Salam dan hai readers,
Kata orang ibu perlu tambah pengetahuan dengan membaca pelbagai buku-buku menjelang kelahiran permata hati. Bapa atau bakal ayah juga tidak ketinggalan tau! Alhamdulillah abah Aijaz belikan pelbagai jenis buku keibubapaan untuk Azu sebelum si kecik tu dilahirkan dan kami akan baca sama-sama atau salah seorang dari kami akan baca dan ceritakan pada salah seorang dari kami dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah wahai kawan-kawan pembaca, perihal anak yang bakal lahir adalah tanggungjawab bersama dan sangat penting terutamanya buat bakal ibubapa yang pertama kali. Itulah yang selalu kami sebagai ibubapa Aijaz saling ingat-mengingati antara satu sama lain~tak mau lupa sampai bila-bila, mana tau leh menurunkan ingatan warisan ini buat cucu-cucu kami pulak..insyaallah. heee
Okeh, berbalik kepada tajuk utama kita. Satu artikel ini menarik minat Azu untuk dikongsi bersama readers semua. Konon-kononnya perkongsian mesra si isteri untuk si suami lah. Semoga en suami-suami atau semua bakal-bakal bapa sudi membacanya.
1) Tumbuh bulu di badan lebih banyak dari biasa
Si suami atau bakal ayah jangan terkejut atau tersalah cakap atau dengan kata mudahnya mengkritik isteri/ ibu hamil yang sedang mengalami perubahan ketara dalam penampilan mereka terutamanya bila tumbuhnya bulu halus di badan yang lebih dari biasa. Saat hamil ini memang mudah menyentuh perasaan mereka untuk sensitif atau merajuk dengan anda. Ingat, tak semua ibu hamil mengalaminya~
Penyelesaian: Kasihi dan sayangi mereka lebih dari biasa. Jika ia benar-benar mengganggu anda, haruslah diingat bahawa ia hanya sementara dan untuk tujuan yang lebih baik.
2) Kehilangan atau keguguran rambut yang banyak
Selepas melahirkan anak, sesetengah wanita akan kehilangan rambut yang banyak. Rambut mereka akan menjadi semakin nipis. Tapi, jangan bimbang.
Penyelesaian: Yakinkan pasangan anda bahawa rambut itu akan tumbuh dan panjang semula.
3) Dia mungkin menjadi seseorang yang rabun
Ibu hamil mengalami pelbagai perubahan hormon yang mungkin menyebabkan masalah mata semasa mengandung. Walaupun sesetengah masalah boleh dijangka, anda juga harus sedar bahawa masalah rabun itu mungkin tanda-tanda kencing manis atau tekanan darah tinggi.
Penyelesaian: Jadi, jangan terlalu leka dan sering ingatkan pasangan!
4) Mengikut statistik hanya satu dalam 10 wanita bersalin apabila air ketuban ‘dipecahkan’. Ibu hamil, jangan tahan nafas setelah air ketuban dipecahkan. Emm, selalunya air ketuban tidak akan dipecahkan dengan begitu mudah sehinggalah ibu hamil tadi mencapai tahap dan masa yang sesuai untuk melahirkan anak.
5) Payudaranya mungkin basah dan bocor
Ada sebilangan si suami tidak sabar-sabar melihat isteri mereka mempunyai dada yang lebih besar apabila mengandung. Perubahan yang agak menarik kan~Walaubagaimanapun, dalam persediaan untuk menyediakan susu, anda mungkin mendapati payudara pasangan anda bocor semasa 2/3 terakhir kehamilan. Kadangkala ia kelihatan seperti tompok-tompok kecil yang basah di baju dan kadangkala menitis lebih banyak. Penyelesaian: Jangan kritik malah tenangkan pasangan anda dan beri sokongan padanya untuk menyusu bayi sepenuhnya bila tiba masanya nanti.
6) Beliau mungkin tidak suka imej diri sendiri
Bergantung kepada si suami yang pastinya menyukai badan yang berubah-ubah dan terpesona dengan lengkung baru dan benjolan. Namun, tidak bagi ibu hamil kerana mereka sering berasa buruk terutamanya strech mark, lemak di badan yang seakan-akan dipam-pam atau dalam erti kata lain mereka akan berasa sangat rendah diri.
Penyelesaian: Anda patut sentiasa memuji pasangan yang mereka masih cantik seperti dulu. Kadangkala, mereka tak dapat terima pujian itu, namun sekurang-kurangnya ia dapat melegakan kerisauan mereka walaupun seketika.
7) Sembilan bulan bagaikan seumur hidup
Mungkin tidak banyak masa anda untuk menyimpan lebih banyak wang buat bakal bayi baru lahir.
Penyelesaian: Namun, jadikan masa yang singkat ini untuk bertenang dan tidak memikirkan masalah kewangan yang keterlaluan sebaliknya berkongsilah pengalaman indah ini bersama ahli keluarga yang lain dan berkongsi kegembiraan yang anda bakal menjadi seorang ayah baru!
8) Ibu hamil mungkin tak dapat tidur lena
Berpusing ke kanan dan ke kiri semasa dengan perut yang besar bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya ketika bangun dari tidur.
Penyelesaian: Bangun dan bantulah pasangan bangun terutamanya ketika sakit atau mengalami cramp di kaki.
9) Mimpi indah
Ramai wanita bermimpi lebih kerap ketika mengandung. Tidak pasti kenapa, tetapi ia boleh disebabkan oleh perubahan hormon atau corak tidur yang terganggu. Mungkin dia mimpikan pelbagai impian tercapai dengan gambaran hutan dan lautan.
Penyelesaian: Dengar dan responlah secara baik setiap kali mereka ingin berkongsi mimpi dan impian mereka dengan anda setiap kali bangun dari tidur walaupun anda bosan mendengar mimpi mereka yang sama hampir setiap hari!
10) Rutin ke tandas
Anda tahu tak betapa payahnya pasangan anda perlu bangun di tengah-tengah malam untuk ‘singgah’ ke tandas? Sering menahan pundi kencing untuk ketawa?
Penyelesaian: Galakkan pasangan anda untuk sentiasa minum air yang banyak walaupun keadaannya sedemikian dan pastikan anda berhenti di RnR jika merancang perjalanan yang jauh.
Nampaknya 10 inilah yang paling utama yang boleh Azu kongsikan. Mungkin ada lagi luahan si isteri hamil untuk bakal bapa di luar sana. Tak kisahla apa sekalipun..apa yang penting suami isteri perlu sentiasa berkongsi segalanya bersama terutamanya melibatkan si kecil yang bakal lahir nanti. Anugerah terindah kan~Thanks my dear hasben and abah to Aijaz for your fully support just for me..;) Segan pulak nak letak pic Azu tengah pegnen Aijaz dulu. Nantilah ye. Akan tiba saatnya~isk2
Salam sayang dari BamBam2u untuk semua. Terima kasih kerana sudi singgah di sini~
Sumber: motherandbaby.ninemsn.co.uk/pregnancy and birth
2 comments:
Semua tu OK tapi bab sensitif dan tiba-tiba be4rubah tingkah laku..tu kena sabar...huhuhu
en hanif, sensitif tu mmg natural bg isteri hamil. sabar ye.byk hikmah tu. nnti bini lagi sayang~
Post a Comment