Wednesday, October 3, 2012

Teknik Berkesan Sendawakan Bayi Baru Lahir

Salam dan  hai readers,



Bukan mudah nak sendawakan bayi baru lahirkan? Itu masalah yang Azu alami dengan baby baru Azu, Aidi Nafeez. Bila dengar ramai bayi-bayi di bawah jagaan taska meninggal akibat tersedak susu membuatkan Azu sangat risau. Ya tuhan, lindungilah anakku~doa ibu selalu dimakbulkan kan..amin~

Selalunya lepas Azu susukan Aidi, Azu cuba sendawakannya dengan pelbagai cara tapi tak berkesan langsung. Mungkin cara Azu salah atau ada cara lain yang lebih baik? Setahu Azu, sendawakan atau "burp" baby ni sangat membantu bagi mengelakkan baby tidak menghirup udara dari botol ataupun baby minum air susu ibu (ASI).

Tambahan pula, baby bawah 5-6 bulan ni memang tak pandai lagi meludah dan selalunya suka menyimpan ludah atau kahak dalam mulutnya. Azu terbaca satu artikel menarik tentang teknik berkesan sendawakan baby kecil ni. Satu peluang besar untuk Azu membetulkan teknik Azu yang kurang berkesan. Manalah tahu, berkesan jugak untuk ibu-ibu di luar sana yang alami masalah yang sama macam Azu~

Teknik SENDAWAKAN BABY KECIL

1. Meniarapkan baby di mana perut baby di atas riba anda, pegang kepalanya dengan sebelah tangan lalu tepuk belakang badannya dengan tangan yang lain.

2. Pegang bayi menghadap dada anda berhampiran bahu. Gunakan satu tangan untuk menyokong kepalanya dan satu tangan lagi untuk menggosok belakangnya.

3. Sekiranya bayi sudah mampu mengangkat kepalanya, tegakkan badan baby dan menghadapkan bayi ke luar anda. Kemudian beri sedikit tekanan lembut kepada perut baby ketika anda berjalan di sekeliling bilik bersama baby.

Alhamdulillah, teknik-teknik di atas terutamanya teknik ke-2 memang banyak membantu baby Aidi 'burp' selepas kenyang minum ASI. Pengalaman Azu masa baby Aidi dimasukkan ke Wad Nurseri di hospital selepas bersalin dulu, Azu nampak nurse atau pembantu perubatan turut menggunakan teknik ke-2 untuk sendawakan baby. Terkejut jugak Azu bila nampak nurse tu tepuk belakang baby-baby di situ agak kuat tapi mungkin itu cara terbaik dan prosedur mereka yang terlatih disana.

Sistem usus baby usia bawah 6 bulan biasanya masih belum lagi matang, jadi proses sendawa pada baby sangat penting bagi mengelakkan baby tercekik. Selagi Azu tak 'burp' kan baby Aidi, memang buat Azu sangat risau tapi kadang-kadang tu memang tak berjaya, tapi jangan risau je ibu-ibu semua. Selagi anak kita  nyenyak tidur, tidak meragam, selesa dan sihat..itu tandanya baby kita sihat. 

Ha, satu lagi peringatan untuk ibu-ibu tersayang. Perkara penting yang perlu diambil berat ketika baby kita batuk atau tersedak dari tidurnya, atau menangis dengan kuat, angkat baby cepat-cepat dan tepuk belakangnya sehingga baby 'burp'. Itu tanda menunjukkan baby kita mungkin tak selesa di tekak atau mulutnya. Itu jugak yang Azu selalu buat kalau 3 teknik di atas tak menjadikan baby aidi 'burp' lepas kenyang. Kalau baby tak 'burp', tu tandanya baby nak bermanja, suruh diangkat..hee

Selamat mencuba ibu-ibu semua! Salam sayang dari Bambam2u~

Sumber: pregnant.thebump.com, Paula Kashtan 
              Babycenter

4 comments:

lepakk.com said...

thanks for sharing...nak kena belajar :-)

azu said...

Azu pun kene sentiasa belajar;)

nabila mosman said...

Klw baby xsendawa tp dye kentut .x same ke ?

azu said...

sendawa dgn kentut tak sama Nabila Mosman, sendawa akibat dari perut yg menggelembung dari udara yg tertelan, penting utk baby keluarkan udara dari perut setelah minum susu bg elakkan udara masuk paru2 baby.
kentut pulak dr akibat udara yg tertelan atau hasil2 dr bakteria2 yg menghuni usus2 terutamanya usus besar..hasilnya poo poo utk si kecil..hehe..hrp penjelasan ni difahami:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...