Wednesday, March 28, 2012

Anak-Anak Penguji Kesabaran IbuBapa

Salam dan hai readers,


Anak-anak itu ANUGERAH terindah dari Allah SWT. Bila teringat je ayat tu rasa marah seorang ibu mampu reda bila anak-anak buat perangai atau tak mendengar kata. Aijaz pun baru setahun 8 bulan atau 20 bulan, masih belum mampu berfikir mana yang baik dan buruk kan~

Perkembangan kanak-kanak 20 BULAN

Mengikut pembacaan ringkas Azu, kanak-kanak 20 bulan ni sudah mampu untuk berlari, menaiki tangga dan menuruni tangga (kadang-kadang dengan bantuan kita), menendang bola tapi belum lagi berani melompat dari tempat yang lebih tinggi seperti sofa atau kerusi. Itu kelebihan mereka yang membuatkan kita sebagai ibu bapa akan sentiasa teruja dengan perkembangan mereka yang sangat pantas. 

Nama pun BUDAK-BUDAK kan~

Tapi, perkembangan mereka yang terlalu aktif boleh membuatkan kita pening dan tak tahu nak buat apa kan. Kejap-kejap search google, tak puas hati lagi telefon mak bapak di kampung kenapa anak-anak kita macam ini macam itu. Soalan Azu pada mak baru-baru ni, "Kenapa Aijaz ni susah nak dengar cakap kita?". Jawapan mak Azu senang je. Budak-budak biasalah tu. Mana la faham lagi kamu cakap apa. Emm, kadang-kadang Azu terlupa mereka kan budak-budak. Azu dulu pun agak-agak macam tu jugak kot~Lupa diri sendiri kan~huh


Tingkahlaku yang MEMENINGKAN

Aktiviti Aijaz yang paling menguji Azu ialah Aijaz kerap membaling objek-objek kecil iaitu barang permainan dia. Tak kurang juga bekas-bekas kosong yang menjadi kegemarannya untuk tuang air ke dalamnya. Bila dah terkena memang sakit jugak rasanya walaupun sekejap. Kalau selalu kena, dan jika tak dihalang boleh benjol gak kepala ni~

Apa yang Azu buat? 

Azu tegur Aijaz, peluk dia dan beritahu dia apa yang dia buat itu salah dan membuatkan orang lain sakit. Kata abah Aijaz, kalau marah Aijaz pun bukannya dia faham. Kalau dipukul sekalipun, bukannya lepas tu dia tak buat balik...entah-entah dia pukul kita balik. Emm, tak mahulah ajar benda tak baik pada anak kecil ni. 

Faktor-faktor Penyebab 

Selalunya budak-budak umur 20 bulan ni kerap inginkan perhatian dari orang sekelilingnya terutama mak bapak. Kerapkali Azu dan abah Aijaz tengok Aijaz ni kerap buat perangai bila kami tengok tv, masa kami solat, bila tiba masa dia lapar dan sangat mengantuk..haaa satu lagi. Tak ketinggalan juga bila Aijaz rasa basah  dan tak selesa kerana poo poo nye tu. Mungkin Aijaz nak beritahu dia tak selesa~yelah nak cakap memang kami pun tak faham lagi butir bicaranya, maka ada jelah kijenya kan~Sabar jelah kan.

Peringatan buat DIRI SENDIRI

Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Banyak lagi cara nak tegur anak. Azu tak nak anak-anak Azu membesar dengan perasaan benci dan marah kepada ibu bapanya. Tegur biar lembut tapi tegas. Peringatan itu untuk diri Azu sendiri untuk sentiasa beringat untuk mendidik mereka dengan sebaik-baiknya. Insyaallah~Anak-anak memang Penguji Kesabaran kita sebagai ibubapa kan~


Salam sayang dari BamBam2u. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca kisah seorang ibu yang mencari-cari peluang untuk menjadikan anak-anaknya insan yang berguna satu hari nanti. Senyum~

Tuesday, March 27, 2012

Carta Ramalan Jantina Bayi Cina Purba

Salam dan hai readers,



Sebagai ibu bapa kali pertama atau kedua atau ketiga mesti teruja untuk mengetahui jantina anak yang sedang dikandung si ibu hamil kan? Jangan cakap orang lain, Azu pun turut sama teruja. Hehe~

Carta Kelahiran Cinapurba ini hanya memerlukan umur si ibu hamil dengan bulan dimana bayi anda disenyawakan atau bulan si ibu mengalami haid yang terakhir untuk meramal jantina bayi. Jika kotak itu dipenuhi warna biru, mungkin jantina bayi anda lelaki dan sekiranya kotak itu dipenuhi warna pink mungkin jantina bayi itu bayi perempuan dan anda sebagai ibu bapa boleh membuat persediaan menjelang kelahiran si bayi. Namun, jang terlalu serius ye kawan-kawan pembaca!~Nama pun ramalankan..


