Thursday, August 2, 2012

Tips Mengatasi Sukar Tidur Ketika Hamil

Salam dan hai readers,


Pernah mengalami masalah tidur? Mungkin hampir semua orang pernah mengalaminya tetapi masalah tidur ketika hamil selalunya lebih sukar dan bukan mudah untuk mengatasinya termasuklah diri Azu sendiri. Sebelum hamil, Azu mengaku yang Azu amat mudah tidur, asalkan ada bantal je terus lelap tetapi sejak hamil Trimester ke-3 ni makin tak lena rasanya mungkin kerana tidak selesa berpunca dari perut yang semakin berat. Eh, berat ke?

Punca Sukar Tidur

Sukar tidur, kurang tidur, tidur mudah terganggu, sukar mendapat tidur yang terbaik semasa hamil adalah perkara biasa. Kata orang, kita tidur tidak semestinya bayi dalam perut turut tidur. Masa inilah si kecil ligat membuat pelbagai aksi akrobatik, berpusing, berguling, mengeras dan macam-macam lagi sampai membuatkan kita kurang selesa dan selalunya hampir sesak nafas terutamanya di Trimester ke-3. Maklumlah, masa inilah bayi dalam perut kita ni nak beraksi bila kita sibuk bekerja di siang hari. Kesian kan, dahla ruang makin kecil..nak bermain pun kena pilih waktu paling sesuai iaitu waktu malam!

Masalah Sukar Tidur

Ingat tak dulu di Trimester pertama, tidur kita sering terganggu dek rasa ingin buang air kecil dan masalah muntah yang keterlaluan? Toiletlah jawabnya! Trimester kedua pula sering terasa lapar di malam hari. Penyelesaiannya, roti dan air masak memang dah standby dalam bilik! 

Ha, sekarang bila tiba Trimester ke-3 masalah makin rumit bila perut membesar. Tetiba rasa lenguh mengiring di kanan, teringin nak mengiring ke kiri pulak. Begitulah sebaliknya. Memang berat dan tidak selesa nak beralih perut tu terutamanya masa bayi dalam perut ni mengeraskan badannya~bersenam kot? Belum lagi rasa kejang kaki, mau keras je kaki tu tak mahu digerakkan. Rasanya, bak urat tegang dari hujung betis ke pergelangan kaki. Bila en husben urut-urut dan ditolaknya tapak kaki Azu ke atas dan ke bawah, baru lega rasanya!

Kerap kencing turut menjadi masalah utama. Pantang minum air banyak sikit sebelum tidur, pastinya Azu terbangun 2-3 kali ke bilik air. Tips dari pembacaan Azu, katanya jangan minum air banyak-banyak sebelum tidur, tapi kita dahagalah…isk tak tahan nak tunggu esok pagi baru nak minum air kan?~Selalunya masa ini rahim kita mendatar dengan pundi kencing kita, oleh itu memang sukar pundi kencing mampu menahan air dalam tempoh yang lama!

Tips Mengatasi Sukar Tidur

a. Tidur di Posisi yang Betul iaitu Mengiring ke Kiri – Boleh melancarkan peredaran darah kita. Jadi kita lebih mudah bernafas secara teratur walaupun kadangkala masih sesak nafas dari pergerakan aktif si kecil dalam perut~

b. Elakkan minum kafein sebelum tidur – Kafein dari sebarang bentuk ye, coklat di kedudukan paling bawahla pasal coklat sedap rasanya~hee

c. Minum air 6-8 gelas sehari dan kurangkan minum sebelum waktu tidur – Standby perut dengan air yang banyak kecuali hampir waktu tidur. Nanti letih korang nak ke tandas je kan~

d. Kerap bersenam terutamanya di awal pagi dan awal petang – Elakkan senaman yang aktif jika hampir waktu tidur. Ia akan membuatkan anda lebih aktif dan bertenaga. Jadi, bila masanya nak tidur?~

e. Makan makanan ringan sebelum tidur – Ia dapat mengelakkan kita terasa lapar di tengah malam nanti akibat lapar yang keterlaluan. Contohnya, biskut tenaga atau sekeping roti coklat. Nyum2~

f. Mandi Air panas sebelum tidur – Kesannya amat menenangkan dan buat tidur anda lebih lena.

g. Minta en husben mengurut – Selalunya memang amat menenangkan dan memudahkan tidur lebih selesa.

h. Jangan biarkan suhu bilik terlalu panas – Pasang kipas atau aircond dan apa saja yang boleh membantu. Maklumlah, masa ini memang suhu badan naik dan peliknya kita seorang je yang panas, en husben pun releks je kesejukan. Isk-isk~

Semoga tidur kita lebih lena ye kawan-kawan pembaca. Terima kasih kerana sudi singgah di BamBam2u. Salam sayang!!

Sumber: Parenthots

2 comments:

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

Bulan ke9 pregnancy ke2, baru rasa tak bley tido..may be sebab perut kecik kot..biasanya nieza tido bersandar..bantal byk kat blkg,kiri kanan..hehe

azu said...

Isk, nieza tido bersandar ke?tak lengoh?Duduk lah yg Azu plg x selesa coz perut dh turun skang, anytime nk bersalin dh ni. hrp nieza dimudahkan juga nnti ye;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...