Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Inginkan Anak Lelaki atau Anak Perempuan?

Salam dan hai readers,

 
Kalau anda diberi pilihan ketika anda mengandung atau hamil, anda inginkan anak lelaki atau perempuan? Persoalan itu sering juga membelenggu fikiran Azu. Selalunya bagi orang lain, kalau sudah ada anak pertama itu anak lelaki, pasti selepas itu inginkan anak perempuan pulak. Begitu juga sebaliknya. Ohh, pening kan?

Apabila melihat Aijaz Nazeef, anak lelaki Azu bermain bola sepak dengan babahnya, main lari-lari sekeliling padang dan taman, menyepak bola seorang diri di rumah ketika babahnya kerja jauh, vroom-vroom kereta sportnya seorang diri…Azu terfikir alangkah seronoknya Aijaz kalau dapat adik lelaki. Adik lelaki sebagai teman belajar dan berkongsi cerita, geng bermain dan berkongsi minat kelelakian yang sama. Cewah..hehe~

Tapi, bila melihat Aijaz yang sangat aktif dan tak suka duduk diam, adoii penat pulak rasanya. Bukannya Azu tak suka cuma mungkin kemampuan Azu sekarang terutama bila mengandung ni adalah di luar kawalan Azu sendiri seperti cepat letih dan mengah terutama ketika melayan kerenah si hero ni. Lega rasanya bila babah Aijaz bersedia menghulurkan bantuannya dalam menjaga Aijaz yang semakin banyak kerenah. Tenkiu babah Aijaz! Kata mak Azu, budak nak dapat adik memang macam tu. Nampak macam susah sikit nak dengar cakap tapi Aijaz masih ingin peluk ummie macam dulu~sayang Aijaz!

Belum dengar pandangan babah Aijaz lagi. Dia lagi suka kalau anak yang bakal lahir nanti adalah anak lelaki sebab boleh temankan Aijaz bermain-main, tak boring, boleh bermain bersama-sama dan berkongsi permainan yang sama, punya minat yang sama, ha…baju Aijaz pun adik dia boleh pinjam-pinjam kan~penjimatan berkesan nampaknya. Ha, bukan itu saja..geng lelaki dalam rumah kami pun bertambah ramai dan kuat tapi ummie yang perempuan ini hanya seorang. Huhu~katanya lagi, kalau dapat anak perempuan pun tak kisah sebab boleh teman ummie memasak di dapur..senyum~

Latarbelakang keluarga babah Aijaz pun memang dipelopori 4 orang anak lelaki dan seorang saja anak perempuan manakala keluarga Azu terdiri dari 4 orang perempuan dan hanya 2 orang lelaki. Kata doktor, gen suami selalunya boleh mempengaruhi jantina seseorang anak, bukannya gen isterinya.Opps, harap pembacaan Azu itu betul. Tapi abang sulung kepada hasben Azu punya 3 orang anak perempuan dan hanya seorang anak lelaki. Emm, mungkin kajian itu perlu dikaji semula kan..

Tu baru cerita pasal anak lelaki, ada pengalaman kawan Azu yang punyai 2 orang anak perempuan. Jika ditanya, dia tidak menginginkan anak lelaki kerana kebimbangannya terhadap anak-anak buahnya yang kebanyakannya lelaki yang mempunyai perwatakan yang sangat memeningkan kepala ibubapanya. Serik agaknya melayan anak-anak buah lelaki yang degil, lasak dan meletihkan, dia sangat bersyukur dia dikurniakan anak-anak perempuan yang lemah lembut dan mendengar kata, kurang lasak dan pendiam. Emm, macam tu pulak kan~

Bukan itu saja, pengalaman adik pada kawan Azu yang sudah mempunyai 6 orang anak lelaki namun tetap berusaha untuk mendapatkan anak perempuan dalam keluarga. Namun, anak ke-7 masih anak lelaki. Tapi, kalau singgah di rumahnya pasti anda semua terkejut bila melihat keadaan rumahnya yang sangat kemas dan terjaga, bersih dan nak jumpa habuk di meja dan cermin pun susah. Hal ini kerana, ibubapanya telah melatih dan mendidik 6 orang anak-anak lelakinya sejak kecil supaya sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan rumah tak kira di rumah sendiri atau di rumah orang lain. Kalau pergi rumah orang lain, pasti duduk diam dan tak berani nak sentuh barang milik orang lain. Tengoklah, bagaimana Allah itu Maha Adil dan Penyayang dimana Dia sentiasa menyenangkan hati kita supaya lebih bersyukur. Syukur~

