Wednesday, July 25, 2012

Kebasnya Tangan bila Sindrom 'Carpal Tunnel' Melanda Wanita Hamil

Salam dan hai readers,


Baru terbaca artikel ini dari salah satu buku yang Azu pinjam iaitu Sindrom 'Carpal Tunnel' atau Kebas pada tangan yang sering berlaku pada ibu hamil termasuklah kepada Azu sendiri.

Simptom 'Carpal Tunnel'

Sejak Azu hamil di Trimester ke-3 ni, Azu sering alami kebas-kebas di jari-jemari terutamanya bila bangun dari tidur. Maklumlah, tidur di usia kehamilan sekarang memang amatlah kurang selesa. Kadang-kadang tidur atas sofa mengadap tv sampai ke tengah malam. Terjaga je, tengok tangan dah terjuntai ke bawah menghampiri lantai. Start nak angkat tangan tu dahla lenguh semacam, lepas tu jari-jemari halus ni~isk..halus kononnya~ rasa kebas sungguh.

Nak taknak mesti bangun jugak, jari-jemari Azu tu Azu tegangkan dengan sekuat hati. Opps, sangatlah sakit sebenarnya tapi tindakan tu kadang-kala di luar kawalan Azu sendiri. Baru bangun tidur kan, mesti rasa cam mamai, mata separuh buka je, pastu jari-jemari rasa kebas macam susah nak dibuka. Azu pun apa lagi, buat senaman ringan sikit untuk melonggarkan sendi-sendi yang kebas ni dengan mematahkan jari-jemari ni ~opss bukan patahkan tapi meliuk lentokkan jari sampai bunyi, jadi kuranglah sikit kebasnya. Aktiviti ni Azu buat sejak bujang lagi, tapi masa tu tak kebas pun, cuma lenguh-lenguh je.


Tak terkecuali, sindrom ini juga boleh berlaku semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar dan juga memegang stereng ketika memandu!

Punca Sindrom 'Carpal Tunnel'

Secara saintifiknya, keadaan ini berlaku kerana pada bahagian sendi di pergelangan tangan terdapat satu terowong di mana terletaknya saluran darah serta saluran saraf yang memberikan rasa pada kawasan tangan. Apabila berlaku bengkak air (water retention), kawasan ini akan sempit dan saraf 'median' yang menyarafi bahagian tangan akan tertekan sehingga menyebabkan kekebasan pada kawasan tangan.

Selain terjadi kepada wanita hamil, atas faktor keadaan kesihatan yang tertentu juga boleh terjadinya simptom ini iaitu perubahan hormon seperti gangguan tiroid, obesiti dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga.

Rawatan Sindrom 'Carpal Tunnel'

Gejala ini akan hilang selepas bersalin berikutan surutnya bengkak pada seluruh tubuh. Dalam sesetengah keadaan di mana kekebasan menjadi sangat teruk, pembedahan kecil boleh dilakukan pada bahagian sendi pergelangan tangan. Pembedahan? Isk..ngeri kan tapi kalau dah teruk sangat, sanggupkan aje kan~

Tips untuk ibu hamil yang mengalami Sindrom 'Carpal Tunnel'

Sekiranya ibu-ibu hamil tadi termasuklah Azu mempunyai sedikit masa sebelum ke tempat kerja, gantungkan kedua-dua tangan kita supaya berada di atas daripada kepala. Ini akan menyebabkan air turun ke bawah mengikut prinsip graviti. Ini akan mengurangkan bengkak pada pergelangan tangan dan secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf. Eh, rasanya inilah senaman yang Azu selalu buat bila lenguh-lenguh menaip depan komputer...emm memang berkesan bila lenguh tadi berkurang! Cubalah ye kawan-kawan~


Okeylah, nak cari buku lain pulak. Mana tau ade artikel menarik untuk Azu kongsi bersama pembaca BamBam2u yang lain. Terima kasih kerana sudi singgah! Salam sayang~

Sumber:
Ibu Dibelai Anak Dibuai Untuk Semua, Dr Ariza Mohamed, Tahun 2008, m/s 131-132
Image: Google 
Utusan.com.my

2 comments:

HanaKhairi said...

MOHON SHARE YER

Anonymous said...

Minta share yer. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...