Wednesday, February 8, 2012

Teknik Menguji serta Tanda-Tanda Masalah Pendengaran Kanak-Kanak

Salam dan hai readers,


Masalah pendengaran di kalangan kanak-kanak sebenarnya boleh dikesan sejak awal lagi contohnya lambat bercakap dan koordinasi tangan dan mata. Ibu bapa memainkan peranan penting dengan menguji pendengaran mereka dengan ujian yang bersesuaian. Artikel yang Azu baca ini ingin Azu kongsikan bersama ibubapa yang lain. Harap bermanfaat ye~

Teknik Menguji Pendengaran Anak-anak

Main satu permainan dimana anak-anak anda tidak mengetahui tujuan sebenar permainan tersebut dan pastikan mereka tidak berasa bimbang atau anda perlu bimbang sekiranya mereka tidak memberi maklumbalas sewajarnya kepada permainan tersebut.

Pastikan berada dalam bilik yang senyap, anak anda dalam mood yang baik dimana tidak terlalu letih atau lapar.

18 Bulan ke 2 Tahun

Anda harus berdiri dengan jarak 90-180 cm (3-6ft) di belakang nya dan buat bunyi yang mengejutkan seperti mengoyak surat khabar atau kertas atau minta dia mengenalpasti bentuk badan mereka, contohnya 'Tunjukkan mata kamu?'

2 Tahun ke 3 Tahun

Duduk 3 m (10ft) di hadapannya dan minta dia meletakkan patung mainannya ke dalam bakul atau dengan jarak yang sama, minta dia mendiamkan diri buat seketika.

Jika keputusannya menunjukkan anak-anak anda tidak menunjukkan sebarang maklumbalas terhadap ujian itu, maka segeralah berjumpa dengan doktor pakar yang dapat membantu perkembangan pendengaran anak-anak anda dengan lebih baik.

Tanda-tanda Masalah Pendengaran yang boleh dikenalpasti ialah:

1. Lambat Bercakap

2. Ucapan kurang jelas atau sukar difahami

3. Kurang perhatian apabila seseorang bercakap di belakangnya.

4. Duduk sangat dekat dengan TV atau radio dan hanya mendengar bila kelantanganya dinaikkan.

5. Jangkitan telinga yang berulang-ulang seperti 'catarrhal'.

6. Selalu tidak mengendahkan apabila dipanggil namanya.

7. Kurang gemar mendengar cerita terutamanya apabila berada di kelompok yang bising.

8. Memandang minat kepada orang yang bercakap dengannya.

9. Kurang keyakinan, tidak pasti apa yang perlu dilakukan dan sukar memberi kerjasama.

Azu harap lebih banyak lagi masalah kanak-kanak yang dapat Azu kongsikan bersama kawan-kawan ibubapa semua. Harapan Azu supaya perkembangan anak-anak kita selari dengan usia mereka. 

Salam sayang dari BamBam2u untuk semua. Terima kasih kerana sudi membaca~

Sumber:

Toddlercare, Checking Hearing And Vision, June Thompson, Page 38

2 comments:

mselim3 said...

Terima kasih azu sudi sharing info nie...lepas baca terus komen....
sorry dah lama x visit sini...insaallah kalu free saya singgah sini...saya ingat member blog saya yg pernah komen saya ...
Pape visit saya ...agar x putus ikatan persahabatan k...

wassalam...

azu said...

mselim3,tq sudi singgah sini..azu pn dh lama x bw.insyaallah mesti visit jugak~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...