Salam dan hai readers,
Ketika usia anakmu 1-7 tahun, beri dia sepenuh kasih sayang. Jika dia suka digeletek, geleteklah, jika dia suka naik atas belakangmu, izinkanlah, jika dia suka dikejar, kejarlah... Asalkan hubungan menjadi rapat.
Ketika usianya 7-14 tahun, didiklah dengan tegas. Katakan apa yang boleh dan tidak. Rotan jika perlu.
Ketika usianya 7-14 tahun, didiklah dengan tegas. Katakan apa yang boleh dan tidak. Rotan jika perlu.
Ketika usianya telah melepasi 14 tahun, didiklah dia sebagai seorang kawan. Dengar ceritanya, fahami jiwanya...
~iluvislam.com~
Alhamdulillah, seronok rasanya bila tengok anak membesar dengan sihat, comel dan manja. Namun sebagai ibubapa, sedarkah kita peranan kita mendidik anak-anak sangat besar dan berat? Semuanya bermula dari alam rahim, di dalam perut ibu, bayi yang baru dilahirkan sehinggalah dewasa iaitu dapat mengenal dosa dan pahala.
Berilah kasih sayang sebanyak-banyak kepada bayi yang baru dilahirkan sehingga 7 tahun kerana lingkungan umur ini, anak-anak selalunya masih dalam proses belajar dan menerima apa saja dari kita sebagai ibu bapa. Ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak menjadi 'siapa' di masa hadapan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kita menentukan corak kehidupan mereka.
Pada usia 7-14, anak-anak semakin kreatif dengan kehidupannya. Semakin pandai berkata-kata mahupun melawan. Tapi bila ditegur dengan berhemah dan bijaksana pasti lembut hatinya untuk menerima ajakan dan arahan kita sebagai ibu bapa. Tidak semestinya mesti mengikut segala kemahuan anak-anak tetapi ibu bapa harus bertolak ansur dengan memberi contoh terbaik untuk mereka memahami maksud kita yang sebenarnya. Rotanlah di kakinya sekiranya perlu untuk memberi pengajaran terbaik buat anak-anak!
Berbeza pula apabila anak-anak meningkat remaja iaitu pada umur melepasi 14 tahun, jadikanlah mereka teman dan kawan karib kita. Pada saat ini mereka perlukan kasih sayang serta perhatian kerana mereka amat memerlukannya untuk berhadapan dengan kawan-kawan serta orang dewasa. Mereka perlukan panduan dan jalan yang terbaik untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan dan rasa hati serta berkongsi pengalaman-pengalaman baru dalam hidupnya.
Ingatlah wahai ibu bapa, mendidik anak-anak memerlukan jangka masa yang panjang dan berterusan. Jangan jemu mendidik dan memberi kasih sayang sebanyak-banyaknya sebagai panduan hidup mereka di masa hadapan.
Semoga mendapat manfaat darinya.
Share n Luv!
No comments:
Post a Comment