Sejarah Carta Kelahiran Ramalan Jantina Bayi

Biar Azu ceritakan asal usul Carta ramalan ini dari pembacaan ringkas Azu. Carta Kelahiran Cina Purba ini telah dikebumikan di kubur berhampiran Beijing selama 700 tahun dan kini berada di Institusi Sains di Beijing. Ramai wanita dalam sejarah kelahiran di China mendapati ramalan Carta Kelahiran Cina Purba ini telah menjadi kenyataan.  Jom, jelling-jeling jantina bayi anda..Mana lah tau kan.. Apa pun Azu tegaskan disini bayi itu nanti samada lelaki atau perempuan semuanya adalah rezeki dari Allah.

Bagi Azu sebagai ibu, setiap bayi adalah anugerah Allah yang sangat bernilai. Jangan percayakan ramalan sehingga kita meragui kuasa Allah Yang Maha Besar. Apa yang penting, bayi Azu sihat setelah dilahirkan nanti. Insyaallah. Amin

Salam sayang dari BamBam2u untuk semua kawan-kawan pembaca~Mulakan hari dengan senyuman yang ikhlas;)


Sumber:

Friday, March 23, 2012

Memilih Ingin Menyusukan Bayi ataupun Tidak?

Salam dan hai reader,


Bila terpandang tajuk di atas, mesti ramai yang marah atau tak puas hati dengan Azu kan. BamBam2u sendiri jarang berkongsi info pasal menyusukan bayi dan kebaikan susu ibu. Maaf ye kawan-kawan pembaca kerana Azu sendiri dalam proses belajar kerana masa pregnantkan Aijaz dulu Azu sangat keliru dan kurang pengetahuan segalanya tentang susu ibu. Rasa teruk kan~

Pendedahan tentang susu ibu Azu dapat sejak Azu hamil pertama kali iaitu 5 bulan. Agak terlewatkan? Azu terbaca satu blog yang sungguh menarik hati Azu iaitu blog Kak Suraya~ Pengasas LUNATOTS. Azu sangat teruja untuk menyusukan bayi yang bakal lahir nanti dengan susu ibu pemberian ibu yang tiada gantinya. Blog ini memberi Azu inspirasi baru untuk memulakan penyusuan eksklusif. Thank u so much Kak Suraya~

Beli MESIN PAM SUSU ELEKTRIK

Semangat itu membuatkan Azu singgah dan membeli mesin pam susu elektrik di Cawangan Lunatots. Harga bukan lagi ukuran Azu ketika itu. Namun, sangat nyata usaha Azu dalam pencarian ilmu tentang penyusuan susu ibu tidak berbaloi dengan semangat yang ada. Banyak info yang Azu terlepas pandang dan tidak mengambil berat. Kesannya, Azu hanya menyusukan Aijaz untuk 6 bulan pertama sahaja. Sedih tapi apalah daya Azu kan~Isk alasan yang tak boleh diterima kan kan??

Kenapa BERHENTI MENYUSU?

Kalau ditanya kenapa Azu memilih jalan untuk berhenti menyusukan lil Aijaz yang berumur 6 bulan..Inilah alasan-alasan teruk Azu adalah seperti dibawah. Isk ada senarai alasan pulak tu??erk..maaf lah kawan-kawan semua bila dengar alasan ibu muda dan pertama kali. Isk muda lagi ke ni?~

Demam/ Jaundis

1. Sejak Aijaz lahir, dia kena demam kuning atau jaundis yang agak lama. Bila diberikan Air Susu Ibu (ASI), Aijaz masih turun naik jaundisnya sehingga nurse sendiri slow talk suruh bagi susu formula pada bayi sehingga Aijaz pulih. Katanya, mungkin Azu tak pandai lagi menyusukan Aijaz dengan betul terutamanya direct-feeding. Sejak itu, Azu campurkan susu formula dengan ASI untuk Aijaz. Salah Azu kan~


