Showing posts with label tentang bayi. Show all posts
Showing posts with label tentang bayi. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

5 Cara Mengatasi Selsema, Hingus dan Kesukaran Bernafas Bagi Bayi


Salam dan hai readers,


Dalam tempoh setahun, bayi sering bermula dengan selsema, berhingus dan menyebabkan mereka sukar bernafas. Ini seringkali berlaku kerana bayi belum pandai untuk menghembus cairan dalam hidung iaitu hingus. Kadangkala kesian kan bila tengok anak-anak kita menangis kerana tidak selesa dengan selsema yang mereka hadapi. Terdapat 5 cara untuk mengatasi hingus yang tidak selesa dan kesukaran bernafas akibat dari selsema.

5 Cara Mengatasi Selsema oleh Jackie Walsh, Pelawat Kesihatan

1. Breastfeed/BF bayi dengan Air Susu Ibu (ASI) sekerap dan selama yang boleh kerana ASI mempunyai antibodi dari ibu yang kebal dari penyakit.

2. Jauhkan bayi yang berumur bawah 3 bulan dari sesiapa sahaja yang menghidapi selsema atau berhingus.

3. Jangan merokok! Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan cenderung mendapat selsema dari bayi lain yang tidak terdedah dengan nikotin.

4. Basuh tangan anda sebelum memegang bayi anda terutamanya selepas batuk, bersin atau mengelap hidung.

5. Balut badannya agar berasa hangat – Menurut kajian baru-baru ini, tindakan ini benar-benar membantu bayi selsema yang berada di teluk. Jangan biarkan kakinya basah kerana jika dibiar basah akan mengundang 3 kali selsema yang lebih teruk.

Semoga anak-anak kita sentiasa sihat dari selsema yang teruk. Jangan lupa makan ubat yang diberikan doktor dan sekiranya masih selsema lebih dari 3 hari, sangat wajar dirujuk semula dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang selsema yang teruk akan menghasilkan kahak yang banyak melalui paru-paru si kecil. Itukan boleh mengundang bahaya buat anak-anak kita. Perhatikan mereka, sayangi mereka, peluklah mereka terutamanya ketika mereka sakit dan tidak selesa dengan selsema. Si kecil akan berasa lebih selamat!

Terima kasih kerana membaca buat semua ibu bapa yang prihatin!

Salam sayang dari BamBam2u!

Sumber: askamum.co.uk

Friday, September 9, 2011

Bayi dalam Kandungan dapat merasa SAKIT?

Salam dan hai readers,



Kita selalunya akan bercakap dengan bayi dalam perut, mengusap perut dan bermain muzik untuk mereka. Ia adalah mustahil untuk mengetahui samada bayi dalam kandungan dapat merasa bahagia atau sedih. Tetapi satu kajian baru dijalankan di London telah menemui seorang bayi dapat merasakan sakit dari usia 35 minggu dalam kandungan.

Kajian telah dilakukan di Hospital University College di London dengan mengukur aktiviti otak bayi-bayi pramatang daripada usia 28 minggu kepada istilah 'lengkap sepenuhnya', dengan menggunakan electroencephalography (EEG) iaitu alat mengukur aktiviti otak.

Bayi yang baru lahir antara 28 dan 35 minggu akan meledakkan aktiviti elektrik secara umum di dalam otak sebagai sakit yang disengajakan, corak yang sama apabila disentuh secara umum telah berlaku. Tetapi selepas 35 minggu, ia telah mencatatkan bahawa tindak balas mereka berubah kepada aktiviti setempat di kawasan-kawasan tertentu otak, menunjukkan bahawa sambungan saraf telah terbentuk di dalam otak untuk membezakan kesakitan yang berasingan daripada sentuhan.

Kesakitan yang dikenakan kepada bayi yang baru lahir adalah dengan ujian cucuk tumit yang 'standard’. Ini dijalankan ke atas semua bayi yang baru lahir di Australia, biasanya oleh bidan dengan menindik tumit bayi, memerah sedikit darah yang secukupnya untuk diletakkan di atas kertas khas isap yang boleh mengembang kemudian disaring, diuji dan disimpan.


