Thursday, March 15, 2012

Gambar Wad Bersalin di Filipina Yang Sangat Menyedihkan


Salam dan hai readers,


Dunia tersembunyi? Kalau Azu tak baca artikel ini, sampai bila pun tak tahu situasi genting Hospital Besar di Manila yang menempatkan 300 orang ibu dan anak dalam sesatu masa. Bayangkanlah~Opps memang sukar nak menggambarkan keadaan sesak disana kan.

Selamat datang ke wad bersalin Dr Jose Fabella Memorial Hospital di Manila. Pada satu-satu masa terdapat lebih kurang 300 ibu dan anak mereka ditempatkan didalam wad ini. Jika korang nak tahu Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai kenaikkan populasi tertinggi iaitu 2% setahun. Di hospital ini, purata kelahiran bayi seharian ialah 60 orang. Rekod tertingginya ialah 100 orang bayi dalam masa 24 jam! Purata kelahiran bayi sehari di negara ini pula ialah 200 orang sejam! Akibatnya Dr Jose Fabella Memorial Hospital, sebuah katil akan dikongsi oleh 3 orang ibu baru pada satu-satu masa.

Persoalannya disini mengapalah padat sangat? Oh jawapannya sangat mudah. Filipina ialah sebuah negara Roman Katolik. Paus tidak membenarkan penganut Katolik memakai kondom, memakan pil perancang, melakukan pengguguran atau apa saja bentuk perancangan keluarga. Kesemua ini dianggap berdosa kerana "melanggar kehendak tuhan". Di Filipina 90% penduduknya adalah katolik.

Presiden Beningno Aquino III cuba untuk mengurangkan kadar kelahiran di Filipina dengan memperkenalkan pengajian seks di sekolah dan kempen perancangan keluarga bagi mengawal populasi Filipina yang telahpun mencapai 90 juta orang! Walaupun cadangan beliau mendapat sokongan rakyat, pihak Gereja Katolik Filipina menentang sehabis-habisnya cadangan Presiden. Mereka memberi amaran akan menyisihkan beliau dari gereja Katolik. 

Inilah rupa wad bersalin di sebuah hospital di Filipina serta masalah ledakkan kadar kelahiran akibat campur tangan golongan tak masuk akal suatu agama.



Salam sayang dari BamBam2u untuk semua. Semoga setiap cerita menjadi iktibar untuk semua dan diri sendiri~Terima kasih kerana sudi membaca!

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 

(Hadis riwayat Al-Qudhi)


Sumber & Kredit untuk: 

7 comments:

miezaniera said...

paling tersentuh tgk gmbr yg trakhir..;) apakah perasaan mereke setelah hadir ke dunia baru..;)

azu said...

walopun diorg tak faham apa2 tp kejadian luar biasa ni cukup berat mata memandang;(

fazitaismail said...

keciannya...

seksa betul tgok kaum ibu terhimpit2 mcm tu...bersyukurlah dgan negara kita kan...)

Vanilla Chocolate said...

wow..giler ramai..kongsi katil cmtu..mcm main ibu2 dodoi anak..
masyaAllaah..apa la punya pemikiran dia punya pihak gereja..

azu said...

fazitaismail: bersyukur dgn situasi negara kita.aman n cukup kemudahan esp utk gol yg kurang mampu.
vanilla chocolate:dodoi anak kt riba sendiri je.salah kepimpinan, rakyat jd mangsa kan.

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

sesakkk... sian diorg.... mcm mane la diorg leh sesuaikan diri berada dlm keadaan mcam tu...

azu said...

nieza: kesian kan..terpaksa tu;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...