Wednesday, March 28, 2012

Anak-Anak Penguji Kesabaran IbuBapa

Salam dan hai readers,


Anak-anak itu ANUGERAH terindah dari Allah SWT. Bila teringat je ayat tu rasa marah seorang ibu mampu reda bila anak-anak buat perangai atau tak mendengar kata. Aijaz pun baru setahun 8 bulan atau 20 bulan, masih belum mampu berfikir mana yang baik dan buruk kan~

Perkembangan kanak-kanak 20 BULAN

Mengikut pembacaan ringkas Azu, kanak-kanak 20 bulan ni sudah mampu untuk berlari, menaiki tangga dan menuruni tangga (kadang-kadang dengan bantuan kita), menendang bola tapi belum lagi berani melompat dari tempat yang lebih tinggi seperti sofa atau kerusi. Itu kelebihan mereka yang membuatkan kita sebagai ibu bapa akan sentiasa teruja dengan perkembangan mereka yang sangat pantas. 

Nama pun BUDAK-BUDAK kan~

Tapi, perkembangan mereka yang terlalu aktif boleh membuatkan kita pening dan tak tahu nak buat apa kan. Kejap-kejap search google, tak puas hati lagi telefon mak bapak di kampung kenapa anak-anak kita macam ini macam itu. Soalan Azu pada mak baru-baru ni, "Kenapa Aijaz ni susah nak dengar cakap kita?". Jawapan mak Azu senang je. Budak-budak biasalah tu. Mana la faham lagi kamu cakap apa. Emm, kadang-kadang Azu terlupa mereka kan budak-budak. Azu dulu pun agak-agak macam tu jugak kot~Lupa diri sendiri kan~huh


Tingkahlaku yang MEMENINGKAN

Aktiviti Aijaz yang paling menguji Azu ialah Aijaz kerap membaling objek-objek kecil iaitu barang permainan dia. Tak kurang juga bekas-bekas kosong yang menjadi kegemarannya untuk tuang air ke dalamnya. Bila dah terkena memang sakit jugak rasanya walaupun sekejap. Kalau selalu kena, dan jika tak dihalang boleh benjol gak kepala ni~

Apa yang Azu buat? 

Azu tegur Aijaz, peluk dia dan beritahu dia apa yang dia buat itu salah dan membuatkan orang lain sakit. Kata abah Aijaz, kalau marah Aijaz pun bukannya dia faham. Kalau dipukul sekalipun, bukannya lepas tu dia tak buat balik...entah-entah dia pukul kita balik. Emm, tak mahulah ajar benda tak baik pada anak kecil ni. 

Faktor-faktor Penyebab 

Selalunya budak-budak umur 20 bulan ni kerap inginkan perhatian dari orang sekelilingnya terutama mak bapak. Kerapkali Azu dan abah Aijaz tengok Aijaz ni kerap buat perangai bila kami tengok tv, masa kami solat, bila tiba masa dia lapar dan sangat mengantuk..haaa satu lagi. Tak ketinggalan juga bila Aijaz rasa basah  dan tak selesa kerana poo poo nye tu. Mungkin Aijaz nak beritahu dia tak selesa~yelah nak cakap memang kami pun tak faham lagi butir bicaranya, maka ada jelah kijenya kan~Sabar jelah kan.

Peringatan buat DIRI SENDIRI

Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Banyak lagi cara nak tegur anak. Azu tak nak anak-anak Azu membesar dengan perasaan benci dan marah kepada ibu bapanya. Tegur biar lembut tapi tegas. Peringatan itu untuk diri Azu sendiri untuk sentiasa beringat untuk mendidik mereka dengan sebaik-baiknya. Insyaallah~Anak-anak memang Penguji Kesabaran kita sebagai ibubapa kan~


Salam sayang dari BamBam2u. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca kisah seorang ibu yang mencari-cari peluang untuk menjadikan anak-anaknya insan yang berguna satu hari nanti. Senyum~

6 comments:

Unknown said...

itulah cabaran kita sbg ibubapa.. mmg anak2 penguji kesabaran kita.. bg ibubapa yg mampu bersabar besar ganjaran yg allah berikan.. Waallahualam

azu said...

yup. setuju. Cabaran as parents mmg xpernah habis.hrp mampu n berupaya demi anak2 tersayang.insyaallah.tq

Suriada Sulong said...

bila nak marah cuba tenangkan diri seboleh mungkin. ingt balik zaman kita kanak2 mesti kita pun nakal. mcm mana mak kita sabar dgn kerenah kita. hidup nie ibarat roda. skrg tggjwb kita pulak mendidik :-).

azu said...

suriada, mmg betul..bila terkenang zaman budak2 dulu, rs cm kita mmg plg nakal.bole pulak makbapak tahan ngn perangai kita kan.yup..skrg masa kita pulak didik sebaik2nya.insyaallah.tq

Unknown said...

betul sgtlah..aku ni dah 2 org anak.. lelaki plak tuh.. anyway anak tu pmbawa rezeki..

azu said...

mohammad:betul.budak2 lelaki ni mmg bole tahan gak kan.tp setuju, cane pun..diorg mmg pbawa rezeki n kita mmg kna byk sabar;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...