Jadi sekarang kita tahu, ia tidak menghairankan bahawa naluri seorang ibu baru adalah betul apabila ‘buah hati’ baru mereka dicucuk di kaki dan mereka boleh memberitahu bahawa mereka tertekan dan sangat kasihan. Seperti jururawat cuba untuk mencari urat untuk mengambil darah, ada orang yang mula-mula mengelak dan merasa sedikit ketidakselesaan, tetapi orang lain yang mencucuk, dan kemudian mencucuk semula, mencubit dan memerah, aduh. Kini dengan maklumat baru ini, kita boleh melihat penambahbaikan ‘supplement’ Vitamin K yang kini berbeza dengan suntikan untuk bayi yang baru lahir.

Penyelidikan dibiayai oleh Medical Research Council and the Wellcome Trust supaya ia boleh difahami dengan lebih baik bagaimana untuk menjaga bayi yang dimasukkan ke hospital, terutamanya bayi-bayi pramatang.


Share n Luv from BamBam2u! Jom join BamBam2u di Facebook! Lebih banyak info untuk semua. ;)

Sumber: Motherandbaby

Monday, August 15, 2011

Bagaimana Mendidik Anak Secara Islam?


Salam dan hai readers,

Ketika usia anakmu 1-7 tahun, beri dia sepenuh kasih sayang. Jika dia suka digeletek, geleteklah, jika dia suka naik atas belakangmu, izinkanlah, jika dia suka dikejar, kejarlah... Asalkan hubungan menjadi rapat.


Ketika usianya 7-14 tahun, didiklah dengan tegas. Katakan apa yang boleh dan tidak. Rotan jika perlu.
Ketika usianya telah melepasi 14 tahun, didiklah dia sebagai seorang kawan. Dengar ceritanya, fahami jiwanya...
~iluvislam.com~
Alhamdulillah, seronok rasanya bila tengok anak membesar dengan sihat, comel dan manja. Namun sebagai ibubapa, sedarkah kita peranan kita mendidik anak-anak sangat besar dan berat? Semuanya bermula dari alam rahim, di dalam perut ibu, bayi yang baru dilahirkan sehinggalah dewasa iaitu dapat mengenal dosa dan pahala.
Berilah kasih sayang sebanyak-banyak kepada bayi yang baru dilahirkan sehingga 7 tahun kerana lingkungan umur ini, anak-anak selalunya masih dalam proses belajar dan menerima apa saja dari kita sebagai ibu bapa. Ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak menjadi 'siapa' di masa hadapan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kita menentukan corak kehidupan mereka.
Pada usia 7-14, anak-anak semakin kreatif dengan kehidupannya. Semakin pandai berkata-kata mahupun melawan. Tapi bila ditegur dengan berhemah dan bijaksana pasti lembut hatinya untuk menerima ajakan dan arahan kita sebagai ibu bapa. Tidak semestinya mesti mengikut segala kemahuan anak-anak tetapi ibu bapa harus bertolak ansur dengan memberi contoh terbaik untuk mereka memahami maksud kita yang sebenarnya. Rotanlah di kakinya sekiranya perlu untuk memberi pengajaran terbaik buat anak-anak!
Berbeza pula apabila anak-anak meningkat remaja iaitu pada umur melepasi 14 tahun, jadikanlah mereka teman dan kawan karib kita. Pada saat ini mereka perlukan kasih sayang serta perhatian kerana mereka amat memerlukannya untuk berhadapan dengan kawan-kawan serta orang dewasa. Mereka perlukan panduan dan jalan yang terbaik untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan dan rasa hati serta berkongsi pengalaman-pengalaman baru dalam hidupnya.
Ingatlah wahai ibu bapa, mendidik anak-anak memerlukan jangka masa yang panjang dan berterusan. Jangan jemu mendidik dan memberi kasih sayang sebanyak-banyaknya sebagai panduan hidup mereka  di masa hadapan.
Semoga mendapat manfaat darinya. 
Share n Luv!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...