Desakan dan Kurang Ilmu

2. Opah Aijaz cadangkan beri susu formula pada Aijaz bila dia tengok Aijaz kerap menangis terutama di malam hari. Azu tak salahkan mereka, tapi Azu salahkan diri sendiri kerana Azu kurang ilmu untuk menjelaskan yang Azu mampu menyusukan Aijaz tanpa susu formula, air masak dan puting. Opss banyak betul tambahan ek, Inilah dugaan berpantang di kampung, huh~

Kurang Pengetahuan tentang Mesin Pam

3. Lagi tension bila Azu pam ASI menggunakan mesin yang Azu dah beli tapi hasilnya sangat sedikit. Walaupun rasa *** penuh, tapi hasil keluaran susu cuma sedikit. 1 oz je. Bila habis pantang je, baru perasan ada satu lubang di sisi mesin tu yang Azu terlupa tutup atau Azu memang tak tau fungsi lubang mesin tu. Rupanya tu lubang saluran untuk Azu buat double-pumping. Salah Azu tak baca manual dan blog Lunatots seterusnya~

Keluhan Ibu kali Pertama/ Kurang Kemudahan

4. Lepas pantang, Azu cuba buat stok ASI untuk Aijaz tapi maklumlah ibu baru dan pertama kali, rasa malas dan tak larat sering menghancurkan niat murni Azu, mengantuk sangat kononnya nak bangun pagi-pagi buta nak buat stok. Malang juga rasanya kerana ofis Azu tidak menyediakan tempat untuk mengepam dan ia menyukarkan untuk Azu pam susu di tempat duduk sendiri dimana Azu perlu mengadap komputer dan sering bangun masuk dan keluar dari bilik bos. Salah Azu lagi kan~

Terluka

5. Akibat terlalu mendesak si pam elektrik itu untuk mengeluarkan susu lebih banyak dari *** Azu, ia terluka dan rasa menyakitkan. Maka, situasi ini lagi menyukarkan Azu untuk memberi direct-feeding untuk Aijaz. Susu Formula lagi lah nampaknya. Azu tak tahu rupanya ada ubat untuk mengubati *** Azu yang luka iaitu ASI itu sendiri dicalitkan di tempat yang luka. Salah Azu lagi kan~

Sedih kerana KESILAPAN dan KEEGOAN sendiri

Maka, hanya 6 bulan Azu sempat menyusukan Aijaz dengan mencampurkan susu formula, tanpa stok susu yang banyak seperti ibu-ibu lain. Bukan juga eksklusif seperti ibu-ibu lain. Tanya sama hati, ~huh ayat** bila terpandangkan Aijaz, ummie wanna say I'm really sorry my dear Aijaz~Azu sebagai ibu amat sedih kerana tidak dapat menyusukan Aijaz seperti anak-anak yang lain. Sangat sedih kerana Azu tahu Azu seorang ibu yang mampu. Cuma Azu menolak semua itu kerana alasan yang tidak munasabah dan kerana ceteknya ilmu Azu tentang ASI.


Semoga peristiwa ini menjadi pengajaran buat Azu sendiri. Mungkin juga berkongsi pengalaman buruk ini bersama ibu-ibu yang lain sebagai peringatan buat Azu untuk tidak mengulanginya dan kawan-kawan lain tidak menjejaki langkah buruk Azu. Kini, Azu hamil lagi dan berniat ingin menyusukan ANAK KEDUA secara eksklusif sehingga bayi Azu berusia 2 tahun. Doa-doakan Azu ye kawan-kawan pembaca. HARAPAN yang melangit  dan sangat besar~Because I love my kids so much!


Doa + Misi + Azam + Semangat + Ilmu + Tindakan + Tawakal seorang ibu yang inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Insyaallah. Amin~

Salam sayang dari BamBam2u untuk semua pembaca yang masih sudi membaca secebis kisah~

Sumber: Pengalaman buruk seorang ibu~Jangan ikut tau. Follow yang baik-baik aje;)

Tuesday, March 20, 2012

Kegembiraan dan Kesakitan Hamil di Trimester Kedua

Salam dan hai readers,



Alhamdulillah, syukur  kehadratnya bila menjelang kehamilan minggu ke 15, simptom Trimester Pertama yang merunsingkan Azu di entri Azu sebelum ini  iaitu  HAMIL TAPI SUSAH NAK MINUM SUSU  semakin berkurang dan reda. Perasaan suka, gembira, duka dan kesusahan ketika hamil sering membelenggu ibu-ibu hamil setiap masa termasuklah diri Azu sendiri. Harap perkongsian ini memberi manfaat buat semua ibu-ibu hamil diluar sana~

