Tuesday, July 24, 2012

Tompok Coklat Tapi Tak Sakit Ketika Hamil 30 Minggu

Salam dan hai readers,


Dah lama tak update entry BamBam2u. Bukan apa, bila seorang ibu terlalu risaukan kesihatan anak dalam kandungannya, macam-macam masalah difikirkan sampai tak boleh nak fikir benda lain. Hati memang exited nak update tapi..isk semua tu hanya alasan kan~senyum..

Apabila kehamilan Azu masuk minggu ke 30, satu malam tu Azu perasan ada tompok-tompok coklat keluar dalam 2-3 titik. Em, dalam hati dah risau sungguh. Takkan nak bersalin dah kot, baru 30 minggu. Nanti anak premature lah, kena ulang-alik hospital lah. Isk, risau itu sangat menyesakkan dada~Tapi lega, bila 2-3 jam lepas itu, tompok itu tak keluar lagi.

Esok paginya, tompok coklat masih ada 2-3 titik jugak walaupun sudah ditukar panty liner malam tadi. Tapi, seriuslah kawan-kawan memang tak rasa sakit langsung walaupun sedikit. Cuma risau dihati je semakin bertambah. Malam tu apa lagi, kebetulan en hubby balik rumah malam ni terus diajak pergi hospital. Tak mahu menanggung risau dan risiko buruk terjadi kepada si kecil dalam perut~Doa tak henti-henti sepanjang perjalanan dengan harapan si kecil dalam perut ni tak ada apa-apa bahaya yang menimpanya.

Lepas pendaftaran macam biasa, Azu diambil tekanan darah, air kencing seterusnya heart beat baby diambil oleh nurse bertugas. Tak lama menunggu, Azu dirujuk terus oleh doktor bertugas malam tu bertanyakan masalah Azu dan terus membuat scan ke atas baby. Kata doktor Cina tu, keseluruhan keadaan baby nampak ok tapi dia cadangkan Azu admit/ bermalam di hospital malam ni. 

Punca Tompokan Coklat

Katanya, kemungkinan masalah Azu berpunca dari plasenta previa/ Uri di bawah. Bila terkenang esok Azu perlu bekerja, Azu mintak datang semula esok. Tapi doktor pulak membantah. Katanya, jangan ambil risiko bila pendarahan terjadi, bayi mungkin lemas sekiranya terjadi tumpah darah akibat dari plasenta previa dan tidak sempat diselamatkan kerana Azu berada di rumah. Adoii, Azu tak boleh cakap apa dah..admit ajelah Azu ni..semuanya demi si kecil. Ummie dah tak peduli dah kepentingan ummie yang penting baby dalam perut ummie sihat~harap doa ibu ini sentiasa mendapat perhatianNya. Amin~

Azu diberi katil di ruang wad yang menempatkan 6 katil khas untuk golongan wanita hamil yang berisiko. Isk, berisiko ke Azu ni? Sempat Azu bersembang dengan seorang wanita hamil 34 minggu. Katanya, dari pagi sampailah petang dia rasa baby dalam perutnya kurang bergerak dan hampir setiap masa mengeras dan dia rasa tak selesa. Tekad pergi klinik selepas kerja, klinik terus cadangkan dia pergi hospital terus. Nak mandi tapi tuala, perkakas mandian semua dia tak bawak. Tak selesa nak tidur. Tak macam Azu, balik kerja tadi sempat mandi, makan dulu kenyang-kenyang baru datang hospital. Siap bawa barang-barang baby..isk manalah tahu kan, bila tiba masanya nanti. Maklumlah, pernah rasa pengalaman kena admit di hospital bukannya tempat yang selesa untuk makan dan mandi. Tengah syok-syok sembang dengan Zalina~tu nama dia, datang pulak nurse cina. Katanya, awak duduk sini untuk rehat dan tidur, bukan untuk sembang-sembang.. Isk, bila kena marah, terus baring tutup mata la~

Tepat 5.30 pagi, seperti biasa kami dikejutkan dengan kehadiran nurse untuk ambil tekanan darah Azu dan heart beat baby dalam perut. Lepas tu, Azu terus bangun ke toilet, alhamdulillah tompok coklat dah tak ada. Cari surau dan solat subuh tapi terjumpa nurse yang mula-mula ambil tekanan darah Azu. Azu tegur hai kat dia dan Azu kata pernah jumpa nurse tu sebelum ni masa kena admit dulu. Sembang jap bila nampak nurse tu sangat ramah. Katanya, ada seorang lagi kena admit pagi ni yang hamil baru 28 minggu sebab ada tompok coklat macam Azu tapi doktor telah sahkan urinya di bawah. Isk, ngeri pulak~