Bila tengok pengalaman orang lain, buat Azu rasa bersyukur kerana dikurniakan anak permata hati berbanding pasangan lain yang masih belum dikurniakan anak walau sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga. Azu tumpang sedih dan sentiasa berdoa semoga dimurahkan rezeki kawan-kawan Azu yang masih belum menimang cahayamata. Amin~

Kadang-kadang pengalaman orang lain membuatkan kita sedar dan insaf terutamanya ketika sibuk memilih inginkan anak lelaki atau perempuan. Lupakan kisah Azu yang teringin memilih baju anak-anak perempuan yang serba-serbinya sangat kembang dan berwarna-warni, lupakan kisah Azu yang inginkan seorang teman atau anak untuk meneman Azu shopping baju dan handbag~en hasben Azu respon katanya ”Selama ni bukan dia dengan Aijaz ke yang selalu bawa ummie shopping?”. Emm, Azu angguk jela. So, senyum ja~

 ~sejuk hati ummie bila Aijaz rajin tolong menyapu sampah di rumah~

Sampai sini dululah luahan hati Azu dan serba sedikit pengalaman kawan-kawan Azu untuk tatapan semua pembaca BamBam2u yang dikasihi. Terima kasih kerana sudi singgah~

Sunday, March 4, 2012

Hamil tapi Susah Nak Minum SUSU dan kerap MUNTAH?

Salam dan hai readers,

Gusi Berdarah, sakit kepala, kram di kaki selalunya dikaitkan dengan kurangnya kalsium bagi ibu hamil. Jika diikutkan kehamilan yang pertama, masuk Trimester ke-2 atau 3 bulan je rasa mual dan muntah makin kurang dan terus hilang tapi sejak kehamilan ke-2 ini, Azu masih dan kerap muntah terutamanya lepas minum susu Materna. 

Simptom-simptom awal tadi memang kerap terjadi pada ibu hamil terutamanya Azu. Oleh kerana itulah Azu cuba juga untuk minum susu walaupun Azu sangat tak suka langsung pada susu. Kalau dulu, doc cadangkan minum susu yang berperasa macam coklat ke dan Azu berjaya minum susu tanpa muntah. Namun kini~dengan nada sedih, lepas minum susu coklat materna yang sedap pun masih muntah. Rasa rugi jugaklah bila semua yang Azu makan masa breakfast dan lunch terbuang begitu saja~opps begitu saja lah agaknya.

Nampak macam membazir namun apakan daya, bila rasa perut penuh, berat dan padat ditambah dengan susu lemak berkrim, rasa pening menguasai diri. Akhirnya, berlakulah episod yang paling Azu tak suka iaitu MUNTAH~


Muntah memang TAK SERONOK~

Muntah ni rasanya tidaklah seenak mana bila mata kemerahan, hidung turut berair dek muntah yang keluar tanpa diundang, bau yang kurang enak~opps maaf ye pembaca kerana Azu cuba menggambarkan ketidakseronokannya apabila muntah. Tambah teruk bila ada lagi yang tersekat kat kerongkong ni minta dilepaskan tapi masih gagal. Rasa nak jolok je mulut ni dengan tangan tapi tak sampai hati bila terkenangkan begitu banyak yang Azu dah luahkan melalui mulut tadi. Oh, ini rupanya teruk juga penangan ibu-ibu hamil ye.

Cerita Kawan kena Admitted sebab muntah berterusan

Itu baru sikit agaknya. Belum lagi kes kawan Azu sorang ni. Kawan Azu ni asyik muntah dari awal mengandung sampailah nak bersalin. Last-last kena admitted dan drip air. Lagi kesiankan. Jadi, Azu patut lebih bersyukur. Orang kata setiap orang alami pengalaman berbeza bagi setiap anak yang dikandungnya. Mungkin Azu pun camtu jugak. Lepas ni kene belajar terima setiap benda pelik yang berlaku pada Azu disepanjang kehamilan ini dan berusaha untuk rujuk doktor pakar atau buku jika ada kekeliruan dan tidak pasti.

Cara Mengatasinya?

Apa yang Azu buat untuk cukupkan kalsium untuk Azu dan baby? Azu amalkan pemakanan seimbang~maksudnya makan nasi, ikan, sayur, roti, buah-buahan dan hampir semuanya dengan kadar yang sederhana pada waktunya sebab Azu memang suka makan..hehe, minum air yogurt strawberry~favourite Azu tu, buat senaman kaki lepas bagun tidur~elak krem kaki, nak minum Dutch Lady coklat macam pegnenkan Aijaz dulu takut pulak sebab itulah penyebab gula dalam badan Azu naik mendadak dan terpaksa minum air gula dan muntah 2x air gula yang kurang enak tu ..huh serik lah.


