Wednesday, November 30, 2011

Cerita Tabiat Menarik Kanak-kanak 13 bulan


Salam dan hai readers,



Biasanya bila bayi yang sudah menginjak ke satu tahun dan ke atas, kita akan panggil mereka kanak-kanak..no more baby but toddler guys! Seperti sebelum ini, Azu sering kongsikan perkembangan anak-anak dari umur sejak lahir (walaupun ada yang tertinggal) sehingga umur setahun di blog Azu yang satu lagi iaitu http://azumie.blogspot.com/, tapi sekarang alangkah bagusnya kalau Azu dapat berkongsi di BamBam2u..lebih mesra bayi dan kanak-kanak kan..he~

Menariknya tentang kanak-kanak setahun sebulan ni atau senangnya 13 bulan, mereka sangat gemar mencucuk dan menjolok segala-gala yang menarik perhatian mereka seperti lubang hidung dan mata terutamanya ibu bapa mereka pasti menjadi mangsa utama. Sebenarnya mereka memang tidak bermaksud apa-apa pun kerana menganggap itu sebagai aktiviti yang sangat menyeronokkan!

Menulis atau menconteng? Anak-anak 13 bulan ini sudah mampu untuk menulis dengan krayon +gaya cakar ayam, merebut sudu dan bermain jari dalam sos tomato. Semua itu hanya untuk melihat apa yang bakal berlaku. Sebenarnya mereka terlalu suka bereksperimen dengan benda-benda di sekitar mereka. Mereka akan cuba cara yang berbeza untuk melakukan tindakan yang sama dan boleh meniru tindakan di bawah sedar anda sendiri, seperti menekan jari anda atau membuat riak muka tertentu yang comel~.

Komunikasi? Sekarang dia akan cuba berinteraksi secara lebih dewasa ~maklumlah bila semakin membesar~ dengan kita kerana dia sedang membangunkan komunikasi yang memberi kesan kepada diri mereka sendiri. Dia gemar bermain dan mengusik orang lain untuk mendapatkan respon dan perhatian dari orang di sekitarnya.

Berjalan? Kira-kira tiga perempat dari kanak-kanak 13 bulan sudah boleh berjalan sendiri walaupun belum stabil sepenuhnya. Perabot, kerusi, moto beroda adalah sokongan terbaik untuk dia bangun dan berjalan. Sesetengah kanak-kanak tidak berjalan sehingga 17 atau 18 bulan atau lebih lewat. Tapi, usah risau..mereka terlalu bersemangat untuk berjalan walaupun belum tiba masanya!

Meneroka dan Menemui? Apabila sudah berjalan, perasaan ingin tahu begitu membuak-buak untuk meneroka setiap inci persekitarannya termasuklah mendekati kucing dan tiba-tiba terkejut dan menyokong dirinya sekiranya kucing itu menakutkannya. Itu adalah salah satu pencapaian yang besar!

Menyempitkan dan Memanipulasi Objek? Selain kaki, tangannya juga sudah mahir untuk merebut blok yang jatuh ke dalam bekas, menulis atau menconteng cakar ayam, dapat mencengkam sudu, tetapi jangan terlalu berharap dia menggunakannya dengan konsisten ye;)


Pertumbuhannya lebih Perlahan dan Kurang Makan? Jangan terkejut sekiranya bayi yang dulunya super lapar dan kini mula kurang makan. Antara kelahiran dan hari lahir yang pertama (setahun), bayi biasanya mengalami berat badan 3 kali ganda dan menambah 25cm/10 dengan ketinggian mereka. Tetapi antara hari lahir Pertama (setahun) dan Kedua (tahun ke2), kadar pertumbuhan anak anda akan perlahan dengan ketara dan mula kehilangan lemak bayinya. Ini kerana dia sudah mula memilih makanan yang dia suka ataupun tidak.

Berkomunikasi dan Memahami? Mulutnya juga sudah mula bising dengan perkataan yang biasa didengar iaitu ‘dada’, ‘mama’ dan ditambah dengan yang lain. Kalau ummie memang susah sikit kot~Dia sebenarnya berusaha untuk memenuhi keinginannya. Apabila dia mahu turun, dia akan melentik kepalanya ke bawah dan sekiranya mahu perhatian anda, dia akan menarik baju dan lengan anda. Dia mudah memahami sebahagian besar dari bahasa yang mudah dari anda setiap hari.

Keperluan Imunisasi? Apabila kanak-kanak sudah berinjak ke satu tahun, ini adalah masanya untuk anda sebagai ibu bapa memastikan anak-anak diberi suntikan imunisasi seperti campak, beguk dan rubella (MMR). Ketahui selanjutnya dari doktor anda.

Apapun tahniah diucapkan buat ibu bapa kerana anak-anak kini membesar dengan sihat dan kini sudah Satu Tahun. Sekejap je rasanya kan..;)

Share n Luv from BamBam2u!

Sumber: Babycentre, askamum.co.uk

2 comments:

fiQRa said...

hye azu syggg.. boleh ambil blogger card untuk geng fiQ'Ra yer.. thankss :)

http://fiqracake.blogspot.com/2011/11/7-lagi-blogger-card-untuk-geng-fiqra.html

fiQRa said...

Salam geng fiQ’Ra yang mas kasihi ◕‿◕
Kad blogger yang baru sudah siap..
Boleh ambil dekat sini eh ◕‿◕


http://www.facebook.com/media/set/?set=a.293937517313923.69944.257419187632423&type=1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...