Kegembiraan saat ini

i) Mual dan Muntah Mula Hilang

Kini, bila dah masuk Trimester Kedua memberi nafas baru buat Azu. Bukan apa, simptom mual dan muntah sebelum ini sudah beransur hilang, pening kepala pun berkurang, semakin kuat dan bertenaga berbanding dahulu Azu kerap keletihan kerana kerap muntah, makan juga semakin berselera biarpun Azu memang jenis suka makan~hee.

ii) Merancang Percutian


Selain itu, mood semakin baik dan kerap tersenyum kerana lebih selesa dengan keadaan badan sendiri. Seronok juga bila masa inilah kita boleh merancang percutian jarak jauh atau jarak dekat sementara menunggu saat kelahiran bayi nanti.

iii) Merasai Pergerakan Halus si Kecil

Perkara paling seronok saat ini ialah Azu sudah mulai rasa pergerakan halus dalam perut. Kata orang, seakan kupu-kupu terbang dalam perut kita. Mungkin si kecil tengah menguap, menggeliat atau berguling-guling dalam tu? Haha, itulah saat paling indah buat semua bakal-bakal ibu kan. Alhamdulillah~

Kesakitan yang mungkin dialami oleh ibu Hamil

i) Kerap rasa PANAS


Bila rahim mengembang dan perut semakin membesar, Azu dah mula rasa kepedihan yang disebabkan oleh ligamen regangan dalam abdomen, perut yang meregang di bahagian tepi kerap terasa panas dan rasa hangat mula dirasai hampir di seluruh badan. Azu rasa teruk bila sebelum ini Azu yang selalu minta kurangkan kelajuan kipas dengan En Hubby, sekarang dah terbalik. Azu tetap rasa panas walaupun kipas tu sudah mencapai kelajuan maksimum. Kata orang, bila terasa panas itu tandanya anak dalam perut kita sedang bermain dalam perut dengan aktif. Agaknya mungkin tengah berguling-guling dan bermain dengan tali pusat kita. Kalau betul, Azu sungguh tak kisah. Apa yang penting baby dalam perut Azu membesar dengan sihat dan aktif.~Insyaallah.

ii) Kerap berkunjung ke TANDAS

Demi saranan doktor untuk minum air dengan banyak supaya kita kekal terhidrat sepanjang hari selain memastikan air ketuban sentiasa mencukupi, tempat kegemaran Azu sekarang ialah tandas. Kerap ke tandas walaupun minum sedikit, kalau minum banyak maunye 10 kali masuk tandas dalam sehari. Rimas jugak jadi ratu tandas ni kan~tapi Azu layankan aje.

Itulah saat-saat indah yang menggembirakan dan saat-saat kesakitan ringan yang Azu hadapi di minggu ke 16 iaitu Trimester Kedua ini. Azu yakin semua ibu-ibu hamil di luar sana akan dan telah mengalami saat-saat itu dan mungkin juga berbeza dengan pengalaman Azu. Bila cerita kita berbeza kan lebih seronok untuk berkongsi kan.

Terima kasih kerana sudi singgah membaca secebis kisah anak-anak kita dan cerita ibu hamil yang macam-macam kerenahnya. Hehe~salam sayang dari BamBam2u!

Sumber:
Babycentre Malaysia
image: Google

Thursday, March 15, 2012

Gambar Wad Bersalin di Filipina Yang Sangat Menyedihkan


Salam dan hai readers,


Dunia tersembunyi? Kalau Azu tak baca artikel ini, sampai bila pun tak tahu situasi genting Hospital Besar di Manila yang menempatkan 300 orang ibu dan anak dalam sesatu masa. Bayangkanlah~Opps memang sukar nak menggambarkan keadaan sesak disana kan.

Selamat datang ke wad bersalin Dr Jose Fabella Memorial Hospital di Manila. Pada satu-satu masa terdapat lebih kurang 300 ibu dan anak mereka ditempatkan didalam wad ini. Jika korang nak tahu Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai kenaikkan populasi tertinggi iaitu 2% setahun. Di hospital ini, purata kelahiran bayi seharian ialah 60 orang. Rekod tertingginya ialah 100 orang bayi dalam masa 24 jam! Purata kelahiran bayi sehari di negara ini pula ialah 200 orang sejam! Akibatnya Dr Jose Fabella Memorial Hospital, sebuah katil akan dikongsi oleh 3 orang ibu baru pada satu-satu masa.