Ha, satu lagi benda yang membimbangkan Azu bila Azu kerap muntah kalau lambat makan. Agaknya perut kosong, masuk angin, bukan sorang je yang lapor~isk Perak benor kan..tapi 2 orang termasuk baby dalam perut. Kesian kat diri sendiri tapi lagi kesian kat baby dalam perut bila semua nutrien yang ada dalam makanan tu 'gone without signal'. Kekadang tak sengaja makan lewat, masa tak mengizinkan dan tak lalu nak makan bila tekak rasa semacam dan paling utama sebab takut muntah lagik. Psiko jugak kan~


Sebelum ni pernah google muntah ini adalah semulajadi bagi ibu hamil tapi bimbang kalau berterusan muntah memang buruk kesannya, kene admitted kat hospital~tempat yang tak menyeronokkan, kene drip air dan paling teruk kena stay kat hospital sampai sembuh. Harap Allah SWT mudahkan perjalanan kehamilan Azu kali ni. Insyaallah.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan membaca sekelumit pengalaman yang serba indah ketika hamil. Salam sayang dari BamBam2u~

Sumber: Pengalaman diri sendiri. Ingat ye kawan-kawan, setiap pengalaman dan cara mengatasi sebarang masalah adalah berbeza bagi setiap orang dan baby dalam perut. Harap dapat berkongsi cerita indah ini dengan semua~senyum ye;)

Tuesday, February 21, 2012

Bolehkah minum KAFEIN semasa HAMIL?


Salam dan hai readers, 


Seperti semua yang sedia maklum bahawa kafein sebenarnya boleh memudaratkan janin anda, tetapi menurut pendapat pakar kesihatan yang professional memang mengesyorkan supaya pengambilan kafein dihadkan.

Apa itu KAFEIN?

Kafein adalah diuretic yang bermaksud ia berperanan menarik cecair dan kalsium dari kedua-dua iaitu badan anda dan bayi anda sendiri. Kafein bukan saja kopi tapi kafein juga terdapat dalam sebarang teh, minuman ringan atau minuman bergas dan coklat. Keburukan Kafein yang Azu baca ini agaknya sudah diketahui umum namun suka Azu kongsikan bersama permbaca yang lain terutamanya yang sedang hamil.

Keburukan Kafein

* Tidak mengandungi zat dan sebarang nutrisi makanan
* Boleh menjejaskan mood anda
* Sukar untuk tidur secara berjadual
* Menyerap zat besi dari badan anda dan dari bayi anda

Mungkin sukar untuk meninggalkan tabiat minuman anda yang memang gemarkan minuman berunsur kafein namun satu saja cara yang tinggal adalah mengurangkan pengambilannya. Macam Azu susah sikit rasanya pasal kegemaran Azu menemani En hubby minum kopi yang baunye sangat enak dan membangkitkan rasa. Tapi demi baby dalam perut, si ibu kenalah berkorban sikit demi yang tersayang kan dengan beransur-ansur mengelakkan minum kopi yang sedap tu dengan menggantikan dengan minum horlicks ke susu Anmum ke atau jus oren ke mangga ke, sedap jugak kan. hehe~

Kajian Lepas

Beberapa kajian sebelum ini mendapati pengambilan kafein yang berlebihan iaitu 2 atau 3 cawan atau lebih dalam sehari boleh meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang.

Langkah-langkah Mengurangkan Pengambilan

Berhati-hati juga dengan teh herba di pasaran sekarang. Walaupun terkandung herba yang baik untuk kesihatan dalam teh tersebut, seharusnya kita mendapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Kata orang juga, kalau kita peminat teh, teh tadi boleh dicampurkan sedikit dengan kayu manis, buah cengkih atau perasa buah-buahan yang dibenarkan. 

Kesimpulannya, pakar kesihatan menyarankan kafein boleh diminum semasa hamil namun pengambilannya perlu dihadkan bagi mengelakkan risiko keguguran bayi atau kelahiran pramatang. Harapan Azu supaya semua ibu-ibu hamil mengamalkan pemakanan dan minuman yang berkhasiat supaya bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat. Insyaallah~


Salam sayang dari BamBam2u untuk semua~

Sumber: Paula Kashtan, Pregnant.thebump.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...