Salam dan hai readers,
Sudah lama tak update, namun rasa rindu mengatasi segalanya untuk update di blog kesayangan Azu ni. Kelahiran baby boy Azu yang kedua pada tanggal 24 Ogos 2012, Jumaat yang lepas membuatkan si ummie sibuk menjaga si kecil yang baru mengenal dunia ni~
Sepatutnya due 31 Ogos tapi nampaknya baby dalam perut dah tak sabar menjenguk dunia. Syukur alhamdulillah, doa Azu berharap agar baby lahir selepas raya, lepas opah balik umrah termakbul juga. Malam tu sempat lagi pegi open house di rumah cousin Azu. Makan yong tau foo + maggi sup. Nyum nyum memang sedap bila yong tau foo kegemaran dimakan bersama maggi~1st time makan dengan maggi tau!
Tetiba rasa sesuatu yang pelik keluar..bukan air kencing tapi seakan air keluar secara tiba-tiba. Azu rasa air ketuban dah leaking..Opss masanya hampir tiba. Dah habis sembang, bersalaman di hari raya dengan tuan rumah, Azu terus ajak hubby ke hospital berhampiran.
Bila nurse dengar Azu complain leaking, terus kena admitted. Bila periksa bukaan. Azu dah 1cm!Isk sakit tidak, rasa sakit perut pun tidak. Tak macam turun darah masa bersalin Aijaz dulu, sakitnya bukan main walaupun dah 2cm. Suka tak suka, sakit tak sakit, admitted lah Azu dengan hati yang tabah.. Takut bukan main-main ni.huhu..
Admitted 12 tengahmalam, 3 pagi dah keluar darah pulak. Sakit dah mula terasa. Tapi tetap lega bila masih boleh tidur sehingga dikejutkan nurse untuk diambil tekanan darah jam 5.30 pagi. Terus inform nurse dan Azu diberitahu akan diperiksa doktor pagi ni. Bila diperiksa, kata doktor Azu leaking lebih 24 jam. So, Azu terpaksa diinduce untuk mengelakkan jangkitan kuman dalam rahim kerana air ketuban dah pecah awal. Kata doktor lagi, 8 dari 10 pesakit yang kena induce akan bertindakbalas terhadap ubat induce yang diberi. Sekiranya tak berkesan, Azu bakal kena caeser/ bedah. Isk, risau sungguh bila dengar bab-bab bedah ni. Mintak dijauhkan~
Bila diinduce jam 10pagi, Azu terpaksa berpuasa dan tak boleh makan apa-apa dalam tempoh 6 jam sehinggalah jam 4 petang. Lapar bukan main lagi disamping menanggung sakit yang semakin kerap 10 ke 5 minit sekali dan berterusan. Rasa nak panggil je doktor yang lalu lalang kat situ, tapi bersabarlah kejap. Nurse yang ambil tekanan darah memeriksa tekanan kontraksi di mesin bersebelahan Azu terkejut dan segera memaklumkan doktor. Azu terus diperiksa bukaan vagina dan didapati dah 4cm rupanya!
Syukur alhamdulillah. Tak henti-henti syukur Azu kerana baby dalam perut Azu respon pada induce yang diberikan. Lega rasanya bila tau Azu tak perlu dibedah. Azu bersama seorang lagi pesakit akan dimasukkan terus ke labor room kerana masing-masing dah 4cm!
Kami dimasukkan ke labor room yang bersebelahan. Menahan kesakitan kali ini memang di luar jangkaan. Emm..lagi sakit berbanding deliver Aijaz dulu. Hubby Azu boleh menemani Azu setakat tiba masa untuk melahirkan baby je. Kena keluar bila tiba masa deliver baby. Polisi hospital agaknya. Takpelah yang penting semua selamat. 3 jam menahan sakit, tepat jam 8.07 malam alhamdulillah lahir juga seorang bayi lelaki yang badannya sangat merah lalu diletakkan di atas dada Azu. Terasa geli bila tangan dan kakinya di gerak-gerakkan namun kesakitan tadi hilang terus dari ingatan.
Kegembiraan dan kelegaan seorang ibu terungkai juga buat kali ke-2 melahirkan baby boy. Syukur alhamdulillah kerana dimudahkan urusan Azu sepanjang kehamilan dan saat-saat kelahiran baby ini. Terima kasih atas doa keluarga serta kawan-kawan dan pembaca BamBam2u..
Salam sayang untuk semua~