terasa panas itu tandanya anak dalam perut kita sedang bermain dalam perut dengan aktif. Agaknya mungkin tengah berguling-guling dan bermain dengan tali pusat kita. Kalau betul, Azu sungguh tak kisah. Apa yang penting baby dalam perut Azu membesar dengan sihat dan aktif.~Insyaallah.

ii) Kerap berkunjung ke TANDAS

Demi saranan doktor untuk minum air dengan banyak supaya kita kekal terhidrat sepanjang hari selain memastikan air ketuban sentiasa mencukupi, tempat kegemaran Azu sekarang ialah tandas. Kerap ke tandas walaupun minum sedikit, kalau minum banyak maunye 10 kali masuk tandas dalam sehari. Rimas jugak jadi ratu tandas ni kan~tapi Azu layankan aje.

Itulah saat-saat indah yang menggembirakan dan saat-saat kesakitan ringan yang Azu hadapi di minggu ke 16 iaitu Trimester Kedua ini. Azu yakin semua ibu-ibu hamil di luar sana akan dan telah mengalami saat-saat itu dan mungkin juga berbeza dengan pengalaman Azu. Bila cerita kita berbeza kan lebih seronok untuk berkongsi kan.

Terima kasih kerana sudi singgah membaca secebis kisah anak-anak kita dan cerita ibu hamil yang macam-macam kerenahnya. Hehe~salam sayang dari BamBam2u!

Sumber:
Babycentre Malaysia
image: Google

2 comments:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

tak tau plak psl panas tu... kalau betul kte panas sbb baby active kat dalam.. ok la tu.. skang ni nak tido pon rase nak bukak baju...huhu

azu said...

hehe.namapun pembawa budak.lg besar perut kita, mmg lg cepat panas..even di mlm hari.baby dlm perut mengaktifkan sekali ibu dia.;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...