Persoalannya disini mengapalah padat sangat? Oh jawapannya sangat mudah. Filipina ialah sebuah negara Roman Katolik. Paus tidak membenarkan penganut Katolik memakai kondom, memakan pil perancang, melakukan pengguguran atau apa saja bentuk perancangan keluarga. Kesemua ini dianggap berdosa kerana "melanggar kehendak tuhan". Di Filipina 90% penduduknya adalah katolik.

Presiden Beningno Aquino III cuba untuk mengurangkan kadar kelahiran di Filipina dengan memperkenalkan pengajian seks di sekolah dan kempen perancangan keluarga bagi mengawal populasi Filipina yang telahpun mencapai 90 juta orang! Walaupun cadangan beliau mendapat sokongan rakyat, pihak Gereja Katolik Filipina menentang sehabis-habisnya cadangan Presiden. Mereka memberi amaran akan menyisihkan beliau dari gereja Katolik. 

Inilah rupa wad bersalin di sebuah hospital di Filipina serta masalah ledakkan kadar kelahiran akibat campur tangan golongan tak masuk akal suatu agama.



Salam sayang dari BamBam2u untuk semua. Semoga setiap cerita menjadi iktibar untuk semua dan diri sendiri~Terima kasih kerana sudi membaca!

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 

(Hadis riwayat Al-Qudhi)


Sumber & Kredit untuk: 

Wednesday, March 14, 2012

Teknik Merangsang Minat Membaca Anak-Anak

Salam dan hai readers,


Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Minat membaca tidak datang sendiri melainkan dipupuk dan dididik lebih awal. Sama macam kita membaja, merumput dan akhirnya tumbuhlah pokok yang tumbuh kuat dan mengeluarkan buah. Begitu juga dengan anak-anak kita~Ingin Azu kongsikan tips dan teknik untuk meransang anak-anak membaca dari sebuah buku hasil nukilan Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Ph.D.

Perkara pokok yang perlu dititikberatkan adalah menanam minat. Pelbagai teknik untuk menanamkan minat membaca yang perlu dibuat dengan penuh kesabaran tanpa paksaan. Emm, jangan terkejut kalau minat membaca ini perlu disemai sejak anak itu dalam perut ibu lagi~Indahnya ciptaan tuhan kan.


Teknik Meransang Minat Membaca di kalangan Anak-anak

1. Semasa hamil, elok ibu membaca Quran ataupun berzikir dan diperdengarkan kepada janin.

2. Melapangkan sedikit masa bagi mengajar anak dengan aktiviti yang berkualiti:

  • Tulis perkataan ringkas dengan besar dan berwarna seperti ' S U S U'. Bacakan dan eja dengan jelas dan penuh kasih sayang.
  • Guna kad bergambar (flash card) dan diikuti tulisan. Tunjuk kepada anak gambar, kemudian eja perkataan ataupun maklumat gambar itu.
3. Semasa dalam kenderaan, bacakan ataupun baca bersama dengan anak-anak nama-nama jalan, nombor plat kereta, papan tanda iklan dan sebagainya.~Aktiviti yang selalu Azu buat bila Azu masih kecil, siap kira jumlah no plat kereta orang. hehe.

4. Bahan bacaan tidak semestinya ilmiah, cukuplah sekadar membaca akhbar ataupun majalah.~kadang-kadang komik pun Azu berikan pada Aijaz bila Aijaz suka tengok gambar-gambar kartun.

5. Setiap kali shopping, bawa anak sebentar ke kedai buku.~contohnya MPH, Popular, Borders memang cukup menarik sebagai tempat singgah dan galakkan Aijaz membaca.

6. Terdapat juga ensiklopedia khas yang menarik untuk kanak-kanak.

7. Tunjukkan contoh teladan yang baik iaitu ibu bapa perlu menunjukkan minat membaca dengan cara selalu membaca dihadapan anak-anak.

8. Semasa ibu atau ayah membaca, letakkan anak yang masih bayi di pangkuan dan baca dengan kuat.

9. Sentiasa membawa anak ke medan ilmu seperti ke pesta buku, pameran buku, kedai buku, perpustakaan dan seumpamanya.~Hari minggu memang kami sering bawa Aijaz ke perpustakaan. Walaupun lebih banyak bermain dari membaca buku, namun rasanya itu pendedahan awal yang baik untuk Aijaz.

10. Apabila bercadang membelikan hadiah, beri hadiah buku seperti buku cerita, ensiklopedia, kamus, buku bergambar dan sebagainya.

