Salam dan hai readers,
Seperti semua yang sedia maklum bahawa kafein sebenarnya boleh memudaratkan janin anda, tetapi menurut pendapat pakar kesihatan yang professional memang mengesyorkan supaya pengambilan kafein dihadkan.
Apa itu KAFEIN?
Kafein adalah diuretic yang bermaksud ia berperanan menarik cecair dan kalsium dari kedua-dua iaitu badan anda dan bayi anda sendiri. Kafein bukan saja kopi tapi kafein juga terdapat dalam sebarang teh, minuman ringan atau minuman bergas dan coklat. Keburukan Kafein yang Azu baca ini agaknya sudah diketahui umum namun suka Azu kongsikan bersama permbaca yang lain terutamanya yang sedang hamil.
Keburukan Kafein
* Tidak mengandungi zat dan sebarang nutrisi makanan
* Boleh menjejaskan mood anda
* Sukar untuk tidur secara berjadual
* Menyerap zat besi dari badan anda dan dari bayi anda
Mungkin sukar untuk meninggalkan tabiat minuman anda yang memang gemarkan minuman berunsur kafein namun satu saja cara yang tinggal adalah mengurangkan pengambilannya. Macam Azu susah sikit rasanya pasal kegemaran Azu menemani En hubby minum kopi yang baunye sangat enak dan membangkitkan rasa. Tapi demi baby dalam perut, si ibu kenalah berkorban sikit demi yang tersayang kan dengan beransur-ansur mengelakkan minum kopi yang sedap tu dengan menggantikan dengan minum horlicks ke susu Anmum ke atau jus oren ke mangga ke, sedap jugak kan. hehe~
Kajian Lepas
Beberapa kajian sebelum ini mendapati pengambilan kafein yang berlebihan iaitu 2 atau 3 cawan atau lebih dalam sehari boleh meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang.
Langkah-langkah Mengurangkan Pengambilan
Berhati-hati juga dengan teh herba di pasaran sekarang. Walaupun terkandung herba yang baik untuk kesihatan dalam teh tersebut, seharusnya kita mendapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu. Kata orang juga, kalau kita peminat teh, teh tadi boleh dicampurkan sedikit dengan kayu manis, buah cengkih atau perasa buah-buahan yang dibenarkan.
Kesimpulannya, pakar kesihatan menyarankan kafein boleh diminum semasa hamil namun pengambilannya perlu dihadkan bagi mengelakkan risiko keguguran bayi atau kelahiran pramatang. Harapan Azu supaya semua ibu-ibu hamil mengamalkan pemakanan dan minuman yang berkhasiat supaya bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat. Insyaallah~
Salam sayang dari BamBam2u untuk semua~
Sumber: Paula Kashtan, Pregnant.thebump.com
2 comments:
Salam,
saya dah 5 kali mengalami proses kehamilan dan mmg sy tak berpantnag kafein (sedikit ketagihan kopi). alhamdulillah setakat ni ok saja... boleh ambil kafein , tapi hadkan sekali sehari ... ;)
alhamdulillah ummie hanie,dh byk pengalaman.azu pon mmg peminat kopi, tp cuba terhadkan 1 cwn sehari.thanks sharin pglmn yg ade;)
Post a Comment