Tuesday, November 20, 2012

Misi dan Cabaran Menyusukan Bayi ke-2

Salam dan hai readers,


Menyusukan bayi baru lahir sehingga 2 tahun memang bukan perkara mudah dan tidaklah terlalu menyusahkan. Bagi Azu, itu cabaran terhebat Azu sebagai ibu di saat Azu berniat ingin menyusukan/ BF bayi ke-2 Azu setelah misi gagal dengan anak pertama Azu.~Takmo misi gagal buat kali ke-2!

Kini, di usia baby 2 bulan lebih, hari-hari Azu tanamkan dalam fikiran Azu yang BF baby merupakan proses semulajadi dan ia seharusnya lebih mudah bukan? Bila tengok anak pertama Azu, Aijaz dengan susu botolnya di usia 2 tahun lebih..betapa tebal rasa kasihan Azu padanya kerana Aijaz tak dapat menikmati susu ibunya sehingga 2 tahun. Betapa susahnya kami terpaksa ke hulu ke hilir dengan beg berat berisi bekas air panas, bekas susu formula dan botol yang perlu sentiasa distril demi hanya untuk Aijaz. Ruginya kan~

Apa sahaja cabaran kali ini, misi Azu ingin BF si kecil akan diteruskan walau terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Masalah yang sering Azu hadapi;

Kedudukan Mulut Bayi ketika BF

Memang kalau boleh nak elak setiap masalah terutamanya ketika BF kan si kecil, tapi nak tak nak, terpaksalah menghadapinya dengan tenang. Azu tak boleh lupa saat Azu mula atau pertama kali BF baby Aidi. Azu rasa sakit dan ngilu. Bila Azu periksa balik, rupanya mulut baby tak meliputi kawasan aerola. Patutlah sakit!

Nipple/ Puting Merekah

Inilah punca utama Azu stopkan BF Azu untuk anak pertama Azu, Aijaz iaitu bila puting/ nipple merekah. Azu tak tahu nak buat apa bila rasa sakit ketika tu. Bila sakit rasa nak demam pun ada. Nak bubuh krim pun takut sebab kelihatan berdarah sedikit di kelilingnya sampailah Azu decide nak stopkan BF Azu untuk baby Aijaz dulu. Sekarang, bila nampak je nipple nak merekah, Azu cepat-cepat sapukan tempat merekah tu dengan sedikit susu Azu dan dianginkan..dalam rumah je ok~

Baby Lelaki Minum Susu Banyak

Azu sangat mengakuinya! Bayangkan Azu menyusukan baby Aidi di sebelah kanan cik 'B' selama 20 minit, pastu tengok muka baby cam tak puas lagi. Pass ke cik 'B' kanan pulak 20 minit. Tengok cam tak puas jugak beralih lagi ke cik 'B' kanan 20 minit, barulah nampak si kecil tu tertido dengan lena. Isk, sejam jugaklah cuba dan berusaha mengenyangkan baby boy Azu tu. 

Penyelesaian~ Kerap Pam dan Minum Banyak Air

Terfikir jugak cukupkah susu Azu ni? Aliran susu perlahan sangat agaknya..? Isk, semua tu kalau difikirkan memang buat Azu buntu. Mengikut pembacaan Azu, Azu perlu cuba untuk mengosongkan payudara sebaik mungkin. Mengosongkan dengan cara mengepam lebih kerap dan minum lebih banyak air sehingga 3 liter banyaknya. Emm..banyak tu kan~

Bila dah lama sangat ambil masa untuk BF kan baby, mulalah terbayang dan terfikir bila nak basuh baju, bila nak masak, bila nak sapu sampah. Tapi Azu masih gagahkan diri untuk buat semua kerja-kerja rumah terutamanya ketika baby Aidi tertidur walaupun hanya beberapa minit! Alhamdulillah bila en hasben sangat memahami, tetap menolong walaupun balik keletihan bila seharian bekerja. Terima kasih abah Aijaz n Aidi!

Rasanya setakat itu je untuk kali ni walaupun banyak lagi cerita Azu nak kongsi dengan kawan-kawan pembaca semua. Ingatan untuk diri sendiri, Azu akan tetap BF baby Aidi kerana ingin memberi yang terbaik untuknya dan bukanlah semata-mata Azu ingin kurus~ehh kesitu pulak kan..hehe..dan tetap akan membaca dan menambah ilmu sebanyak-banyaknya demi misi BF untuk anak-anak tersayang! Harapan dan doa seorang ibu~amin

Terima kasih kerana sudi singgah di BamBam2u. Salam Sayang!

2 comments:

Myvitrd said...

semoga berjaya susukan anak sehingga 2 tahun... anak kami mamanya susukan guna botol tapi air susu setiap hari dipump.. sekarang dah masuk 11 bulan susu masih ada lagi.. hope dapat maintain selama 2 tahun juga

azu said...

alhamdulillah.hrp dimurahkan rezeki dengan susu yg banyak dan cukup utk si kecil kita ye.insyaallah sehingga 2 tahun;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...