Salam dan hai readers,
Dah lama tak update entri kan. Bila mood cuti datang, memang rasa ‘rajin’ lebih menguasai diri. ~Memang tak bagus kan. Cuti-cuti jugak, tapi pembacaan tetap diteruskan untuk perkongsian bersama. Mesti ibu bapa di luar sana tertanya-tanya bagaimana cara atau tips untuk melahirkan kasih sayang anak yang lebih tua dengan bayi yang bakal lahir nanti. Biasanya, jika si ibu bakal melahirkan anak ke-2, anak pertama mungkin janggal dengan kehadiran insan baru dalam hidupnya bukan? Tak dinafikan sesetengah abang atau kakak memang menantikan saat-saat untuk mendapat adik baru. Jom kita baca tips untuk panduan bersama.
Persediaan Ibu bapa buat abang dan kakak untuk menerima BAYI BARU:
- Sebelum bayi baru dilahirkan, bantu mereka memahami ~rupa dan keadaan bayi baru adalah sama seperti kelahiran mereka dulu, suka tidur dan menangis serta perlu lebih masa untuk menyesuaikan diri.
- Ceritakan pada mereka bagaimana anda menjaga bayi kecil yang memerlukan perhatian.
- Membincangkan perkara-perkara yang boleh mereka lakukan untuk membantu bayi kecil iaitu bercakap, menyanyi, mengambil pampers atau kain lap dan botol air untuk si ibu.
- Ambil peluang dengan menunjukkan mereka ketika menyusukan bayi kecil
- Jika anak anda telah bercerai susu atau tidak pernah menyusu dari anda, terangkan pada mereka bahawa susu ini untuk bayi dan cara bayi makan dan kenyang serta ia membantu bayi menenangkan dirinya ketika sedih atau takut. Tunjukkan gambar yang bersesuaian agar anak mudah faham.
Adakah penyusuan susu ibu kepada bayi perlu DISOROKKAN?
Sudah tentulah TIDAK! Contoh yang baik ini membentuk tingkahlaku dan penyusuan susu ibu adalah perkara terbaik yang pernah anda lakukan untuk anak-anak. Mereka perlu dididik supaya perbuatan menyusukan itu bukanlah sesuatu yang memalukan dan perlu disembunyikan malah sebaliknya ia adalah sikap yang terbaik dan patut dipuji.
Aktiviti menarik bersama anak kecil anda ketika menyusu bayi kecil
- Ajak anak duduk bersama ketika anda menyusukan bayi kecil dengan membaca buku dan bercakap dengannya.
- Main permainan yang bersesuaian dengannya seperti mengira dan makan kismis atau buah cherry.
- Sesetengah anak-anak suka bermain dengan berpura-pura menjadi doktor atau jururawat dengan patung atau bersama bayi kecil anda.
- Tunjukkan buku kecil atau foto album ketika anak-anak masih bayi. Bercerita tentang dirinya ketika masih bayi dan perlu dimanja serta dibelai sama seperti adik bayi kecilnya.
- Tetapkan permainan yang disukainya ketika anda menyusu seperti menyusun lego atau blok, melukis, mewarna, bermain teka-teki atau keretapi.
Nah, sebenarnya banyakkan aktiviti dan masa yang boleh kita habiskan bersama anak-anak lain ketika menyusukan bayi baru. Kesannya sangat berbaloi kerana mereka tidak lagi mengganggu anda ataupun bayi kecil, seronok dengan pelbagai aktiviti dan permainan, merasa dihargai dan disayangi, menjaga dan sayangkan adik kecil seterusnya mendidik mereka menjadi abang atau kakak yang lebih bertanggungjawab. Harap Azu dapat aplikasikannya bila Aijaz dapat adik baru nanti. Insyaallah~
~rindunya saat bila si Aijaz masih bayi, kecik-kecik dah pandai posing kan~
~bila ada adik nanti boleh main sama-sama, taklah boring main sorang-sorang kan~
Sayang semua dari BamBam2u~
Sumber: Kellymom.com
No comments:
Post a Comment