11. Membiarkan anak bermain dan bergaul dengan buku. Jangan membeli buku tetapi didimpan di dalam almari sahaja.

12. Menyediakan peruntukan kewangan ataupun tabung bagi membeli dan menyediakan bahan-bahan bacaan, termasuk langganan majalah kanak-kanak dan menyediakan perpustakaan di rumah.

13. Didik anak supaya tahu mengambil dan menyimpan semula buku di tempatnya.

14. Buku perlu bergambar besar dan galakkan anak membuka sendiri muka surat.

15. Jangan memarahi anak kecil yang bermain dengan buku-buku anda. Sebaliknya, buku-buku perlu diletakkan di tempat yang mudah diambil oleh anak.


16. Membacakan buku cerita dan kisah-kisah nasihat kepada anak. Contohnya, semasa minum petang ataupun sebelum tidur. Aktiviti ini boleh dimulakan seawal umur 6 bulan.~Sejak Aijaz umur 5 bulan lagi Azu sudah belikan buku kain bergambar untuknya, walaupun hanya untuk beberapa saat, tapi Aijaz cukup teruja dengan buku yang penuh dengan warna!~

17. Menyediakan tempat khas supaya anak dapat mengambil dan menyimpan sendiri bukunya. Boleh juga disediakan beg ataupun bakul khas supaya anak dapat membawa buku kemana sahaja terutamanya perjalanan ayng jauh.

18. Membiasakan membeli buku apabila anak meragam sebagai menggantikan meinan bagi mententeramkannya.~Kami memang jarang belikan Aijaz mainan memandangkan hadiah mainan masa befday Aijaz masih tak terhabis main.

19. Sentiasa memberi pujian penghargaan kepada usaha-usaha dan pencapaian anak bagi membaca.~Apa lagi mampu Azu puji Aijaz bila dia sedang leka membelek buku yang penuh dengan gambar seperti buku kegemaran Azu iaitu PaMa. Good boy, anak ummie!~

Semoga teknik-teknik tersebut memberi ransangan yang baik untuk anak-anak kita membaca. Biarpun beberapa saat, bila dilatih setiap hari pasti satu hari nanti anak-anak yang minta kita bacakan buku untuknya tanpa disuruh. Masa itulah saat yang paling kita nanti-nantikan ye. Insyaallah. Harap Aijaz pun begitu~

Salam sayang dari BamBam2u. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ibubapa yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya termasuklah diri Azu sendiri~


Sumber: Anak Kita Memang Pintar Cerdas, Penulis: Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Ph.D., Muka surat: 134-137, Tahun 2006, PTS Millennia Sdn Bhd.

Friday, March 9, 2012

Cara Membantu Kanak-Kanak Lambat Bercakap?


Salam dan hai readers,


Kanak-kanak hampir menginjak 2 tahun tapi masih belum dapat menuturkan patah perkataan yang boleh difahami. Bila diluahkan masalah ini kepada orang yang lebih tua dari kita macam mak ke abah kita ke mesti jawapan mereka camni..’Kalau si kecik tu dah pandai bercakap esok, mesti kamu tak terlayan cakap mereka nanti’. Adoi, pening kan~

Indahnya Perkataan Pertama si Kecil

Perkataan pertama yang dituturkan oleh bayi sering menjadi kenangan indah buat ibubapa. Good job baby, now you can talk. Alhamdulillah. Tetapi, bila anak-anak kita ketinggalan dalam kebolehan mereka untuk bercakap dengan baik pastinya membimbangkan kita sebagai ibubapa. Macam-macam teknik Azu cuba pada Aijaz. Contohnya, selalu berbual dengan dia, bacakan buku untuknya, sering menunjukkan dan menyebut pokok, kereta di sepanjang perjalanan dalam kereta. Walaupun ucapannya tak sama dari mulutnya, namun masih terdengar aaa, ataupun hujung perkataan macam kok, dah. Itu cukup membuat Azu teruja~hee

Kesesuaian dan Cara Tersendiri

Namun, satu artikel yang Azu baca ini memang membuatkan Azu lega. Kebanyakan kanak-kanak membangunkan bahasa mengikut kesesuaian dan cara mereka sendiri, kata Diane Paul-Brown, PhD, Pengarah Isu Klinikal di American Speech-Language-Hearing Association (ASHA). “Sesetengah kanak-kanak juga membangunkan bahasa pada kadar yang lebih cepat daripada yang lain.