Oh, rupanya wanita hamil tu duduk di katil berhadapan Azu je. Tapi, bz nampaknya dengan handphone nye. So, Azu decide nak diam je. Tiba masa untuk breakfast, jerit nurse di situ. Kami pun bangun menuju ke kafe khas berhampiran dan duduk bersebelahan dengan wanita depan katil Azu tadi. Hah, rupanya memang friendly orangnya dan namanya Intan. A sampai Z dia cerita pada Azu yang dia memang dah confirm tompok coklat itu disebabkan urinya di bawah. Malam tadi sebelum tidur, doktor dah bagi 1st injection untuk matangkan paru-paru baby. Sakit katanya. 2nd injection akan diberi 12 tengahari ni. Azu dah risau semacam ni bila doktor belum diagnosis Azu lagi.

Selepas breakfast, kami diarahkan untuk baring semula dikatil kerana doktor-doktor bertugas akan datang melawat. Mula-mula datang doktor junior lelaki yang mesra dengan hai dan bertanyakan keadaan Azu. Katanya belum ada result, terus dipanggil Azu ke bilik scan. Bila ditunjukkan perut, dia sangat teruja pasal perut Azu sangat nipis dan kebetulan masa tu baby dalam perut Azu sedang bergerak dengan aktifnya. Perut tertonjol sini dan sana memang perkara biasa bagi Azu tapi tidak bagi dia. Isk, geram jugak dengan keterujaan dia tapi masih tak jumpa uri dalam perut Azu. Katanya, nanti doktor lain akan scan semula.

Datang doktor senior perempuan yang kedua. Nampak dari soalan dan respon dia, memang nampak orangnya agak berpengalaman. 1st scan memang tak nampak jugak dan katanya perlu scan dari bawah seakan-akan VE tapi ada alatan khas iaitu dipanggil  transvaginal sonography. macam tabung uji saiz kecil yang ada camera kecil di muncungnya dimasukkan dari bawah vagina untuk mengesan sebarang pendarahan pada pangkal rahim atau mengesan kedudukan uri. Taklah sakit sangat tapi sesak nafas juga lah. Adoii~

 -inilah rupanya transvaginal sonography-

Lega dan syukur alhamdulillah bila doktor mengesahkan uri Azu memang hampir di bawah dan dibelakang perut ~sebab tu lah tak nampak bila scan di perut tapi kedudukannya dalam 6cm dari serviks Azu. Doktor tu menjelaskan lagi kalau konfem uri di bawah, jaraknya dengan serviks mesti dibawah 2.5 cm. Lega tak terkata bila disahkan Azu tidak mengalami uri di bawah. Keluar je dari bilik scan Zalina dan Intan dah tak sabar menunggu result. Alhamdulillah, tu je yang mampu Azu lafazkan~

Oh, lupa pulak nak cerita pasal Zalina yang rasa perut mengeras tu lepas didignosis oleh doktor mendapati baby nya kecil sikit dari saiz umur kehamilannya dan terbukti bila Azu sembang dengan Zalina dia memang tak minum susu langsung. Tak boleh masuk katanya. Azu suggest makan pil kalsium yang 300g tu untuk ibu-ibu hamil yang susah nak minum susu. Kesian baby, kesian kita kurang kalsium kan~

Ha, Diagnosis doktor tentang tompok coklat yang Azu alami itu sebenarnya kemungkinan adalah baki darah haid yang terdapat di vagina atau pendarahan kecil di vagina Azu. Harap tak serius kan~Amin.

Terus call hubby datang amik sebelum solat Jumaat. Azu discharge dengan penuh rasa syukur kerana baby Azu sihat dan boleh discharge berbanding Intan yang terpaksa admit di hospital sehingga tiba masanya melahirkan bayi dengan kaedah caesar. Semoga Intan lebih tabah dan untuk mommy-mommy di luar sana sabar menghadapi pelbagai masalah ketika hamil. Dugaan besar pasti ganjarannya lebih besar kan~

Salam sayang dari BamBam2u untuk semua pembaca~

Sumber:
http://suite101.com/article/subchorionic-hemorrhage-a143383
Image: Google

1 comment:

Unknown said...

saya doakan semoga yg baik baik sahaja utk awak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...