Pencapaian Ucapan/ Bahasa Kanak-kanak

Tahukah anda? Kira-kira 15%-25% daripada kanak-kanak kecil mempunyai beberapa jenis gangguan komunikasi. Kanak-kanak lelaki cenderung untuk membangunkan kemahiran bahasa yang SEDIKIT LEWAT berbanding dengan kanak-kanak perempuan. 

Secara umumnya, anak-anak boleh dilabelkan sebagai “kanak-kanak lewat bercakap” jika mereka bercakap kurang daripada 10 perkataan pada usia 18 hingga 20 bulan atau kurang daripada 50 patah perkataan pada usia 21 hingga umur 30 bulan.

Kebanyakan pakar juga mengatakan bahawa pada usia 12 bulan atau setahun, kanak-kanak boleh menuturkan perkataan tunggal dan mungkin boleh memanggil “mama” dan “dada”. Mereka juga berupaya memahami dan mematuhi permintaan mudah (Contohnya: “Berikan saya mainan itu”.)

Faktor-Faktor Lambat Bercakap


Jangkitan telinga yang kronik dan boleh menjejaskan pendengaran juga sering dikaitkan dengan ‘lambat bercakap’. Oleh kerana ramai kanak-kanak banyak menghabiskan masa di pusat penjagaan , mereka akan lebih terdedah dengan penyakit rakan sepermainannya yang boleh membawa kepada masalah telinga, kata pakar pediatric di New York City dan juga pengarang buku The Late Talker: What to Do If Your Child Isn't Talking Yet.

Petunjuk Yang Boleh Menimbulkan Kebimbangan

Kebanyakan bayi suka mengagah semua bunyi konsonen dalam tahun pertama. Bayi seharusnya bermula untuk meniru bunyi yang dituturkan oleh ibubapa seperti ‘mama’ atau ‘dada’ dan jika bayi tidak meniru, itu merupakan satu amaran.

Lega juga bila menurut kajian, anak-anak selalunya memang sukar menuturkan bunyi “l”, “r” dan “s”. Keupayaan tersebut akan dibangunkan dengan masa, walaupun sehingga umur 7 tahun pada sesetengah kanak-kanak, kata Debora Downey, MS, Patologis Pertuturan dan Bahasa di University of lowa’s Center untuk Ketidakupayaan dan Pembangunan.

Cara Menggalakkan Anak-anak Bercakap

  • Bercakap dengan bayi dan anak kecil anda sepanjang hari termasuklah semasa mandi, menukar pampers dan semasa makan.
  • Bila bercakap dengan anak-anak, biasakan perkataan yang mudah, ringkas diucap dan difahami serta mengelakkan perkataan kompleks atau terlampau panjang.
  • Bayi anda sukakan perhatian jika mereka suka meniru ucapan dan tingkahlaku orang di sekitarnya dimana anda dapat naik turunkan nada bahasa anda dengan situasi yang bersesuaian.
  • Menyanyi dan membaca kepada anak anda sejak usia mereka dari umur bayi.

P/s: Teringat masa Aijaz bayi dulu, Azu kerap bacakan buku untuknya tapi sekarang kadang-kadang je. Nampaknya kami kena bersungguh-sungguh lepas ini untuk galakkan Aijaz bercakap supaya ummie dan babah Aijaz mudah faham. Harap berkesankan~Kalau ada cadangan dan pengalaman dari ibubapa yang lain untuk menggalakkan anak-anak bercakap, sudi-sudilah berkongsi dengan Azu ye.tq~

Setakat ini dulu ye kawan-kawan pembaca, terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga anda untuk BamBam2u, Salam sayang untuk semua~

Sumber: Marilyn C. Agin, MD, Pakar Pediatrik Pembangunan New York City. Debora Downey, MS, CCP-SP Patologis Pertuturan dan Bahasa di University of lowa’s Center, Lowa City. Paul Diane-Brown, PhD, Persatuan Pertuturan Bahasa dan Pendengaran, Rockville, MD~medicinenet.com
Image: Google

Sunday, March 4, 2012

Hamil tapi Susah Nak Minum SUSU dan kerap MUNTAH?

Salam dan hai readers,

Gusi Berdarah, sakit kepala, kram di kaki selalunya dikaitkan dengan kurangnya kalsium bagi ibu hamil. Jika diikutkan kehamilan yang pertama, masuk Trimester ke-2 atau 3 bulan je rasa mual dan muntah makin kurang dan terus hilang tapi sejak kehamilan ke-2 ini, Azu masih dan kerap muntah terutamanya lepas minum susu Materna. 

Simptom-simptom awal tadi memang kerap terjadi pada ibu hamil terutamanya Azu. Oleh kerana itulah Azu cuba juga untuk minum susu walaupun Azu sangat tak suka langsung pada susu. Kalau dulu, doc cadangkan minum susu yang berperasa macam coklat ke dan Azu berjaya minum susu tanpa muntah. Namun kini~dengan nada sedih, lepas minum susu coklat materna yang sedap pun masih muntah. Rasa rugi jugaklah bila semua yang Azu makan masa breakfast dan lunch terbuang begitu saja~opps begitu saja lah agaknya.

Nampak macam membazir namun apakan daya, bila rasa perut penuh, berat dan padat ditambah dengan susu lemak berkrim, rasa pening menguasai diri. Akhirnya, berlakulah episod yang paling Azu tak suka iaitu MUNTAH~


Muntah memang TAK SERONOK~

Muntah ni rasanya tidaklah seenak mana bila mata kemerahan, hidung turut berair dek muntah yang keluar tanpa diundang, bau yang kurang enak~opps maaf ye pembaca kerana Azu cuba menggambarkan ketidakseronokannya apabila muntah. Tambah teruk bila ada lagi yang tersekat kat kerongkong ni minta dilepaskan tapi masih gagal. Rasa nak jolok je mulut ni dengan tangan tapi tak sampai hati bila terkenangkan begitu banyak yang Azu dah luahkan melalui mulut tadi. Oh, ini rupanya teruk juga penangan ibu-ibu hamil ye.

Cerita Kawan kena Admitted sebab muntah berterusan

Itu baru sikit agaknya. Belum lagi kes kawan Azu sorang ni. Kawan Azu ni asyik muntah dari awal mengandung sampailah nak bersalin. Last-last kena admitted dan drip air. Lagi kesiankan. Jadi, Azu patut lebih bersyukur. Orang kata setiap orang alami pengalaman berbeza bagi setiap anak yang dikandungnya. Mungkin Azu pun camtu jugak. Lepas ni kene belajar terima setiap benda pelik yang berlaku pada Azu disepanjang kehamilan ini dan berusaha untuk rujuk doktor pakar atau buku jika ada kekeliruan dan tidak pasti.

Cara Mengatasinya?

Apa yang Azu buat untuk cukupkan kalsium untuk Azu dan baby? Azu amalkan pemakanan seimbang~maksudnya makan nasi, ikan, sayur, roti, buah-buahan dan hampir semuanya dengan kadar yang sederhana pada waktunya sebab Azu memang suka makan..hehe, minum air yogurt strawberry~favourite Azu tu, buat senaman kaki lepas bagun tidur~elak krem kaki, nak minum Dutch Lady coklat macam pegnenkan Aijaz dulu takut pulak sebab itulah penyebab gula dalam badan Azu naik mendadak dan terpaksa minum air gula dan muntah 2x air gula yang kurang enak tu ..huh serik lah.


Ha, satu lagi benda yang membimbangkan Azu bila Azu kerap muntah kalau lambat makan. Agaknya perut kosong, masuk angin, bukan sorang je yang lapor~isk Perak benor kan..tapi 2 orang termasuk baby dalam perut. Kesian kat diri sendiri tapi lagi kesian kat baby dalam perut bila semua nutrien yang ada dalam makanan tu 'gone without signal'. Kekadang tak sengaja makan lewat, masa tak mengizinkan dan tak lalu nak makan bila tekak rasa semacam dan paling utama sebab takut muntah lagik. Psiko jugak kan~


Sebelum ni pernah google muntah ini adalah semulajadi bagi ibu hamil tapi bimbang kalau berterusan muntah memang buruk kesannya, kene admitted kat hospital~tempat yang tak menyeronokkan, kene drip air dan paling teruk kena stay kat hospital sampai sembuh. Harap Allah SWT mudahkan perjalanan kehamilan Azu kali ni. Insyaallah.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan membaca sekelumit pengalaman yang serba indah ketika hamil. Salam sayang dari BamBam2u~

Sumber: Pengalaman diri sendiri. Ingat ye kawan-kawan, setiap pengalaman dan cara mengatasi sebarang masalah adalah berbeza bagi setiap orang dan baby dalam perut. Harap dapat berkongsi cerita indah ini dengan semua~senyum ye;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...